Wednesday, August 26, 2009

SEMINAR MOTIVASI ALIHAN PELAJAR BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA DI PARLIMEN REMBAU

Oleh: Rizuan
Gambar: Shaharizan

20 Ogos 2009, Khamis - Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau sekali lagi telah melaksanakan program pendidikan dengan menganjurkan Seminar Motivasi Alihan Pelajar(SMAP), yang ditaja sepenuhnya oleh TM Berhad, sebagai salah satu daripada tanggungjawab sosial korporat yang diambil oleh pihak syarikat bagi membawa pendidikan kepada masyarakat luar bandar.

Program ini telah melibatkan seramai 370 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5, termasuk para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan STPM pada tahun ini. Sebanyak 15 buah sekolah telah menghantar penyertaan, yang terdiri daripada sekolah-sekolah di dalam kawasan Parlimen Rembau dengan kerjasama Jabatan Pelajarn Negeri Sembilan dan Pejabat Pelajaran Daerah Rembau dan Seremban.

Seminar Motivasi Alihan Pelajar ini telah disampaikan oleh pengasasnya sendiri, iaitu Dr. Tengku Asmadi Bin Tengku Mohamad, Pdh.D. serta dibantu oleh Tn. Hj. Rashidi, salah seorang penceramah motivasi dari MAP Training and Consultancy Sdn. Bhd. Antara topik yang dibentangkan sepanjang sesi yang bermula seawal jam 9.00 pagi adalah Matlamat Hidup Pelajar, Strategi Pembelajaran Aktif dan Sikap Penentu Kejayaan.

Dalam majlis penutup, Sdr. Khairy telah mengucapkan ribuan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak TM Berhad kerana sudi memberikan tajaan untuk program SMAP ini. Dalam masa yang sama, beliau menasihati para pelajar untuk terus berusaha bagi mencapai potensi sebenar diri mereka dalam bidang pelajaran.

Menurutnya, dengan adanya usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh, serta diiringi dengan doa kepada yang maha Esa, apa sahaja yang kita ingin dan impikan akan tercapai akhirnya. Beliau juga mengharapkan agar pelajar-pelajar elit ini dapat berkongsi dan menyampaikan ilmu yang diperolehi semasa program SMAP kepada rakan-rakan lain di sekolah.

Pada majlis itu juga, pihak Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau turut memberikan sumbangan penutup mulut kepada para peserta yang terlibat sebagai langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan wabak H1N1.



Dr. Tengku Asmadi bersemangat menyampaikan ceramah motivasi kepada para pelajar
Para pelajar memberikan perhatian penuh sepanjang sesi ceramah

Dr. Tengku Asmadi memberikan tip-tip berkesan sebelum menghadapi peperiksaan

Sebahagian daripada guru-guru kaunselor yang turut hadir untuk menambahkan lagi ilmu mendidik dan memotivasikan pelajar

Majlis Penutupan Seminar Motivasi Alihan Pelajar pada jam 4.30 petang

Kahadiran pelajar perempuan yang lebih ramai daripada pelajar lelaki

Ucapan daripada YM Dr. Tengku Asmadi, Ph.D. pada majlis penutup

Duduk dari kiri: Chif Inspektor Salahuddin - Ketua Balai Polis Rembau, Tn. Haji Mohd Rawi - Pegawai Daerah Rembau, Sdr. Khairy, YB Tuan Zaifulbahri Idris- ADUN chembong, Datin Hjh. Naemah, Pegawai Pelajaran Daerah Rembau

Ucapan Sdr. Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Terima kasih kepada TM Berhad yang telah merialisasikan program ini untuk pelajar luar bandar

Majlis penyampaian sijil kepada wakil pelajar setiap sekolah

Sdr. Khairy menyampaikan cenderamata kepada Dr. Tengku Asmadi

Cenderahati balas daripada MAP Training and Consultancy sebagai tanda terima kasih di atas jemputan ke Parlimen Rembau

Para pelajar tidak melepaskan peluang bergambar dengan Ahli Parlimen kesayangan mereka

Bersalaman dengan pelajar sebelum berangkat ke program yang seterusnya

Friday, August 21, 2009

PROGRAM IQRA' MEMUPUK SEMANGAT MEMBACA DI PARLIMEN REMBAU - KHAIRY

Berita: www.prokhairy.com

Rembau, 18 Ogos 2009- Akademi Pemuda, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Yayasan Pembangunan Buku Negara, dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Rembau dan dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau, mengadakan satu program galakan membaca dan pemberian buku kepada sekolah, perpustakaan desa dan juga pelajar cemerlang dalam pembacaan buku bagi kawasan Parlimen Rembau, Negeri Sembilan.

Aturcara yang diberi nama Program Iqra’ ini yang berlangsung pada hari Selasa, 18 Ogos 2009 pada jam 3.30 petang bertempat di Dewan Seri Rembau, Rembau dan bakal dirasmikan oleh Saudara Khairy Jamaluddin Abu Bakar selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Parlimen Rembau.

Sebanyak 80 kotak buku yang mengandungi 30 judul buku-buku yang disumbangkan oleh penerbit-penerbit buku tempatan telah diagihkan pada majlis tersebut kepada semua sekolah dan perpustakaan desa dalam kawasan Parlimen Rembau.

“Saya mengucapkan syabas kepada Akademi Pemuda dan Yayasan Pembangunan Buku Negara di atas inistiaf yang mulia ini, terutama sekali Yayasan Pembangunan Buku yang telah bermurah hati memilih kawasan Parlimen Rembau sebagai lokasi penerima sumbangan buku di bawah program Iqra’. Saya pasti dengan sumbangan ini, para pelajar dan penduduk di kawasan Parlimen Rembau akan mendapat manfaat dengan adanya buku-buku bacaan tambahan yang dapat meningkatkan budaya membaca dan penerokaan ilmu”, ujar Saudara Khairy.

Mengulas mengenai program Iqra’, Saudara Khairul Azwan Harun menjelaskan bahawa program Iqra’ ini bertepatan dan sinergistik dengan pemfokusan Akademi Pemuda yang menjurus kepada aktiviti - aktiviti bina insan, terutama sekali bagi generasi muda. Beliau juga mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kesudian Yayasan Pembanggunan Buku Negara mengembeleng tenaga bersama Akademi Pemuda bagi aktiviti Program Iqra’ di Rembau.

Haji Hasan Hamzah, selaku Pengerusi Yayasan Pembangunan Buku Nasional, melalui wakilnya berkata: “Pihak Yayasan berasa berbesar hati dapat membuat satu aktiviti secara usahasama dengan Akademi Pemuda bagi satu program yang diharap dapat meningkatkan lagi budaya membaca di kalangan masyarakat.” Beliau turut menjelaskan bahawa Program Iqra’ ini bakal menjadi stimuli kepada program Jom Baca di peringkat nasional yang sedang di dalam proses perancangan.


Maklumat Program Iqra’:

Program ini dianjurkan oleh Akademi Pemuda, Pemuda UMNO Bahagian Rembau dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Buku Negara dan diadakan sebagai salah satu kempen untuk menggalakkan rakyat membaca terutamanya dalam kawasan Parlimen Rembau dengan kumpulan sasarannya yang meliputi para pelajar serta penduduk luar bandar.
Sebanyak 80 kotak buku yang mengandungi 30 judul buku-buku yang disumbangkan oleh penerbit-penerbit buku tempatan telah diagihkan kepada 51 buah sekolah rendah, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, 17 buah sekolah menengah serta 13 buah Perpustakaan Desa.

Disamping itu, seramai 12 orang pelajar terbaik bagi program Nilam juga turut sama menerima hadiah sumbangan buku, berdasarkan tiga terbaik dari setiap Dewan Undangan Negeri di kawasan Parlimen Rembau. Sebagai maklumat, Program Nilam - Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca untuk menanam minat membaca di kalangan rakyat Malaysia khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di kalangan rakyat.


Maklumat mengenai Akademi Pemuda: -

Akademi Pemuda atau singkatannya AP telah diperbadankan pada 17 Mei 2002 merupakan satu entiti bukan berlandaskan keuntungan yang menawarkan input intelektual dan penyelidikan bagi pemuda demi memperjuangkan agenda parti untuk agama, bangsa dan tanah air, selaras dengan lima rukun pemuda. Disamping itu, wawasan AP adalah untuk menjadi entiti yang menjana modal intelektual serta perancang strategik di dalam pemuda disamping menjadi agen pelaksana kepada program-program yang selari dan berimpak positif dengan visi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.


Maklumat mengenai Yayasan Pembangunan Buku Negara:

Yayasan Pembangunan Buku Negara adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 23 Mac 2003 bagi menyahut seruan kerajaan untuk memajukan industri buku dan mengembangkan budaya membaca di kalangan masyarakat Malaysia.
Kajian menunjukkan rakyat Malaysia adalah dalam kategori masyarakat yang malas membaca. Mengikut United Nations Educational, Scientific And Cultural Organization (UNESCO), kira-kira 46 peratus sahaja masyarakat Malaysia yang serius membaca dan antara salah satu sebab yang dikenal pasti adalah akibat kurangnya penerbitan buku tempatan yang berkualiti tinggi. Menyedari hakikat ini, Yayasan pembangunan Buku Negara ditubuhkan untuk membantu meningkatkan kempen menyemai budaya membaca masyarakat Malaysia dalam usaha menyemai budaya ilmu di kalangan masyarakat umum.


Laporan Bergambar:

Disambut oleh ibu-bapa yang hadir di majlis Perasmian Program IQRA peringkat Parlimen Rembau
Menyampaikan ucapan dan kata-kata nasihat kepada semua untuk membudayakan aktiviti membaca sebagai hobi keluarga

Menyampaikan hadiah pembaca terbaik bagi katagori menengah rendah

Menerima cenderamata daripada Pengerusi Akademi Pemuda, Sdr. Khairul Azwan yanag juga merupakan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Bertemu dengan para pelajar cemerlang membaca peringkat Parlimen Rembau

Pemuda UMNO Cawangan Sendayan menyerahkan Jalur Gemilang sebagai simbolik jelajah kemerdekaan mereka pada hari tersebut

Sdr. Khairy dan barisan pemudanya melalungkan "Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!"

Monday, August 10, 2009

LAUNGAN "JAHANAM ANWAR" BERGEMA DI PWTC

Oleh S.A Najmuddin

Kuala Lumpur – Lagi laungan Anwar pengkhianat bergema. Kali ini laungan tersebut dilaungkan lebih 1000 pendokong UMNO yang bersepakat menyatakan pendirian mereka bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya pengkhianat bangsa dan negara.

Perhimpunan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), itu turut dihadiri beberapa pemimpin UMNO termasuk Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin.
Dalam ucapan ringkasnya, Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional berkata pergerakan itu akan sentiasa berdiri teguh di belakang Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Anwar Ibrahim memang pengkhianat bangsa Melayu. Dan jika Tan Sri Muhyiddin masuk ke mahkamah, kita Pemuda UMNO akan turut sama mempertahankan beliau", katanya sambil melaungkan Jahanam Anwar dan turut disertai ratusan mereka yang lain.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Petaling Jaya Utara, Latt Shahrizan Abdullah berkata pihaknya gembira kerana Anwar Ibrahim membawa perkara itu ke mahkamah.

"Insyaallah kita sedia mengumpul bukti dan akan mendedahkan perkara itu di mahkamah kelak. Biar rakyat tahu siapakah sebenarnya Penasihat PKR itu yang bersikap talam dua muka", katanya.

Pelbagai kain rentang dan slogan terpampang antaranya, 'Anwar Pengkhianat Melayu', 'Jahanam Anwar', 'Benam Anwar', 'Kami Menyokong Kenyataan Tan Sri Muhyiddin' dan pelbagai kenyataan lain.

Laungan Anwar Pengkhianat, Anwar Penipu dan pelbagai jeritan lain bergema sepanjang perhimpunan tersebut.



Ketibaan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut dengan sorakan dan laungan "Jahanam Anwar!!!"
Sdr. Khairy menandatangani buku protes terhadap penderhaka negara

Sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap TPM

Orang India juga tidak menyokong Anwar dan Pakatan Rakyat

Antara gabungan badan NGO yang turut menyokong kenyataan TPM


10 Ogos - Khairy Cabar Pas Keluar Pakatan Demi Maruah

BUKIT MERTAJAM: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mencabar Pas keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) demi menjaga maruah parti kerana tidak lagi dihormati dalam gabungan itu.

Katanya, isu membabitkan Islam di Selangor dan Pulau Pinang jelas menjatuhkan maruah serta kedudukan parti itu dalam gabungan yang mendakwa memberi hak sama serta adil kepada semua pihak.

Sambil menyatakan simpati, beliau berkata, Pas sering dilayan tidak adil terutama dalam pemberian kuasa walaupun ia terbesar dalam gabungan berdasarkan ahli dan sumbangan dari segi tenaga kerja pada setiap pilihan raya.

“Seperti di Pulau Pinang, Pas langsung tidak diberikan jawatan Exco dalam kerajaan negeri walaupun ada wakil dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Di Selangor pula, cadangan mereka supaya penjualan arak tidak dibenarkan di kawasan majoriti Islam tidak didengar. Ia seolah-olah parti itu tiada suara.

“Pada pilihan raya kecil Permatang Pasir difahamkan Pas akan bertanding, saya cadangkan mereka minta jawatan Exco Pulau Pinang. Jika tidak dapat, keluar pakatan dan nilai harga diri," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Bukit Mertajam di sini, semalam.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, setiakawan Pakatan Rakyat berbeza dengan Barisan Nasional (BN) kerana semua komponen BN diberi tanggungjawab.

Khairy turut mengajak Pas supaya bermuzakarah dengan Umno bukan saja demi kepentingan umat Islam di negara ini tetapi untuk semua kaum.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, yang mengutarakan pendapat sama, berkata sudah sampai masanya Pas membuat keputusan terbaik memandangkan cadangannya menegakkan syiar Islam di Selangor ditolak 'mentah-mentah'.

Justeru, katanya, tindakan meninggalkan PR adalah langkah terbaik sekiranya pemimpin parti itu tidak mahu bersekongkol dengan DAP berhubung isu penjualan arak.

"Kadang-kadang kita tidak faham kenapa Pas boleh bersekongkol dengan DAP yang jelas mempunyai perbezaan idealogi bukan saja dengan Umno tetapi kaum Melayu dan Islam juga. Ia amat menghairankan," katanya selepas merasmikan Persidangan Pemuda Umno bahagian Jasin di Merlimau, Melaka, semalam.

Sumber : Berita Harian

Wednesday, August 5, 2009

UMNO MASIH RELEVAN MEMPERJUANGKAN ASPIRASI RAKYAT; SEKITAAR MESYUARAT PERWAKILAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN REMBAU 2009

Oleh: Rizuan Ahamad
Gambar: Ijan/Amir

Pada 2 Ogos 2008 yang lalu, bertempat di Dewan Sri Rembau berlangsung Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau 2009 yang telah dirasmikan serentak berasama Wanita dan Puteri oleh YAB Dato' Seri Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan.

Gabungan 3 sayap UMNO Bahagian Rembau dan tetamu jemputan seramai lebih kurang seribu orang telah memenuhi Dewan Sri Rembau bagi mendengar amanat dan pesanan daripada YAB Menteri Besar. Antara isu yang dikupas oleh Beliau adalah dakwaan pihak pembangkang bahawa UMNO merupakan satu parti politik yang mengamalkan pendekatan perkauman.

Namun hakikatnya, selama ini perjuangan DAP lah yang banyak membangkitkan isu-isu perkauman serta mempertikaikan hak-hak pribumi dan perkara-perkara yang sudah termaktub dalam perlembagaan Malaysia.

Dalam Ucapan Ketua Pemuda Rembau, Sdr. Khairy semasa Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Rembau pula berkata, golongan muda masa kini sudah mula untuk menerima kembali perjuangan dan kebenaran UMNO. Ini terbukti apabila pengundi muda menyumbangkan jumlah undi terbesar semasa PRK Manik Urai, dimana BN kalah 60 undi kepada calon PAS.

Tiada lagi istilah Liabiliti dalam UMNO, dan bagi beliau, liabiliti yaang sebenarnya adalah golongan pemimpin tidak maahu berbuat apa-apa kecuali mengamalkan politik sempit bagi menyekat golongan muda yang berpotensi untuk membantu menaikkan kembali perjuangan UMNO.

Beliau juga menggesa pemimpin-pemimpin UMNO akar umbi iaitu ketua-ketua pemuda cawangan untuk menjadi contoh terbaik kepada masyarakat sekelilingnya, kerana kepercayaan mereka kepada BN bergantung kepada tindak-tanduk kita apabila berdepan dengan masyarakat yang mewakili 3/4 undi bagi kawasan mereka.

Antara Pemimpin-pemimpin UMNO yang hadir pada majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Rembau 2009

Ucapan oleh YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan

Barisan Kepimpinan UMNO Bahagian Rembau

Para perwakilan menndengar penuh teliti ucapan Ketua UMNO Bahagian Rembau

YAB Menteri Besar menggesa agar ahli-ahli UMNO bangkit dari keselesaan dan teruskan perjuangan untuk membela rakyat

Perwakilan dari Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Rembau

Penuh: Kehadiran perwakilan pada kali ini amat memberangsangkan

Tok Mat dan KJ semasa sidang media

Bergambar dengan Pemerhati dari Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah sebelum mesyuarat bermula

Antara AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah yang memastikan perjalanan mesyuarat berjalan lancar

Para Perwakilan sedang mendengar ucapan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rembau

Barisan kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Rembau

Pemerhati Bahagian: Tn. Haji Nasir Singah, Dato' Abdul Ghani Hassan dan En. Ramli Sulaiman

Sebahagian Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Rembau

Ucapan Ketua Pemuda yang menekankan 5 prinsip pemuda; Berprinsip, Inklusif , Proaktif, Relevan dan Bersatu

Ucapan penggulungan daripada Dato' Abdul Ghani Hassan

Bergambar kenangan bersama Pemerhati Pemuda UMNO Kuala Pilah yaang diketuai oleh Sdr. Eddin, Naib Ketua Pemuda Kuala Pilah

Bersalam-salaman di akhir mesyuarat

Antara Perwakilan yang setia dan ikhlas berjuang dalam parti UMNO

Bergambar kenang-kenangan: Barisan Kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau penggal 2008-2012

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin