Thursday, March 18, 2010

9 MAC 2010: MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG BERKELOMPOK KALI KE-4 SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH REMBAU

Oleh: Rizuan

Komitmen untuk menjadikan parlimen Rembau sebagau hub ilmuan telah menunjukkan hasilnya apabila Daerah Rembau telah mencatat keputusan terbaik dalam peperiksaan UPSR 2009 dan menyumbang kepada kejayaan Negeri Sembilan mencatat keputusan cemerlang di mana seramai 2,343 calon mendapat keputusan penuh 5A atau 7A dan berada di kalangan negeri yang terbaik dalam pencapaian UPSR kali ini.

Perasmian mesyuarat agung berkelompok ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri UtamaHj. Mohamad Bin Hj. Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Beliau turut mengucapkan tahniah di atas usaha yang dilakukan oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang telah memungkinkan pencapaian terbaik dicapai oleh sekolah-sekolah rendah di Negeri Sembilan.

Beliau turut memuji dan menghargai komitmen yang ditunjukkan oleh para guru di daerah Rembau yang telah berani menyahut cabaran demi cabaran untuk menjadikan Daerah Rembau sebagai Hub Ilmu terbaik di negeri ini.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Sdr. Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau, Dato' Awaludin, Adun Kota, YB Zaifulbahri, ADUN Chembong dan Dato' Abdullah, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan.

Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen mereka terhadap kecemerlangan anak-anak

YAB Menteri Besar menyampaikan ucapan perasmian

Kepimpinan yang ditunjukkan oleh YAB Tok Mat telah memberikan inspirasi kepada rakyat di Negeri Sembilan

Majlis penyampaian anugerah kecemerlangan kepada para pelajar

Tahniah diucapkan kepada warga pendidik dan para pelajar yang berjaya

Pelajar cemerlang STPM 2009 di daerah Rembau

Bergambar bersama Ahli Parlimen Rembau

Bergambar bersama Menteri Besar Negeri Sembilan

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin