Wednesday, December 24, 2008

ANUGERAH KECEMERLANGAN UPSR PARLIMEN REMBAU MENGHARGAI KEJYAAN PELAJAR DAN SUMBANGAN GURU

Oleh: Rizuan

Gambar: Kuloi Panchang




Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR 2008 Parlimen Rembau telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dengan kehadiran para pelajar dan ibu bapa dan tetamu seramai lebih kurang 1200 orang.



Majlis ini turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato' Azman Bin Haji Hassan, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, YB Zaifulbahri Bin Idris, ADUN Chembong, En. Mohd Sah Bin Zainal Abidin, Wakil Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Tuan Haji Mohd Rawi Bin Baharom, Pegawai Daerah Rembau, En. Mohd Radzi Bin Abd. Wahab, Pegawai Pelajaran Daerah Rembau dan En. Rosni, wakil Pejabat Pelajaran Daerah Seremban.



Antara tetamu lain yang hadir adalah Cik Hjh. Hasnal Bt Peral, Ketua Wanita UMNO Bahagian Rembau, Puan Zuliana Bt Ridzuan, Ketua Puteri UMNO Bahagian Rembau dan seluruh Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Rembau 4 peringkat.



Tujuan program ini dianjurkan adalah sebagai rangsangan kepada para pelajar untuk terus mencipta lebih banyak kejayaan di masa yang akan datang, dan sebagai pemangkin kepada para pelajar UPSR Tahun 2009 untuk mencatat kejayaan yang lebih cemerlang. Para pelajar yang bertuah ini menerima hadiah berupa wang tunai, sijil dan tiket ke Eye Of Malaysia, Melaka.



Bagi pihak Sekolah pula, Anugerah Sekolah Cemerlang (Setiap DUN) dan Anugerah Khas Kecemerlangan (Parlimen Rembau) akan dijadikan batu asas untuk mereka memastikan kejayaan yang seimbang di kalangan para pelajar, dengan matlamat mencapai lebih banyak keputusan 5A disamping tidak meminggirkan para pelajar yang lemah.



Pemilihan Sekolah ini adalah berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) yang mana ianya digunakan oleh pihak Kementerian Pelajaran bagi mengukur purata pencapaian pelajar dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.



YB Khairy Jamaluddin selaku Pengerusi Program ini berpuas hati dengan penglibatan pelajar dan komitmen yang ditunjukkan oleh para guru, ibu bapa dan pihak-pihak yang terlibat.







Seramai 330 orang pelajar hadir bersama ibu bapa mereka. Kehadiran dianggarkan seramai 1200 orang termasuk Ahli UMNO Bahagian Rembau 4 peringkat serta guru-guru, pegawai-pegawai jabatan kerajaan dan PIBG.



Sdr. Khairy Jamaluddin begitu bersemangat mengajak para pelajar dan ibu bapa untuk menitik beratkan kecemerlangan pendidikan terutamanya di Parlimen Rembau.



Semua pihak diminta agar tidak meninggalkan golongan pelajar yang kurang cemerlang agar boleh mencatat keputusan yang baik dalam peperiksaan.



Y.Bhg. Dato’ Haji Azman Bin Haji Hassan, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan menyampaikan hadiah dan sijil kepada para pelajar. Para pelajar ini turut menerima tiket ke Eye On Malaysia, Melaka.



Sdr. Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ahli Parlimen Rembau menyampaikan hadiah dan sijil kepada Pelajar Cemerlang UPSR 2008 Parlimen Rembau.







Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Batu menerima Anugerah Sekolah Cemerlangan UPSR 2008 DUN Kota daripada Y.Bhg. Dato’ Haji Azman. Sekolah tersebut menerima Wang Tunai RM1,000.00 dan Piala. Sekolah lain yang tutut menerima anugerah yang sama adalah Sek. Keb. Taman Paroi Jaya (DUN Paroi), Sek. Keb. Seberang Batu Hampar (DUN Chembong) dan Sekolah Kebangsaan Seliau (DUN Rantau)



Guru Besar Sekolah Kebangsaan Chengkau menerima Anugerah Khas Kecemerlangan UPSR 2008 Parlimen Rembau, daripada Y.Bhg. Dato’ Haji Azman. Sekolah tersebut menerima Wang Tunai RM3,000.00 dan Piala.



Dari Kiri: Y.Bhg. Dato' Haji Azman Haji Hassan, Sdr. Khairy Jamaluddin Abu Bakar, dan YB Tuan Zaifulbahri Bin Idris, ADUN Chembong.



Bergambar bersama para pelajar. Jumpa lagi pada tahun 2009.





Monday, December 22, 2008

Pakatan pembangkang retak menanti belah - Khairy


Oleh AZRAN FITRI RAHIM

KOTA BHARU 21 Dis. - Pakatan pembangkang yang menguasai lima negeri pada pilihan raya umum lalu, disifatkan sebagai retak menanti belah ekoran pertentangan dasar parti-parti terbabit semakin jelas dalam pentadbiran.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, percanggahan ideologi antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam isu-isu utama kini sudah begitu ketara dan semakin sukar dibendung.

Menurutnya, dalam soal pokok seperti Islam, kontrak sosial dan bumiputera yang termasuk dalam Perlembagaan pun masih ada percanggahan pemikiran dalam PKR, Pas dan DAP.

"Pakatan pembangkang masih belum diuji sepenuhnya, namun saya sifatkan pakatan itu sebagai retak menanti belah," katanya pada Wacana Transformasi Politik Malaysia di Balai Islam Lundang di sini malam tadi.

Selain Khairy, turut serta sebagai panel ialah Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang juga Exco kerajaan Pas Kelantan dan Pensyarah Fakulti Undang- Undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari.

Ia dipengerusikan oleh pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff serta dihadiri lebih 3,000 orang.

Majlis itu dianjurkan oleh Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan bagi membincangkan perubahan politik negara dan isu-isu semasa.

Khairy berkata, pakatan pembangkang perlu diberi peluang untuk melaksanakan dasar-dasar mereka di lima negeri yang diperintah dan terpulang kepada rakyat untuk menilainya.

"Kita beri peluang kepada pakatan pembangkang untuk melaksanakan dasar mereka. Walaupun dalam Parlimen kita selalu berbalah, kita boleh melihat apa yang berlaku hari ini," katanya.

Katanya, usaha reformasi di negara ini tidak perlu dibebankan kepada BN sahaja dan ia perlu dilakukan oleh pembangkang.

Sebagai contoh ujarnya, untuk memerangi rasuah di negara ini, ia memerlukan iltizam politik daripada kedua-dua pakatan pembangkang dan kerajaan BN.

"Jangan salahkan BN sahaja, pakatan pembangkang pun perlu ada iltizam politik. Dulu semasa menang pilihan raya semua Exco dan Menteri Besar negeri pakatan pembangkang janji mahu isytihar harta tapi sampai hari ini tidak tunaikan janji itu.

"Begitu juga ketika Menteri Besar atau menteri daripada BN dituduh rasuah, mereka diminta bercuti untuk membersihkan nama kerana kita hendak tunjukkan UMNO mengamalkan ketelusan," ujarnya.

Di Perak ujar beliau, tindakan kerajaan campuran negeri itu mengekalkan tugas dua Exco Perak yang dituduh rasuah, menjadi persoalan di kalangan rakyat.

Katanya, dalam menggerakkan transformasi politik Malaysia ke arah yang lebih baik demi kepentingan rakyat, beliau menekankan perlunya muzakarah di antara UMNO dan Pas diteruskan.

"Mari kita tumpu soal apa yang boleh diperjuangkan bersama seperti bahasa, agama, kontrak sosial dan bumiputera termasuk isu sensitif seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," katanya.

Thursday, December 18, 2008

Pengalam Sehari di Hari Raya Aidil Adha Bersama YB Khairy

Oleh: Ardana, AJK Pemuda UMNO Bahagian Rembau.

p/s: Saya dilindungi oleh Wartawan TV3...

Ini adalah pengalaman kami mengikuti YB Khairy semasa Hari Raya Haji/Korban pada 8 Disember yang lalu.

8.30 pagi - YB Khairy telah sampai di Masjid Taman Rasa Sayang, Paroi untuk sama-sama menunaikan Solat Hari Raya Aidil Adha bersama penduduk di dalam kariah masjid tersebut. Ketibaan Beliau disambut gembira oleh jemaah yang hadir kerana kata mereka, inilah kali pertama 'Yang Berhormat' bersolat bersama-sama mereka di pago raya.

10.00 pagi - Mengunjungi rumah Bekas Imam, Tuan Haji Muhamad Bin Mahyudin yang juga merupakan penceramah agama yang mengajar di Masjid tersebut. Kehadiran YB Khairy amat ditunggu-tunggu oleh seluruh ahli keluarga Tuan Haji Muhamad. Kami yang turut ke sana menikmati jamuan Hari Raya di bawah khemah disulami dengan renyai-renyai gerimis Aidil Adha.

10.30 pagi - Kembali ke Masjid untuk acara Sembelihan Lembu Korban. YB Khairy telah menyedekahkan sebanyak 20 ekor lembu pada tahun ini kepada masjid-masjid di dalam parlimen Rembau, atau 5 ekor lembu untuk setiap DUN. Para petugas sembelihan terpaksa bekerja di bawah hujan yang semakin lebat pada hari itu.

11.15 pagi - Singgah sebentar di Masjid Taman Tuanku Jaafar, Sungai Gadut untuk melihat pelaksanaan sembelihan di sana. Atas sebab teknikal, lembu yang disedekahkan oleh YB Khairy tiba 5 minit selepas ketibaan kami di sana.

12.15 t/hari - Dijemput oleh ahli keluarga keturunan Mahaya dan Bulat yang mengambil kesempatan pada hari Raya AidilAdha ini bagi mengumpulkan seluruh ahli keluarga daripada 7 generasi keturunan. Walaupun hujan, majlis tersebut berjalan dengan lancar dan YB Khairy telah merasmikan laman web keluarga tersebut yang akan memaparkan aktiviti dan cerita terkini ahli keluarga mereka.

Selepas itu, barulah kami berkesempatan beraya dengan ahli keluarga dan mengunjungi sanak saudara.

Tapi, hujan yang datang juga membawa banjir bersama. Ada la kawan yang kena sambung kerja.. Salam...


Gambar Sekitar Majlis Perhimpunan Keluarga Mahaya dan Bulat

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin