Wednesday, November 18, 2009

14 NOV 2009 - KHAIRY MENYAMPAIKAN SIJIL TADIKA KELAS NUR ISLAM

Oleh: Rizuan

12.00 tengah hari - Sdr. Khairy telah dijemput untuk menyampaikan sijil-sijil kecemerlangan kepada kanak-kanak Tabika Nur Islam di Taman Widuri Indah yang bertempat di surau taman itu. Kehadiran Sdr. Khairy turut menceriakan ibu-bapa yang hadir kerana tidak menyangka dapat bertemu dengan beliau dalam majlis tersebut.

Majlis tersebut merupakan acara tahunan yang diadakan sebagai salah satu aktiviti sebelum curi penggal akhir tahun kelas tersebut. Dalam ucapan Sdr. Zulkarnaen Sahbudin, Ketua UMNO Cawangan Widuri Indah, pihaknya amat berbangga di atas kehadiran Sdr. Khairy di majlis tersebut. Dia juga turut menyatakan rasa terima kasih kepada Ahli parlimen Rembau dan Menteri Besar Negeri Sembilan di atas peruntukan-peruntukan yang diturunkan bagi menaiktaraf surau tersebut.

Sdr. Khairy juga mengucapkan tahniah kepada seluruh AJK Tadika Nur Islam kerana telah memberikan komitmen yang baik dalam mendidik anak-aank ini. Beliau berharap dengan sumbangan yaang telah disalurkan, kanak-kanak ini dapat belajar dengan selesa seterusnya meningkat dalam prestasi pelajaran.

Sdr. Khairy dan Sdr. Zulkarnaen merupakan rakaan dalam Pemuda UMNO Rembau

Kanak-kanak bersiap-sedia untuk menerima sijil

Sdr. Zulkarnaen menyampaikan ucapan alu-aluan

Sdr. Khairy menyampaikan ucapan

Antara ibu bapa yang hadir di majlis tersebut

Menyampaikan sijil kepada kanak-kanak Tabika Nur Islam

Menyampaikan sijil kepada kanak-kanak Tabika Nur Islam

Menunaikan Solat Zohor sebelum berangkat ke program seterusnya

Tuesday, November 17, 2009

14 NOV 2009 - KHAIRY MERASMIKAN PROGRAM "TANAM SENDIRI, JIMAT BELANJA" ANJURAN FOMCA

Oleh: Rizuan
Gambar: Adhira


Taman Tuanku Jaafar, DUN Paroi - Bertempat di Dewan Orang Ramai TTJ, kehadiran Sdr. Khairy pada jam 10.30 pagi disambut oleh Datuk Marimuthu Nadason, Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) bagi merasmikan kempen "Tanam Sendiri Jimat Belanja".

Kempen ini bertujuan untuk mendidik masyarakat pengguna bagi menghadapi senario sejagat tentang kenaikan harga bahan makanan dan bahan api. Keadaan menjadi semakin gawat dengan berlakunya krisis kewangan di Amerika Syarikat, yang menyebabkan ekonomi dunia menjadi tidak menentu. Keadaan yang berlaku di peringkat dunia ini turut memberikan tempias kepada para pengguna di Malaysia, yang menyebabkan:
  • Kenaikan harga barang dan perkhidmatan
  • Kualiti hidup kian merosot
  • Kehilangan pekerjaan
  • Hutang kian bertambah
  • Kemiskinan
  • Keluarga berpecah belah
  • Kejadian jenayah semakin berleluasa
Tema bagi kempen ini, “Perubahan Bermula Dengan Saya” menjelaskan hala tuju utama kempen ini. Ia bertujuan untuk menggalakkan pengguna Malaysia membuat perubahan minda sebagai langkah untuk menghadapi keadaan semasa.

Mengenai kempen Tanam Sendiri Jimat Belanja, Sdr. Khairy berkata, langkah itu merupakan antara cara yang dapat membantu rakyat Malaysia meringankan beban kewangan mereka. Dalam keadaan ekonomi hari ini, pengguna perlu lebih kreatif dalam memaksimakan penggunaan ruang di kawasan rumah mereka bagi menambahkan sumber makanan.

Dalam majlis tersebut, Sdr. Khairy juga memberikan penerangan tentang program subsidi beras (SUBUR) yang dilaksanakan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Menurut beliau, kerajaan melaksanakan inisiatif tersebut bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan dimana subsidi ini hanya diberikan kepada mereka yang miskin sahaja, berbanding kaedah sekarang dimana mereka yaang tidak layak turut menikmati faedah yang sama.


Sdr. Khairy menyampaikan ucapan peramian program "Tanam Sendiri Jimat Belanja"

Kehadiran masyarakat berbilang kaum di bawah gagasan 1 Malaysia

Sdr. Khairy mengajak orang ramai menyahut seruan kerajaan dalam usaha untuk berjimat cermat

Perubahan sikap bermula dengan diri sendiri yang boleh membantu meningkatkan ekonomi keluarga

Menyampaikan benih-benih tanaman kepada pemimpin masyarakat

Menyampaikan benih-benih tanaman kepada pemimpin masyarakat

Sdr. faizul, AJK Pemuda UMNO bahagian Rembau turut diberikan amanah untuk menyahut kempen ini

Menyampaikan benih-benih tanaman kepada pemimpin wanita masyarakat

Sempat mendengar aduan penjaja di Taman Tuanku Jaafar sebelum sidang akhbar

Menjawab soalan-soalan dari para wartawan

Sentiasa memberikan ulasan yang bernas dan tepat kepada para wartawan

Menikmati jamuan bersama ahli jawatankuasa FOMCA

Meneliti laporan daripada penjaja berkenaan tapak baru perniagaan mereka yang disediakan oleh MPN terganggu oleh kotoran dan bau busuk dari bengkel besi buruk berhampiran

Sdr. Khairy melihat sendiri longgokan besi buruk yang tinggi melepasi penghadang yang dibina dan dikhuatiri boleh membahayakan peniaga dan pelanggan jika tidak diuruskan dengan baik

Sunday, November 15, 2009

13 Nov 2009 - KHAIRY MERASMIKAN PENUTUPAN KEJOHANAN SUKAN SK PEDAS DAN 'WALKABOUT' DI KG. KUNDUR HILIR DAN TENGAH

Oleh: Rizuan
Gambar: Noor Shahini/Shaharizan


10.00 pagi, SK Pedas, Rembau - Sdr. Khairy telah dijemput untuk merasmikan penutupan Kejohanan Sukan Tahunan SK Pedas yang telah berlangsung dengan meriahnya. Kehadiran beliau di SK Pedas disambut gembira oleh para ibu bapa yaang turut memberikan sokongan kepada anak-anak mereka pada hari tersebut.

Dalam ucapannya, beliau amat berbangga dengan usaha pihaak sekolah dalam menganjurkan kejohanan sukan ini, yang mampu untuk meningkatkaan semangat berpasukan di kalangan murid. Beliau juga bermurah hati untuk menyumbangkan sebanyak RM2000 bagi kegunaan sekolah tersebut dalam apa juga aktiviti yang dilaksanakan demi kebaikan murid.

Dari kiri: Puan Hjh. Norehan Khamsiah, Guru Besar SK Pedas; En. Azali, Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Rembau dan Sdr. Khairy Jamaluddin

Antara guru besar sekolah berhampiran yaang sempat hadir

Tn. Haji Anuar, Wakil Khas Ahli Parlimen Rembau turut hadir

Para ibu bapa yang hadir memberikan sokongan dan dorongan

Ucapan aluan daripada Guru Besar SK Pedas

Ucapan penutupan daripada Sdr. Khairy

Pasukan rumah biru

Pasukan rumah kuning

Pasukan rumah merah

Pasukan rumah hijau

Menyampaikan bantuan Kumpulan Wang Pelajar Miskin kepada penjaga

Menyampaikan hadiah sukaneka kepada ibu bapa yang mengambil bahagian

Menyampakan hadiah acara olahraga perempuan

Menyampaikan hadiah acara olahraga lelaki

Hadiah saguhati kepada murid SJK(T) yang bertanding dalam acara jemputan

Olahrawan SK Pedas menerima piala

Menyampaikan piala kepada olahragawati SK Pedas

Rumah hijau menjuarai kejohanan sukan tahun 2009

Melawat cerun bukit bagi tapak pembinaan SMK Pedas yang dikhuatiri membahayakan SK Pedas kerana kedudukannya yang terlalu tinggi

Sdr. Nadzmi memberikan pandangan profesionalnya sebagai seorang jurutera


11.30 pagi, SBP Sekolah Menengah Sains Rembau - Sdr. Khairy telah membuat lawatan tergempar ke Sekolah Menengah Sains Rembau yang bakal menerima kehadiran pelajar baru pada sesi persekolahan tahun hadapan.

Semasa ketibaan beliau di sekolah tersebut, pihak pentadbir sekolah yang baru diserap masuk ke sekolah tersebut sedang bermesyuarat dan terkejut dengan kehadiran Sdr. Khairy dan En. Azali ke sana.

Pihak sekolah mengambil peluang tersebut untuk menerangkan persiapan mereka ke arah pembukaan sekolah tersebut, dan turut memaklumkan bahawa hampir 70% daripada pelajar yaang akan diambil datangnya dari Parlimen Rembau.

Kakitangan SM Sains Rembau terkejut dan gembira dengan kehadiran Sdr. Khairy

Berdialog dengan pentadbir sekolah

Pihak sekolah dilihat amat komited untuk bersaing dengan SBP sedia ada dan menjadi yang terbaik

Perkarangan ruang tengah sekolah tersebut yang cantik mata memandang

Sdr. Khairy diminta untuk menandatangani buku kehadiran pelawat

Bergambar dengan para pentadbir dan guru

Melawat di sekitar kawasan sekolah


12.00 tengah hari, Kg. Kundur Hilir - "walkabout" di kampung ini adalah untuk melihat sendiri usaha yaang sedang dibuat oleh para pengusaha projek pertanian dan penternakan yang telah disenaraikan sebagai penerima projek infrastruktur dan projek kecil pertanian Parlimen Rembau.


Bersama En. Mahat yang merupakan Ketua UMNO Cawangan dan merupakan ketua dalam projek pertanian berkelompok yaang telah menerima peruntukan RM10,000 dari Ahli Parlimen Rembau di bawah projek saliran pertanian

En. Mahat menunjukkan jenis-jenis tanaman yaang dilaksanakan secara berkelompok ini

Tanaman melalui teknik integrasi boleh menjimatkan ruang tanah pertanian dan meningkatkaan kesuburaan tanah

Bersalam-salaman dengan AJK Wanita UMNO Cawangan yang turut haadir

Pn. Nora yang mengusahakaan kolam ikan air tawar bakal menerima peruntukan baka dan makanan ikan di bawah projek kecil pertanian sebanyak RM5,000

Inilah kolam yang akan menempatkan anak-anak ikan yang akan diterima nanti

Pemuda dan Belia juga melaksanakan projek penternakan ikan air tawar bagi menambahkan pendapatan sampingan mereka

Sdr. Kamaruz, Ketua Pemuda UMNO Cawangan memohon sedikit peruntukan bagi membeli pagar bagi 2 buah kolam yang sedang diusahakan

Melawat Masjid Kg. Kundur Hilir yang memerlukan sedikit peruntukan bagi projek naiktaraf tandas

Keadaan tandas di masjid lama yang terletak bersebelahan perlu dibaiki dengan segera

Sdr. Khairy melawat Tabika Kemas Kg. Kundur Hilir dan bersetuju untuk menyumbangkan pemasak air dan dapur

Melawat En. Mohd Ghazar Mohamad yang baru sahaja menjalani pembedahan akibat penyakit kenciung manis yang dihadapinya

Kaki kiri Pengerusi JKKK ini terpaksa dipotong bagi mengelakkan kemudaratan yaang boleh memberi risiko yang lebih besar

Sdr. Khairy bersimpati dengan apa yang telah berlaku, dan menasihatkan En. Ghazar supaya menjaga pemakanan bagi mengelakkan berlakunya masalah sampingan yang lain.


1.00 tengah hari, Solat Jumaat di Masjid Kundur Tengah - Dalam program beliau paada kali ini, Sdr. Khairy berkesempatan solat Jumaat di Masjid Kundur Tengah. Dalam pada masa yang sama, beliau juga ingin melihat sendiri laporan yang telah dihantar oleh pihak AJK Masjid yang ingin memohon sedikit peruntukan bagi memperbaiki karpet yang telah rosak.

Setelah melihat sendiri, Sdr. khairy bersetuju untuk memberikan sumbangan sebanyak RM5000 bagi menampung kos mebeli karpet yang baru.

Bersalam-salamaan dengan jemaah masjid selepas selesai solat

Makan Tengah hari di kedai milik isteri En. Rashid, Pengerusi JKKK Kg. Kundir Tengah

Masakan tradisional yang ada di kedai ini amat menyelerakan, singgah dulu baru tahu.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin