Gambar: Shaharizan
9.00 pagi - Hari Anugerah Kecemerlangan Sek. Men. Agama Pedas
Hari Anugerah Kecememerlangan Sek. Men. Agama Pedas telah diadakan untuk memberikan pengiktirafan kepada para pelajar cemerlang SPM (9A-12A) dan PMR (9A) tahun 2008 yang lalu di sekolah tersebut serta anugerah pelajar yang aktif dan cemerlang dalam ko-kurikulum. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Y.Bhg. Datin Hjh Naemah Bt Ahmad Dahalan, Pegawai Pelajaran Daerah Rembau, Tuan Haji Nur Nikman Bin Haji Zubair, Pengerusi PIBG SMKA Pedas serta Pengetua Cemerlang SMKA Pedas selaku tuan rumah, Datin Hjh Zakiah Bt. Kasim.
Majlis tersebut telah dihadiri seramai 200 orang yaang terdiri daripada para Pengetua, Guru-guru, ibu bapa serta para pelajar cemerlang sekolah tersebut. Dalam keputusan SPM yang laalu, seramai 16 orang pelajar telah mencapai kejayaan yang cemerlang, dan bagi peperiksaan UPSR pula, 24 orang pelajar telah mencapaai keputusan 9A.
Dalam ucapan Beliau, Sdr. Khairy Jamaluddin menekankan betapa pentingnya pendidikan hari ini, dan adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih bagi mencapai kejayaan yang cemerlang demi masa depan yang lebih gemilang pada masa akan datang.
Beliau juga berharap agar para pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan SPM dan PMR 2009 tidak lama lagi, untuk menjadikan kejayaan yang dicapai oleh abang dan kakak mereka di Sekolah tersebut sebagai perangsang untuk mereka lebih berusaha mencatat kejayaan yang lebih baik.
11.00 pagi - Gotong Royong Perdana dan Lawatan Selepas Banjir di Kampung Paroi
YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Hj. Mohamad Bin Hj. Hasan telah meluangkan masa untuk turun padang bagi meninjau sendiri masalah dan kerosakan yang berlaku akibat kejadian banjir yang seringkali berulang di Kg. Paroi. Untuk rekod, kejadian banjir telah melanda kampung tersebut 2 kali dalam tempoh 2 bulan.
Dalam majlis ringkas yang diadakan di kampung tersebut, YAB Menteri Besar telah bersetuju untuk menurunkan peruntukan bagi membaikpulih dan menguatkan tebing sungai serta mendalamkan sungai berhampiran bagi mengurangkan masalah banjir yang berlaku.
Menteri Besar yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau turut menyatakan rasa simpati beliau di atas kerosakan dan kehilangan harta benda yang dialami penduduk. Dalam masa itu, beliau turut menyampaikan sumbangan bencana sebanyak RM400 setiap rumah yang terlibat bagi meringankan bebanan yang dialami mereka.
1.30 petang - Melawat Pusat Pembenihan Udang Galah di Kg. Sungai Timun
Pusat pembenihan udang galah di Kg. Sungai Timun adalah salah satu produk baru Industri Asas Tani di Parlimen Rembau yang membekalkan anak benih udang galah kepada penternak. Projek ini telah dimulakan pada tahun 2008, dan dijaangka akan mengeluarkan hasil pertama dalam bulan Mei nanti.
Menurut En. Wan, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan dan Pengusaha, En. Abdul Halim, benih yang bakal dihasilkan oleh pusat pembenihan ini apabila mencapai 100% kapasiti pengeluaran, akan menjadi pembekal benih udang galah yang terbesar di Malaysia.
Bagi mereka yang belum lagi berkunjung ke jeti Kg. Sungai Timun, kampung ini memang terkenal dengan hasil Udang Galah yang boleh diperolehi di sepanjang sungai tersebut. Selain itu, Persatuan Nelayan Kg. Sungai Timun turut menawarkan pekej menarik bagi membawa kaki-kaki pancing ke lubuk udang galah dan melihat kunang-kunang pada sebelah malamnya.
2.00 petang - Lawatan dan Ziarah
3.30 petang - Perjumpaan dengan Ketua UMNO Cawangan DUN Chembong
Majlis ini telah diadakan di rumah Tuan Haji Mohd Taf, Ketua UMNO Cawangan Kundur Hulu yang telah dihadiri oleh ketua-ketua cawangan di DUN Chembong yang berkesampatan. Majlis ini diadakan adalah untuk para pemimpin di peringkat cawangan untuk beramah mesra dengan Sdr. Khairy disamping mengutarakan aduan dan masalah yang dihadapi di kampung mereka serara santai.
Majlis yang penuh dengan semangat kekeluargaan ini amat memberi makna buat Sdr. Khairy kerana disamping bertukar-tukar paandangan dan maklumat, nasihat-nasihat yang datang daripada pemimpin cawangan yang boleh dianggap bapa ini amat beliau hargai.
Beliau juga berharap agar majlis-majlis santai seperti ini dapat dilaksanakan dengan lebih kerap pada masa yang akan datang.

5.30 petang - Mendengar Aduan Penjaja Kecil di Taman Pedas Perdana
Penjaja kecil yang berniaga di tepi jalan masuk ke taman tersebut meminta agar YB Sdr. Khairy dapat membantu masalah mereka yang diminta berpindah oleh pihak berkuasa tempatan. Memandangkan keadaan kegawatan ekonomi yang semakin meruncing ini, mereka meminta agar permintaan mereka untuk terus kekal dapat dipertimbangkaan sewajarnya.
Setelah mendengar masalah yang dihadapi oleh peniaga tersebut, Sdr. Khairy menyatakan kesediannya untuk berbincang dengan pihak yaang berkaitan bagi membantu para peniaga tersebut.