Sunday, July 5, 2009

4 JULAI 2009 - MENARIK MINGGU INI: MAJLIS RAMAH MESRA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA JKKK, KRT, PIBG DAN MASJID


Oleh: Rizuan
Gambar: Shaharizan


Sebagai Ahli Parlimen Rembau, Sdr. Khairy berusaha untuk meluangkan masanya setiap hujung minggu untuk berada di kawasan bagi bertemu rakyat di sana walaupun sibuk menjaga Pemuda UMNO di seluruh Malaysia. Dan minggu ini, beliau turun ke kawasan Rembau bagi memenuhi jadual yang telah diatur.

11.00 pagi - Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Sumbangan Kepada JKKK, KRT, PIBG dan Masjid

Majlis ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada Sdr. Khairy Jamaluddin bertemu dan beramah mesra dengan pemimpin-pemimpin masyarakat yang merupakan Pengerusi JKKK, Pengerusi Rukun Tetangga, Yang Di-Pertua PIBG serta Nazir-nazir Masjid.

Dalam ucapannya, Sdr. Khairy menyatakan bahawa pemimpin-peminpin kecil ini sebenarnya juga memikul tanggungjawab yang besar kerana hubungan mereka yang erat dengan rakyat sama seperti peranan yang dipikul oleh Wakil Rakyat. Maka, satu kerjasama di antara pemimpin-pemimpin akar umbi ini perlu menjadi lebih erat bagi menangani masalah rakyat.

Dalam ucapannya juga, Sdr. Khairy memaklumkan bahawa misi besar untuk beliau selesaikan di dalam Parlimen Rembau sepanjang tempoh perkhidmatannya adalah pembinaan sebuah Hospital Rembau dan isu pengambilan Tanah Adat bagi projek Landasan Keretapi Berkembar. Isu ini amat dekat di hati beliau dan akan terus berusaha menyelesaikan masalah ini demi kepentingan rakyat Rembau.

Pada majlis itu, beliau telah memberikan sumbangan kepada 64 JKKK berjumlah RM103 ribu, 44 KRT berjumlah 45 ribu, 68 PIBG berjumlah RM108 ribu, dan 55 buah Masjid berjumlah RM65 ribu.


Ketibaan Sdr. Khairy disambut oleh Pengerusi JKK, KRT, PIBG dan Nazir Masjid

Masuk ke dalam dewan sambil diiringai oleh pemimpin-peminpin parti komponen Barisan nasional Rembau

Dari kiri: Timb. Pengerusi MIC Bahagian Rembau, Tn. Hj. Mohd Rawi, Pegawai Daerah Rembau, Sdr. Khairy, Dato' Hj. Azman Hassan, S/Usaha Barisan Nasional Negeri Sembilan, Ketua MCA Bahagian Rembau dan Ketua Wanita UMNO Rembau

Seramai 300 orang pemimpin masyarakat hadir ke Majlis Ramah Mesra yang akan dijadikan program tahunan Ahli Parlimen

Pengerusi-pengerusi KRT yang hadir kelihatan serius mendengar ucapan dan amanat Ahli Parlimen Rembau

Pegawai-pegawai Jabatan Kerajaan dan Pengerusi JKKK merupakan golongan yang sentiasa berdepan dengan permsalahan masyarakat

Sdr. Khairy memaklumkan jumlah keseluruhan sumbangan yang diberikan pada hari ini sebanyak RM321 ribu, dan baki peruntukan digunakan untuk sumbangan tambahan, permohonan NGO dan Persatuan termasuk untuk membaiki infrastruktur awam yang berkaitan.

Menyelar sikap pembangkang di Rembau yang suka mempolitikkan sesuatu isu sehingga menjadi rumit, walaupun hakikatnya mereka tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Menyampaikan sumbangan kepada YDP PIBG Sek. Keb. Semerbok, Sdr. Ramli Lamin yang juga merupakan AJK Pemuda UMNO Rembau

Sdr. Saifudin dari RTM Negeri Sembilan, menjadi juruacara pada majlis tersebut

Menikmati jamuan makan tengah hari bersama Ketua MCA Bahagian Rembau dan Pengerusi-pengerusi JKKK DUN Kota

Majlis seperti ini membuka ruang untuk pemimpin-pemimpin masayarat dari pelbagai organisasi betemu dan berkongsi masalah dan pengalaman mereka

YDP PIBG dari SRJK (T) dalam Parlimen Rembau yang turut menerima sumbangan

Srikandi Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau yang berusaha keras untuk memastikan majlis berjalan dengan sempurna

Sdr. Khairy dan Dato' Hj. Azman bergambar dengan pemimpin-pemimpin masyarakat Cina dari MCA dan Gerakan

Merakamkan kenangan bersama ibu-ibu dari Pergerakan wanita UMNO Bahagian Rembau

1.15 t/hari - Mengahadiri Majlis Perkahwinan Anak En. Nasir, Ketua UMNO Cawangan Chengkau Ulu

Mesra: Kehadiran Sdr. Khairy disambut meriah oleh tuan rumah dan jemputan yang hadir

Sdr. Khairy bertanyakan umur bayi kecil ini, yang lebih kurang sebaya dengan anaknya keduanya, Timor Abdullah

Bersalaman dengan jemputan yang hadir

Ketawa: Berjenaka dengan salah seorang jemputan yang merupakan sahabat baik tuan rumah

Perjabat Terbuka: berkhidmat walau dimana sahaja berada bagi memudahkan rakyat untuk bertemu dengannya bagi memaklumkan isu dan permasalahan mereka

Beramah mesra dengan seorang penduduk yang pernah bertemu dengannya sebelum ini

Bersalaman dengan Ketua Kg. Selomak, sambil diperhatikan oleh En. Latif, AJK UMNO Bahagian Rembau

Bersalaman dengan si kecil, yang merupakan aset penting kepada Rembau suatu hari nanti

Merakamkan kenangan bersama keluarga En. Nasir sebelum bertolak ke destinasi seterusnya


Solat dan Rehat - Sembahyang Zohor di Masjid Kg. Senama Tanjung Kling, gambar ehsan dari Sdr. Adhira, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Rembau




2.30 petang - Mesyuarat Agung Khairat Kematian Astana Raja

Khairat Kematian Astana Raja merupakan sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan untuk menjaga keperluan dan kebajikan ahlinya yang meninggal dunia. Pada majlis ini, Sdr. Khairy berbangga dengan semangat yang masih ada di kalangan penduduk kampung yang saling bantu-membantu di antara satu sama lain, dan beliau berharap agar tradisi yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas ini dapat diteruskan oleh generasi seterusnya.

Bagi mengisi tabung persatuan, Sdr. Khairy bermurah hati untuk memberikan sumbangan sebanyak RM3,000 untuk kegunaan ahli-ahlinya.

Rizuan bertanyakan sesuatu kepada Shukri, Ketua Pemuda Astana Raja Baru berkaitan majlis ini.

Membelek laporan tahunan persatuan bagi melihat aktiviti kebajikan yaang telah dilaksanakan sepanjang tahun lalu

Sebahagian daripada ahli yang sempat hadir yang dianggarkan seramai 50 orang

Menyampaikan ucapan kepada ahli-ahli berkaitan pentingnya semangat perpaduan dan kerjasama antara satu sama lain

Menerima cenderahati daripada Tn. Hj. Abd. Wahab Bin Gawa, Pengerusi Khairat Kematian Astana Raja


4.00 petang - Mesyuarat Agung Persatuan Wanita Pekebun Kecil Gadong

Seperti 2 laporan yang dipaparkan sebelum ini, Sdr. Khairy sekali lagi dijemput secara rasmi untuk merasmikan Mesyuarat Agung PWPK Kg. Gadong. Komitmen beliau untuk melihat perubahan yang ketara dalam industri pembuatan barangan kraftangan di Parlimen Rembau ini terserlah dengan usaha beliau mendapatkan peruntukan bagi membesarkan bangunan PWPK dan sumbangan tunai dan peralatan berjumlah RM10,000.

Bersalaman dengan Pemuda UMNO Cawangan Gadong yang turut hadir

Antara pemimpin masyarakat yang hadir di Majlis tersebut

Cik Maimon, Pengerusi PWPK Kg. Gadong menyampaikan ucapan dan membentangkan laporan aktiviti persatuan

En. Ghafar, Pengarah Risda Negeri Sembilan menyampaikan ucapan

Sdr. Khairy menyampaikan ucapannya, dan beliau mengharapkan peruntukan infrastruktur dan tunai berjumlah RM30 ribu tahun ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh ahli persatuan

Menyampaikan cek sumbangan berjumlah RM5,000 kepada pengerusi persatuan

Meneliti produk-produk baru yang dihasilkan oleh ahli

Bertanyakan sesuatu kepada Puan Nor Azren Binti Johari , yang berjaya menembusi Pasaraya MyDin untuk memasarkan prduk buatannya

Beramah mesra dengan ahli-ahli persatuan, sambil memuji kekemasan produk yang dihasilkan

Melihat bakul tangan yang dihasilkan daripada rotan

Bangunan tambahan yang sedang dalam pembinaan, dan dijangka siap dalam tempoh seminggu lagi.


6.00 petang - Melawat Kg. Baru Paroi dan Merasmikan Pusat Penaja Kg. Paroi

Menerima aduan daripada Ketua Kampung berkaitan masalah pencerobohan tanah kampung oleh pemaju perumahan berkaitan

Melihat kawasan yang bakal didirikan bangunan perumahan

Salah seorang Ahli Majlis Perbandaran Seremban menerangkan kawasan kampung yang termasuk dalam pelan pemaju, untuk dibuat jalan raya

Sdr. Khairy memberi jaminan untuk berhubung dengan pihak MPS bagi meneliti isu ini dan mendapatkan maklumattambahan bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul

Temuramah oleh akhbar cina selepas lawatan

Pusat Penjaja Kg. Paroi yang baru dibuka ini akan menempatkan penjaja Cina; Kehadiran Sdr. Khairy disambut oleh 2 ekor singa yang menjadi tradisi kaum tiong hwa

Belia Cina yang bergiat aktif dalam aktiviti kebudayaan

Sdr. Khairy dan Pemimpin Masarakat yang lain bersedia untuk memotong riben perasmian

Hoyeeeiii!!! Parsmian pusat penjaja ini diharap dapat membantu golongan penjaja untuk menambahkan pendapatan

Menerima cenderahati daripada pengurus Pusat Penaja Kg. Paroi

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin