2.30 petang - Gotong Royong Membina Tandas dan Bilik Air oleh Pemuda UMNO Kg. Legong Ulu
Pada hari ini, Sdr. Khairy telah memulakan aktiviti turun padang beliau di Parlimen Rembau dengan melawat aktiviti gotong royong membaiki rumah sebuah keluarga warga emas di Kg Legong Ulu. Program tersebut dianjurkan oleh Pemuda UMNO dan Belia Kg Legong Ulu serta turut dibantu oleh UMNO Cawangan dan Puteri UMNO di kampung tersebut.
Lawatan ini adalah susulan daripada sumbangan Ahli Parlimen ini kepada keluarga tersebut sebanyak RM1000 melalui laporan yang diterima daripada Ketua Pemuda UMNO Cawangan Legong Ulu, Sdr. Naziruddin bagi membaiki tandas dan bilik air di rumah itu yang telah rosak teruk.
Pada kesempatan tersebut, Sdr. Khairy turut bertemu dan beramah mesra dengan para penduduk yang tinggal di sana, serta berkunjung ke beberapa buah rumah lain yang turut memerlukan bantuan.
Untuk rekod, rumah-rumah yang didiami oleh penduduk tersebut adalah Rumah PPRT yang dipantau sepenuhnya oleh Pejabat Daerah Rembau, bagi membantu penduduk miskin di Rembau yang tiada kediaman dan kemampuan menyewa untuk tinggal di sana, sehinggalah keadaan ekonomi mereka stabil dan bertambah baik.
Tandas baru yang memberi keselesaan kepada keluarga tersebut
Meminta petugas Parlimen Rembau merujuk kepada JKM sekiranya terdapat sebarang bantuan yang boleh disalurkan untuk menampung kos rawatan dan perubatan
3.00 petang - Melawat Rumah Haji Abd. Hadi Bin Yunan Yang Hangus dalam Kebakaran di Rumah Rakyat Chembong
Kebakaran tersebut berlaku pada awal pagi 3 Mei yang lalu, semasa Haji Abd. Hadi dan isteri serta anaknya yang pulang dari Melaka sedang nyenyak tidur. Menurutnya, kebakaran tersebut disyaki berpunca daripada api lilin yang dipasang, berikutan ketiadaan bekalan elektrik pada malam tersebut.
ADUN Chembong, YB Zaifulbahri juga telah datang menyampaikan bantuan pada hari kejadian dan meminta kerjasama daripada Pejabat Daerah Rembau, JKM dan agensi kerajaan yang berkaitan untuk sama-sama membantu mangsa. Pada masa ini, mangsa sekeluarga tinggal buat sementara waktu di rumah pekerja JKR Rembau, atas ihsan JD JKR Daerah Rembau, Haji Zulkifli.
Dalam lawatan ini, Sdr. Khairy amat bersimpati dengan musibah yang berlaku dan menyampaikan bantuan kecemasan sebanyak RM3000.00 bagi meringankan bebananan mangsa untuk membina kembali rumah yang telah hangus ini.
3.30 petang - Menyampaikan Bantuan Kepada Ibu Tunggal di Kampung Chembong Air Hitam
Lawatan ini dibuat selepas mendapat maklumbalas daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Puteri UMNO Rembau, dimana ibu tunggal ini yang baru berpindah ke rumah sewanya ini tidak mempunya sebarang kelengkapan dan peralatan asas untuk digunakan.
Bersama 6 orang anaknya, ibu tunggal ini menghadapi masalah kewangan untuk menguruskan kehidupan harian, serta luka di kaki yang tidak sembuh akibat penyakit kencing manis membataskan lagi usahanya untuk mencari rezki.
Bagi membantu mangsa, JKM Daerah Rembau telah meluluskan bantuan bulanan sebanyak RM400 kepada keluarga malang ini disamping keperluan asas yang telah diberi sebelum ini. Bagi membantu meringankan beban keluarga ini, Sdr. Khairy telah menyampaikan tilam, bantal, dapur dan rak pinggan untuk digunakan oleh mereka.
4.15 petang - Melawat Ahli Pemuda UMNO Rembau Yang Menghidapi Barah Tulang
Sdr. Zaini Ibrahim dikhuatiri menghidap penyakit baraah tulang yang menyebabkannya tidak boleh bergerak dan membengkokkan sendi-sendi di kaki dan tangannya. Sebelum ini, Sdr. Zaini amat aktif dalam aktiviti belia dan pemuda sertta banyak membantu Barisan Nasional dalam pilihanraya yang lalu.

5.00 petang - Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Kerusi Roda di Taman Pinggiran Senawang
Selepas solat Asar berjemaah di Surau Taman Pinggiran Sewanawang dengan penduduk, Sdr. Khairy meneruskan aktiviti turun padangnya di Balai Raya yang terletak bersebelahan dengan surau tersebut. Dalam majlis itu, Sdr. Khairy telah menyampaikan PA Sistem kepada Rukun Tetangga Taman Pinggiran Senawang yang akan turut digunakan oleh UMNO Cawangan, Pemuda, Puteri, Belia dan persatuan penduduk yang tinggal di perumahan tersebut.
Dalam majlis yang sama, beliau turut menyampaikan sumbangan kerusi roda untuk OKU terlantar yang disediakan oleh JKM Daerah Seremban. Sdr. Khairy turut memuji kecekapan dan prestasi baik yang ditunjukkan oleh para pegawai JKM dalam membantu golongan yang memerlukan.