Saturday, March 27, 2010

26 MAC 2010 : LAWATAN SDR. KHAIRY DI DUN PAROI BERTEMU GOLONGAN SUSAH DAN KURANG UPAYA

Oleh: Rizuan

Sesi Sdr. Khairy bertemu masyarakat pada kali ini dipermudahkan dengan beliau sendiri turun padang untuk berjumpa dengan golongan yang susah dan memerlukan setelah menerima maklumbalas dan laopran daripada Pusat Khidmat Masyarakat BN DUN Paroi, yang diurustadbir oleh Pn. Hjh Siti Harpah (Naib Ketua Wanita Bahagian Rembau), En Jefri dan En Shamsul.

Program tersebut turut diiringi oleh Puan Zuliana Mohd Ridzuan, Ketua Puteri UMNO Bahagian Rembau, dan beberapa AJK Bahagian seperti Cikgu Abu Bakar, En. Ghazali Wahid, Skuad Sayang Wanita UMNO serta Pemuda UMNO Bahagian Rembau.

Lawatan kali ini telah membawa Sdr. Khairy ke Taman Kobena, Taman Widuri Indah, Taman Dahlia, Taman Senawang Jaya, Taman Cempaka dan Taman Rasa Sayang. Program seterusnya diteruskan dengan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Taman Rasa Sayang dan makan tengah hari di Restoran Ulam Raja.


1) Lawatan Ke Taman Kobena - Melawat Adik Balqis Najwa Ishak, En. Ramli Daud dan Anak Puan Sarah
















2) Lawatan ke Taman Widuri Indah - Melawat Nenek Esah





3) Lawatan Ke Taman Desa Dahlia - Menziarahi Puan Halimah sekeluarga yang baru kehilangan suaminya, yang merupakan Pengerusi KRT Taman Desa Dahlia semasa hayatnya.





4) Lawatan Ke Taman Senawang Jaya - Melawat Puan Timah sekeluarga dan En. Mohd Saleh Ujang









5) Lawatan Ke Taman Rasa Sayang - Melawat Puan Haa Ainon Ahmad, Isteri Bilal Masjid Taman Rasa Sayang







6) Lawatan Ke Taman Cempaka - Melawat Adik Mazrin Arif, Puan Lima dan Puan Norehan










7) Makan Tengah Hari di Restoran Ulam Raja

Monday, March 22, 2010

20 MAC 2010 - PEMUDA UMNO REMBAU MENGANJURKAN KURSUS PRA-PERKAHWINAN UNTUK BELIA REMBAU

Oleh: Taqim
Gambar: Azman


Bertemapt di Institut Latihan Perindustrian Pedas, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau telah menganjurkan sebuah Kursus Pra-Perkahwinan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan. Program tersebut telah berlangsung selama 2 hari dan dihadiri oleh seramai 130 orang peserta.

Idea asal program ini adalah cetusan program Kursus Pra Perkahwinan anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jempol. Menurut Sdr. Khairy, beliau tertarik dengan idea tersebut kerana kursus ini merupakan salah satu program yang benar-benar dekat dengan hati golongan muda terutamanya mereka yang sedang mempersiapkan diri ke alam rumah tangga.

Selain itu, beliau turut menasihati peserta yanag hadir supaya serius dalam membian sebuah keluarga agar tidak terjadi sebaranag masalah di masa hadapan. dalam jenaka, beliau turut berkongsi pengalaman alam rumahtangganya dengan puan Nori Abdullah, yang kini sudah dikurniakan dengan 2 orang cahayamata.


Kursus Pra-Perkahwinan ini akan dijadikan program tahunan, dan dicadangkan sebanyak 2 kali setahun.

Peserta bersemangat menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Pemuda UMNO

Antara yang hadir di program tersebut

Sdr. Khairy menyampaikan ucapan dan nasihat kepada peserta

Sebagai seorang suami dan bapa, Sdr. Khairy berbangga dengan kehidupan rumahtangganya

Antara peserta lelaki yang hadir

Peserta perempuan juga tidak ditinggalkan dalam program anjuran Pemuda UMNO Rembau

Bergambar dengan para peserta


Setelah selesai merasmikan program Kursus Pra-Perkahwinan, Sdr. Khairy sempat singgah sebentar di Kg. Kundur Hulu dimana Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan telah menganjurkan Kejohanan Juara Gelanggang Futsal Tertutup DUN Chembong.

Sdr. Khairy bersalaman dengan para peserta yang mengambil bahagian

Tn. Hj. Mohd Taf, Pengerusi JKKK dan Sdr. Ramadhan, AJK Pemuda UMNO Bahagian Rembau merupakan orang kuat kepada penganjuran program ini

Para peserta bersungguh-sungguh bersaing walaupun di bawah panas terik mentari

Bergambar bersama para peserta dan penonton cilik

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin