Gambar: Azman
10.00 pagi, Dewan Sri Rembau - Sdr. Khairy telah menhadiri program Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Rembau yang telah dihadiri oleh Yang Teramat Mulia Dato' Lela Maharaja Dato' Haji Mohd Sharip Bin Hj Othman, Undang Luak Rembau. Majlis tersebut turut dihadiri oleh YB Dato' Hj Awaluddin Bin Said, ADUN Kota.
Selain daripada memperingati jasa dan tokoh-tokoh agama yang banyak menyumbangkan jasa dan komitmen mereka dalam menyemarakkan syiar Islam, majlis tersebut juga diserikan dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Fauzi, Pengacara Al-Kuliyaah TV3.
12.15 tengah hari - Pemuda UMNO Bahagian Rembau telah membuat kejutan dengan mengadakan jamuan hari lahir untuk Sdr. Khairy.
Antara yang hadir meraikan Sdr. Khairy di Bilik Mesyuarat Parlimen Rembau
1.00 tengah hari, Kg. Ulu Sepri - Sebelum melawat sebuah rumah yang terbakar di Kg. Ulu Sepri, Sdr. Khairy menerima panggilan telefon dimana terdapat seorang warga emas yang baru meninggal di kampung yang sama, dan beliau telah bergegas ke rumah tersebut bagi menyampaikan takziah kepada keluarga yang terlibat.

Bertandang ke dalam rumah baagi menyampaikan salam takziah dan sumbangan
Berikut pula adalah tragedi malang yang memusnahkan rumah En. Mohd Rafi yang menyebabkan dia sekeluarga tinggal sehelai sepinggang. Kebakaran tersebut dikatakan berlaku akibat litar pintas dan api yang marak menyebabkan tiada apa yang dapat diselamatkan.
dalam lawatan tersebut, Sdr. Khairy dimaklumkan bahawa mangsa sekeluarga menumpang di rumah adiknya, dan sebagai bantuan kecemasan Sdr. Khairy telah meluluskan peruntukan sebayak RM3000 bagi membantu En. Rafi menguruskan keluarganya terutamanya anak-anak yang masih bersekolah. Selain itu, beliau juga akan membantu mangsa mendapatatkan sebuah Rumah Mesra Rakyat di atas tapak yang sama.

Ketua kampung turut memberikan bantuan terutamanya berkaitan saluran untuk mendapatkan bantuan segera
Sdr. Khairy berbual dengan isteri En. Rafi
2.30 petang - Sdr. Khairy telah pergi melawat Taman Rembau Permata, dimana para penduduk memohon sebuah balai raya bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan di sana. Sejak mereka tinggal di sana 11 tahun lepas, beberapa permohonan telah dibuat tetapi permohonan mereka masih belum dapat dipenuhi.
Dalam pertemuan ringkas tersebut, Sdr. Khairy memberikan komitmen untuk cuba mendapatkan peruntukan dari Kementerian yang berkaitan bagi membantu para penduduk mendapat sebuah balai raya bagi kegunaan mereka bersama.

Pemimpin yang mesra dan mudah didekati rakyat
3.00 petang - Lawatan Kerja di Kampung Senama Hilir merupakan aktiviti terakhir pada hari itu, dimana lawatan tersebut bagi melihat sendiri aduan Ketua kampung, En. Sharif berkaitan ketiadaan pagar di kawasan kubur kampung tersebut. Perkara ini telah menyebabkan haiwan liar memasuki kawasan kubur dan menyebabkan kerosakan dan kemusnahan kubur yang ada.
Dalam lawatan itu juga, beliau mengadakan pertemuan ringkas dengan JKKK Kampung Senama Hilir dan para pemuda di sana. Sebagai membantu aktiviti Pemuda, beliau telah berjanji untuk memberikan sebuah meja ping pong bagi menyemarakkan aktiviti belia di sana.

En. Sharif menerangkan betapa perluanya pagar tersebut bagi menjaga keadaan kubur di kawasan tersebut