Gambar: Shaharizan
Walaupun baru sahaja pulang dari Manik Urai dan tinggal bersama penduduk di sana dalam program Pemuda Masuk Kampung, Saudara Khairy tetap meluangkan masa untuk turun menjengok kawasan kampung halamannya di Rembau dan menyusun beberapa aktiviti bagi bertemu rakyat di sini. Antara tempat yang disinggahinya adalah seperti berikut:-
12.30 t/hari - Kenduri Majlis Pertunangan Anak Ketua Wanita UMNO Cawangan Taman Kobena
Atas jemputan Ketua Wanita UMNO Cawangan Taman kobena, Puan Hjh. Salmiah Bt Hj. Man, Saudara Khairy Jamaluddin meluangkan masa untuk hadir ke majlis pertunangan anak sulungnya. Ketibaan Sdr. Khairy pada majlis itu turut menggembirakan para jemputan yang hadir kerana tidak menyangka berpeluang bertemu dengan Ahli Parlimen Rembau ini dalam majlis tersebut.
1.30 t/hari - Majlis Perkahwinan Sdr. Riduan Ahmad, AJK Pemuda UMNO Rembau di Kg. Sagga Baru
pada kesempatan ini, Sdr. Khairy turut hadir memeriahkan Majlis Perkahwinan salah seorang AJK Pemuda UMNO Bahagian Rembau di Kg. Sagga Baru yang baru mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya. Sdr. Rizuan merupakan salah seorang pemuda yang aktif di DUN Rantau, dan banyak membantu program-program anjuran Pemuda dan ADUN Rantau, Dato' Seri Utama Hj. Mohamad Bi Hj. Hasan.
2.15 pm - Majlis Perkahwinan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kanchong
Saudara Norzik Bin Abdul Aziz, Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kg. Kanchong turut mengadakan majlis persandingannya hari ini. Walaupun baru menerima berita tentang majlis tersebut pada hari sebelumnya, Sdr. Khairy tetap meluangkan masa untuk meraikan sahabatnya yang baru melangsungkan perkahwinan ini.
2.45 pm - Melawat Lot Kedai Majlis Daerah Rembau di Pekan Chengkau Yang Terlibat Dengan Projek Landasan Keretapi Berkembar
Setelah mendapat aduan daripada salah seorang pemilik kedai dan juga maklumat daripada sahabatnya di Parlimen Malaysia, Sdr. Khairy telah mengaturkan jadualnya untuk singgah di Lot Kedai MDR di Pekan Chengkau. Menurut maklumat yang diperolehi daripada Yang DiPertua MDR, kedai-kedai tersebut terpaksa dirobohkan bagi memberi ruang kepada projek Landasan Keretapi Berkembar.
Namun, kerja-kerja perobohan tersebut tidak akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat ini, dan mungkin akan dilaksanakan dalam tempoh setahun dari sekarang. Pihak MDR juga telah memberikan komitmen kepada Ahli Parlimen Rembau untuk menyediakan lot-lot kedai yang baru untuk memindahkan 4 orang penyewa yang terlibat.
3.30 petang - Mesyuarat UMNO Cawangan Gadong
Selaku Ketua UMNO Cawangan Kg. Gadong, Sdr. Khairy bertanggungjawab dalam memastikan perjalanan mesyuarat kali ini mencapai matlamatnya. Dalam ucapannya, Sdr. Khairy banyak menyentuh konsep 1Malaysia dan peranan setiap ahli UMNO yang turut bertanggungjawab dalam memastikan kekuatan Barisan Nasional.

5.30 petang - Majlis Dialog Dengan Pemilik Tanah Adat di Kg. Rendah, Kg. Sepri dan Kg. Chembong Halt
Perjumpaan dan sesi dialog dengan pemilik tanah adat ini merupakan agenda penting dan keutamaan Sdr. Khairy bagi mendengar sendiri rintihan dan harapan penduduk kampung yang terlibat. Ini kerana dia tidak mahu melihat rakyat Rembau merasa tersisih dengan projek pembangunan yang ingin dilaksakan oleh Kerajaan.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh YB Zaifulbahri Idris, ADUN Kawasan Chembong, Dato' Firdaus Harun, Setiausaha Politik Menteri Besar dan juga Tn. haji Mohd Sidek Bin AHmad, Pengarak Tanah dan Galian Persekutuan.
Dalam majlis tersebut, setiap pemilik dan wakil tanah diberi peluang untuk menyampaikan pandangan mereka. Dan menurut orang kuat yang mewakili penduduk yang terlibat, Hj. Che Tak memaklumkan bahawa mereka tidak menentang projek pembangunan yaang ingin dilaksanakan oleh kerajaan, namun meminta agar diberikan sedikit perhatian terhadap permintaan mereka berkaitan jumlah pampasan yang diberikan.
Mereka juga maklum bahawa pihak pembangkang tidak mampu untuk menyelesaikan masalah yang timbul, tetapi hanyalah sekadar tempat untuk menyuarakan perasaan mereka walaupun mereka tahu tiada apa yang mampu dilaksanakan, menurut Hj. che Tak lagi.
Sdr. Khairy dalam masa itu menyatakan komitmennya bagi mengenalpasti bentuk-bentuk penyelesaian yang mungkin boleh diaturkan, dan berjanji akan berjumpa dengan penduduk yang terlibat sekali lagi dalam majlis yang sama bagi memaklumkan perkembangan terkini yang mampu dia usahakan.

p/s - program KJ di Rembau tamat jam 7.15 petang, dan Sdr. Khairy meneruskan pemanduan balik ke rumahnya sendirian. Dan sepanjang perjalanan tadi, penulis dan rakan-rakan adalah penumpang kepada Sdr. Khairy... 'Pilot' Roslan cuti sebab ada kenduri perkahwinan adiknya...