Sunday, January 25, 2009

SUMBANGAN KEPADA PENDUDUK CINA DI KG. BARU PAROI

Oleh: Tee
Gambar: ihsan dari chinapress2004@yahoo.com


Gambar Atas : ( Fr left, En. Soo Hong Leng, En. Loy Ah Kiow , En. Lee Guan Ying ( Bekas Ketua MCA Cawangan Paroi), En. Siow Choon ( Bekas Ketua Kampong), Sdr. Tee Chin Shen, dan En. Lim Ah Hing.

23 Januari 2009, Paroi - Pejabat Ahli Parlimen Rembau telah menyumbangkan 30 buah hamper Tahun Baru Cina kepada warga emas Kampung Baru Paroi yang kurang nasib baik dan kurang berkemampuan pada pagi ini, kesemua 30 hamper telah disampaikan oleh Pegawai Media Pejabat Parlimen Rembau, Sdr. Tee Chin Shen.

Dalam ucapan Sdr. Tee pada Majlis penyampaian tersebut, YB Ahli Parlimen Rembau meminta agar pihak JKKK Kg. Baru Paroi bekerjasama dengan Pejabat Ahli Parlimen Rembau, bagi membantu penduduk dan golongan yang kurang nasib baik, bagi membolehkan mereka dibantu melalui agensi kerajaan atau sumbangan dari pihak swasta.

Para penerima hamper merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli Parlimen Rembau di atas keperihatinan Beliau, dan menurut mereka, pada tahun ini merupakan kali pertama bagi penduduk di sini menerima bantuan atau mendapat perhatian daripada Wakil Rakyat sempena Tahun Baru Cina.

Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada Sdr. Khairy kerana pada tahun lepas, beliau telah membaikpulih gelanggang bola keranjang di kampung tersebut, disamping mengotakan janjinya membantu sebuah keluarga yang susah dengan kerjasama daripada MCA Bahagian Rembau dan Negeri Sembilan.

Turut bersama di Majlis adalah Ketua Kampong, En. Soo Hong Leng, Ketua Parti Gerakan Bahagian Rembau, En. Lim Ah Hing, Ketua MCA Cawangan Paroi, Loy Ah Kiow dan AJK JKKK.


AJK JKKK dan pemimpin tempatan bersama dengan sebahagian penerima hamper.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin