Monday, July 20, 2009

"1MALAYSIA KONSEP TERBAIK UNTUK SATUKAN RAKYAT" - KHAIRY

Oleh: Rizuan

16 Julai 2009, SMK Mambau - Sempena Program Hari Perpaduan SMK Mambau yang bertemakan konsep 1Malaysia, Saudara Khairy dijemput untuk menyampaikan motivasi dan ceramah perpaduan kepada 1000 orang pelajar di sekolah tersebut sementara menunggu ketibaan YAB Dato' Seri Utama Hj. Mohamad Bin Hj. Hasan, Menteri Besar Negeris Sembilan.

Berdasarkan komposisi kaum yang agak seimbang di sekolah itu, Saudara Khairy menekankan betapa pentingnya pemupukan semangat perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia, terutamanya di peringkat sekolah lagi.

Kecemerlangan yang dicapai tidak akan membawa apa-apa makna sekiranya negara ini kacau bilau akibat daripada krisis perpaduan. Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri merupakan satu konsep mudah untuk membina perpaduan dengan mengenepikan soal prejudis dan sangkaan buruk yang tidak sihat.

Menurutnya, negara ini tidak akan maju dan berkembang jika hanya satu-satu kaum sahaja yang berjaya, tetapi perubahan hanya boleh berlaku sekiranya semua kaum di Malaysia bersatu dan sama-sama mencipta kejayaan. Kita harus cuba cari kesepakatan, dan mungkin kita boleh mulakan dengan perkara yang mudah seperti makanan, muzik dan pakaian.

Beliau juga menggalakkan para pelajar untuk membentuk kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri daripada pelajar India, Cina dan Melayu atau etnik minoriti yang lain untuk sama-sama mengulangkaji pelajaran.


Ketibaan Sdr. Khairy pada jam 10.30 pagi disambut oleh Pengetua SMK Mambau.

Bersalaman dengan para pelajar yang memaki pakaian tradisional masing-masing.

Mendapatkan maklumat tentang komposisi pelajar di SMK Mambau.

Antara pemimpin masyarakat yang hadir pada majlis tersebut.

Antara pemimpin masyarakat yang hadir

Saudara Khairy menyarankan agar para pelajar serius mengulangkaji pelajaran bersama-sama dan membentuk kumpulan kecil yang pelbagai kaum

Dari kanan: Sdr. Kenet, Sdr. Nazmi (Ketua Penerangan Pemuda) dan Sdr. Safrul (Nain Ketua Pemuda Rembau) turut hadir

Para pelajar sedang tekun mendengar amanat dari Sdr. Khairy

Semangat 1Malaysia diterapkan ke dalam program ini melalui pakaian-pakaian tradisional yang dipakai

Ketibaan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan disambut meriah

Para pelajar mengekspresikan diri melalui pakaian dan muzik tradisional kaum India

Sdr. Khairy dan Dato' Seri Mohamad Hasan mencuba makanan masyarakat India

Mencuba makanan di gerai masyarakat Cina

Untie ini sedang sibuk menyiapkan kuih kapit, salah satu makanan tradisi kaum Cina

Memerah keringat mengacau dodol yang menjadi makanan utama dalam perayaan masyarakat Melayu

Melepaskan dahaga dengan menikmati aair "Janda Pulang" iaitu air kelapa bandung

YAB Menteri Besar menyampaikan ucapan beliau yang turut menekankan konsep 1Malaysia dalam perpaduan rakyat berbilang kaum

Anatara Pemuda Barisan Nasional yang sempat hadir di program tersebut

Sdr. Safrul memperkatakan sesuatu kepada rakan-rakan yang lain

Salah satu peribahasa yang bertujuan untu mendidik para pelajar menjaga kata-kata agar tidak menyakiti hati dan perasaan orang lain

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin