Tuesday, July 14, 2009

12 JULAI 2009; KHAIRY BERDIALOG BERSAMA PEMIMPIN MASYARAKAT INDIA REMBAU (Menarik minggu ini)

Oleh: Rizuan
Gambar: Adhira, PSU Pemuda Rembau

Tiada alasan untuk tidak turun padang, mungkin itulah gambaran yang boleh diberikan kepada Sdr. Khairy walaupun sibuk mengemudi Jentera Pemuda UMNO Malaysia di Manik Urai. Komitmen yang beliau tunjukkan selaku Ahli Parlimen Rembau dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia/Pengerusi Pemuda BN amatlah dihargai oleh rakyat Rembau dan Pemuda Barisan Nasional yang sibuk berjuang di DUN Manik Urai.

Selepas menghadiri program MIC Political Leadership Seminar di ibu kota Kuala Lumpur, beliau meneruskan rutin mingguannya di Rembau. Berikut adalah aktiviti KJ di Rembau:-


2.00 petang - Majlis Perkahwinan Mohd Ikhwan dan Nurhayani

Bersama Sdr. Rafizi, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rasah yang turut hadir di majlis tersebut

Menikmati jamuan yang disediakan oleh pihak pengantin

Beramah mesra dengan masyarakat Rembau yang turut diundang ke majlis perkahwinan ini

Sdr. Nazmee Sidek, Pegawai Penerangan Pemuda UMNO Rembau dan AJK turut sama menikmati jamuan

Bergambar kenangan bersama Raja Sehari dan ahli keluarga

Sdr. Khairy memberiakan ucapan tahniah dan selamat pengantin baru kepada Mohd Ikhwan dan isterinya

En. Nor Jahaya, bapa pengantin lelaki mengiringi Sdr. Khairy meninggalkan majlis


2.45 petang - Menghadiri Majlis Pengkebumian Allahyarhamah Mohyah Binti Talib

Allahyarhamah mmerupakan isteri kepada En. Abu Bakar Bin Mad Top, Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Taman Senawang Jaya, yang meninggal dunia pada jam 6.00 pagi pada hari yang sama, akibat penyakit barah payudara. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya, Amin..

Alfatihah....

Tiba di lokasi pengekebumian, En. Abu Bakar (berkain pelikat) terharu dengan keperihatinan Sdr. Khairy yang sudi meluangkan masa walaupun sibuk dengan program yang lain

Bersama-sama berdioa agar Allahyarhamah Moyah mendapat tempat yang mulia di sisi Allah dan Rasul-Nya

Meninggalkan majlis selepas selesai bacaan talkin dan doa


3.45 petang - Perjumpaan dengan Persatuan Bekas Tentera Malaysia Cawangan Rembau

Persatuan PBTM Cawangan Rembau ini ditubuhkan bagi menjaga kebajikan para ahlinya yang merupakan bekas-bekas parajurit yang telah banyak menyumbang jasa kepada Negara. Perjumpaan ini diadakan bagi memperkenalkan ahli jawatankuasa yang baru penggal 2009-2012.

En. Saifuddin (baju biru) dan AJK PBTM Cawangan Rembau menyambut kehadiran Sdr. Khairy di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau

Berbual dengan En. Roslan (baju peach), Pengerusi PBTM Caw. Rembau dan AJK yang turut hadir

Bergambar kenangan bersama bekas parajurit-parajurit tanah air


4.30 petang - Majlis Ramah Mesra dan Dialog Dengan MIC Bahagian Rembau

MIC Bahagian Rembau mengadakan Majlis Ramah Mesra dan Dialog Bersama Ahli Parlimen Rembau untuk berdialog tentang isu-isu yang berbangkit di kalangan masyarakat India. Majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna Pusat Khidmat Masyarakat DUN Chembong ini dihadiri seramai 70 orang ahli-ahli MIC yang berkesempatan hadir.

Dalam ucapannya, Sdr. Khairy menekankan bahawa Barisan Nasional pada hari ini telah membuat perubahan yang besar dalam merapatkan kembali hubungan di kalangan parti-parti komponen. Namun, tanpa kerjasama dan kerja kuat parti-parti komponen, Barisan Nasional tidak mampu berdiri teguh untuk berdepan dengan pakatan rakyat dan membantu rakyat.

MIC juga perlu memainkan peranannya sebagai sebuah parti kaum India yang peka dengan masalah dan keperluan semasa. Sebagai Ahli Parlimen Rembau untuk semua kaum di Rembau, beliau akan melakukan yang terbaik untuk menjaga kepentingan kaum minoriti ini. Beliau juga mengharapkan sokongan yang lebih kuat daripada kaum India pada PRU13 akan datang untuk Barisan Nasional.

Turut hadir di majlis tersebut adalah YB VS Morgan, Pengerusi MIC Bahagian Rembau dan Tn. Hj. Annuar, Wakil Khas Ahli Parlimen Rembau.

Menikmati jamuan minum petang sebelum majlis bermula

YB VS Morgan memberikan kata-kata aluan dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran Sdr. Khairy di majlis tersebut

Sdr. Khairy menyampaiakn ucapannya kepada tetamu yang hadir

Meminta agar maklumat yang tepat disampaikan bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat India

Antara yang hadir di majlis tersebut

YB Morgan menyampaikan laporan aktiviti MIC Rembau kepada Sdr. Khairy

Penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan

Bergambar dengan semua AJK MIC Bahagian Rembau

Beramah mesra dengan ahli-ahli MIC sebelum meningalkan majlis

Menerima kertas kerja daripada Ketua MIC Bahagian Rembau

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin