11.00 pagi - Saudara Khairy telah memulakan aktiviti turun ke padang bagi bertemu rakyat di Kompleks Pasar Pekan Rantau yang telah dibuka sejak tahun 2008 yang lalu. Selain daripada bertemu para peniaga dan pembeli, beliau juga mengambil kesempatan tersebut untuk memeriksa beberapa harga barang kawalan agar para peniaga mematuhi harga jualan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan demi kepentingan pengguna.
11.45 pagi - Sdr. Khairy seterusnya singgah di Dewan Persatuan Cina Rantau bagi sesi dialog di sana. Persatuan ini merupakan badang gabungan persatuan-persatuan kecil yang ada di Rantau, dan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk ahli-ahlinya.
12.30 t.hari - Program Pemuda Prihatin bersama Pemuda UMNO Bahagian Rembau-DUN Rantau merupakan satu aktiviti kemasyarakatan anjuran Pemuda Bahagian bagi membantu rakyat yang susah dan memerlukan bantuan.
Dalam lawatan kali ini, Sdr. Khairy telah menyusur ke Kampung Pasir Linsum daaksa menumpang dimana terdapat sebuah keluarga yang tiada tempat tinggal sendiri dan terpaksa menumpang di rumah seoarang dermawan tanpa sebarang bekalan elektrik atau air.
Kesukaran keluarga ini mendapat perhatian Pemuda Rembau dan akan berusaha mendapatkaan peruntukan PPRT selepas pemohon mendapat tapak yang sesuai untuk dibina rumah tersebut.

1.00 t.hari - Sdr. Khairy telah hadir dan meraikan salah seorang ahli Pemuda UMNO Rembau yang telah melangsungkan perkahwinan pada hari ini. Kehadiran para tetamu di majlis tersebut sungguh ramai dan Sdr. Khairy sempat menepung tawar mempelai dan memberikan kata-kata nasihat sebagai seorang rakan kepada Sdr. Bashir.
(Gambar akan dikemaskini kemudian)
(Gambar akan dikemaskini kemudian)
2.00 petang - Melawat keluarga Sdr. Adnan, Ketua Pemuda UMNO Kg. Solok yang baru kehilangan ibunya yang meninggal dunia akibat sakit tua. Dalam ziarah itu, Sdr. Khairy merakamkan ucapan takziah untuk Adnan sekeluarga dan menasihatkan Adnan bersabar di atas kelhilangan seorang ibu yang disayangi.
3.00 petang - MIC Cawangan Senawang Jaya telah menganjurkan Hari Ponggal, iaitu hari keramaian bagi pesta menuai yang merupakan salah satu pesta kebudayaan masyarakat India di Malaysia. Jika dahulunya hari Ponggal dibuat selepas hari menuai padi, tetapi di Malaysia ianya disambut sebagai salah satu aktiviti kebudayaan untuk merapatkan hubungan di antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
4.00 petang - Program Sdr. Khairy berakhir pada hari itu di program Sepetang Bersama Pemimpin - Karnival Sukan KSK Dun Paroi. Program ini diadakan bagi merapaatkaan hubungan silaturrahim antara penduduk berbilang kaum, melalui pertandingaan sukan yang diadakan.
Antaar sukan yang dipertandingkan adalah Bola Sepak, Futsal, Sepak Takraw dan Bola Jaring dan pertandingan melukis untuk kanak-kanak Tabika KEMAS dan Tabika Perpaduan.
Antaar sukan yang dipertandingkan adalah Bola Sepak, Futsal, Sepak Takraw dan Bola Jaring dan pertandingan melukis untuk kanak-kanak Tabika KEMAS dan Tabika Perpaduan.