Friday, July 24, 2009

24 Julai 2009 - PROGRAM-PROGRAM KJ DI REMBAU DI ISI DENGAN MASEJ 1 MALAYSIA DAN MESRA RAKYAT

Oleh: Rizuan

10.00 pagi, SRJK (T) Senawang - Kehadiran Saudara Khairy di sekolah tersebut telah disambut oleh YB V.S. Morgan, EXCO Kerajaan Negeri Sembilan merangkap Pengerusi MIC Bahagian Rembau, Guru Besar, Pengerusi PIBG dan AJK MIC bahagian Rembau.

SRJK (T) Senawang merupakan salah sebuah daripada 4 buah SRJK (T) bantuan modal di Parlimen Rembau yang mendapat geran peruntukan daripada pihak Kerajaan Barisan nasional bagi membina bangunan baru serta menaiktaraf infrastruktur sedia ada.

Pada sesi lawatan tersebut, Saudara Khairy telah melihat perkembangan projek pembinaan bangunan baru sekolah tersebut, yang dibina bagi menempatkan para pelajar yang semakin bertambah. Buat masa ini, para pelajar meneruskan pengajian di dalam kabin khas yang dilengkapi sistem penghawa dingin bagi memberikan keselesaan kepada pelajar.



Ketibaan Saudara Khairy disambut oleh YB VS Morgan dan AJK MIC serta dan pihak sekolah

Pengerusi PIBG memberi penerangan tentang perkembangan projek ini

Saudara Khairy bertanyakan sesuatu kepada pelajar yang ditempatkan di kabin khas

Bangunan lama akan dinaiktaraf seiring dengan pembinaan bangunan baru

Bertemu para pelajar darjah 6 pada waktu rehat di kantin sementara

Berbincang dengan pihak sekolah tentang lain-lain kemudahan yang diperlukan

Menyatakan kepada pihak sekolah bahawa beliau akan membantu atas kapasiti sebagai Ahli Parlimen Rembau untuk membawa perkara yang dipohon ke atas


10.45 pagi, SRJK(T) Rantau, Bandar Ekar - Pada sesi lawatan kerja beliau bersama YB VS Morgan, beliau telah melapangkan masa untuk ke SRJK (T) Rantau di Bandar Ekar bagi melihat perkembangan di sana.

Secara asasnya, kemudahan infrastuktur sekolah tersebut berada dalam keadaan yang baik namun terdapat rekahan dan mendapat pada struktur bangunan yang membimbangkan pihak sekolah. Guru Besar sekolah tersebut memaklumkan bahawa terdapat juga tanah runtuh di pintu pagar sekolah yang memerlukan perhatian serius daripada pihak yang berkenaan.

Dalam ucapan balas beliau, Saudara Khairy memberikan komitmen untuk merujuk kes-kes yang dibangkitkan kepada pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan Negeri bagi tindakan selanjutnya. Permohonan sekolah untuk membina 'susur gajah' iaitu laluan pejalan kaki berbumbung juga mendapat perhatian beliau bagi tujuan keselamatan pelajar.

Ketibaan Saudara Khairy disambut oleh parau Guru, PIBG dan AJK MIC di DUN Rantau

Guru Besar memberikan penerangan tentang permohonan sekolah yang memerlukan perhatian daripada pihak-pihak yang berkenaan

Menyampaikan ucapan dan maklumbalas tentang lawatan beliau

Meninjau keadaan sekolah yang berlaku mendapan

Bertemu dengan pelajar tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR

Bersama YB VS Morgan - rekahan ini memerlukan pemulihan yang segera

Sistem perparitan yang tidak sempurna menyebabkan keadaan padang becak dan berlumpur

Meninjau keadaan tebing bukit yang runtuh dan berada berhampiran dengan pintu pagar sekolah

Tanah runtuh ini perlu dibaiki segera bagi mengelakkan ianya bertambah teruk


Laluan longkang ini telah terhalang dengan tanah yang runtuh menyebabkan air bertakung, yang boleh mengundang pelbagai masalah

Bergambar dengan AJK MIC di DUN Rantau sebelum beredar


12.00 tengah hari, SRJK (C) Yun Hua, Rembau - Pihak Parlimen Rembau telah menaja akhbar Sin Chew Daily kepada 4 buah sekolah SRJK (C) yang terletak dalam Parlimen Rembau, sempena Program Membaca Suratkhabar yang dikelolakan oleh akhbar Sin Chew.

Dalam ucapannya, beliau menggalakkan para pelajar untuk membaca suratkhabar agar mereka sentiasa peka dengan perkembangan semasa dan sebagai input tambahan dalam pembelajaran mereka. Dengan adanya program ini, pelajar juga dapat meningkatkan penguasaan bahasa Cina terutamanya pelajar yang bukan berbangsa Cina.

Beliau juga agak tertarik dengan nilai 1Malaysia yang terdapat dalam sekolah ini dimana para pelajar yang berbilang kaum bergaul mesra, dan nilai-nilai ini boleh membantu meningkatkan semangat perpaduan di dalam masayarakat majmuk di Malaysia.

Sebagai simbolik, beliau menyerahkan akhbar kepada 4 buah sekolah yang terlibat, dan menyerahkan cek sumbangan kepada wakil Sin Chew Daily.

Tiba di SRJK (C) Yun Hua, Rembau

Para pelajar bersedia untuk menyanyikan lagu negaraku

En. Liew Hong Fui, wakil Sin Chew menyampaikan ucapan

Mendengar penerangan Guru Besar, En. Chong Say Koon

Saudara Safrul dan Tuan Haji Annuar turut hadir di majlis tersebut

Menyampaikan ucapan serta mengajak para pelajar dan pendidik untuk menerapkan konsep 1Malaysia dalam pembelajaran di sekolah

1Malaysia - persahabatan yang akan kekal selama-lamanya

Wajah-wajah gembira pelajar dengan kehadiran Sdr. Khairy Jamaluddin

Menyampaikan akhbar kepada SRJK (C) Kampung Baru Paroi

Menyampaikan akhbar kepada SRJK (C) Pei Hwa Pedas

Menyampaikan akhbar kepada SRJK (C) Pei Tek, Kota

Menyampaikan akhbar kepada SRJK (C) Yuh Hua, Rembau

Mari membaca akhbar!!

Menyampaikan cek sumbangan kepada En. Liew Hong Fui

Bertanyakan persahabatan Aiman dengan rakannya baiknya

Generasi masa hadapan yang merupakan aset kepada Parlimen Rembau

Berbual dengan salah seorang pelajar tetang persahabatan mereka

Kanak-kanak ini berebut bersalaman dengan Sdr. Khairy


1.15 petang, Kg. Titian Akar - Memunaikan Solat Jumaat di Masjid Kampung Titian Akar

Mengambil wudhuk

Merapatkan ukhwah diantara pemimpin dan rakyat

Qamat dari Bilal menandakan sudah tiba untuk menunaikan Solat


2.00 petang, Rumah Tuan Haji Nasir Singah - Sudah menajdi kebiasaan apabila setelah selesai Solat Jumaat, Saudara Khairy akan bertemu dengan para penduduk kampung di rumah ketua-ketua kampung. Bagi beliau, pendekatan seperti itu lebih baik dimana beliau dapat berjumpa dengan lebih ramai penduduk di kawasannya.

Selepas bacaan doa selamat oleh Imam 2, tuan rumah menjamu tetamu yang hadir dengan lauk ikan keli sambal, gulai telur itik, gulai ayam kampung, pari masak asam dan sayur kobis lemak putih.

Imam 2 Masjid Kg. Titian Akar membacakan doa selamat

Menjamu selera dengan hidangan yang enak dan menyelerakan

Bertanyakan kepada Tuan Haji Annuar sejak bila beliau berjinak-jinak dengan tembakau

Jenaka Tuan Haji mencuit hati Sdr. Khairy dan tetamu

Dari kiri: Sdr. Azli dan Sdr. Ibdillah datang dari ibu kota untuk merasai nikmat tinggal di desa

Tuan rumah menyampaikan ucapan terima kasih kepada Sdr. Khairy kerana sudi meluangkan masa untuk datang ke Kg. Titian Akar

Sdr. Khairy menyampaikan ucapan

Mak Cik ini meminta agar Sdr. Khairy dapat membantunya mendapatkan bantuan rumah PPRT yang telah dipohon melalui JKKK


3.30 petang, Balai Raya Kg. Chembong Halt - Pertemuan dengan pemilik tanah adat Kg. Chembong Halt, Kg. Chuai dan Kg. Waris Tebat merupakan pertemuan susulan, setelah Sdr. Khairy berjanji untuk memberikan maklumbalas secara terus kepada mereka selepas berjumpa dengan pihak-pihak yang berkaitan.

Dalam ucapannya, beliau memaklumkan bahawa hanya ada satu kaedah sahaja bagi menyelesaikan kemelut tanah adat ini, walaupun bukan yang menarik untuk mereka, iaitu membawa kes ini ke muka pengadilan. Hanya dengan cara tersebut, pihak pemilik tanah dapat mempertahankan hak-hak mereka dengan lebih adil dan mencapai kata putus yang sempurna.

Beliau juga berjanji akan membantu para penduduk yang terlibat untuk memudahkan mereka mendapat pembelaan yang sewajarnya, dengan kaedah dan saluran yang lebih baik tanpa menggadaikan keharmonian sedia ada. Beliau juga berharap agar pihak-pihak yang terlibat dengan pembinaan projek landasan keretapi berkembar ini boleh bertolak ansur agar semua pihak mendapat faedah daripadanya.

Dalam pada itu, Hj. Che Tak, Pengerusi Sementara Jawatankuasa Pemilik Tanah Adat turut mengucapkan terima kasih di atas usaha yang telah dilaksanakan oleh Sdr. Khairy dan turut bersetuju dengan kaedah yang dicadangkan iaitu membawa permohonan mereka ke muka pengadiulan. Menurutnya, selepas diteliti terdapat satu ruang yang disediakan oleh pihak Kerajaan untuk penduduk yang terlibat untuk membuat bantahan, iaitu melalui proses perundangan dan ianya turut dipersetujui oleh semua yang hadir.

Hj. hamzah, Ketua Kampung Chembong Halt menyampaaikan kata-kata aluan

Sdr. Khairy memberikan penerangan tentang usaha yang telah beliau lakukan, serta cadangan untuk menyelesaikan kemelut ini

Antara pegawai KTMB yang turut hadir dalam perjumpaan ini

En. Rani, darsyarikat perunding KLIA Consultancy menjawab soalan-soalan daripada pihak penduduk

Menerangkan dengan lebih terperinci tentang ruang penyelesaian yang ada

Sikap Sdr. Khairy yang terbuka dan bersedia berdepan dengan masalah rakyat amat dihargai oleh pemilik tanah adat ini

YB Tuan Zaifulbahri, ADUN Chembong dan En. Salehuddin, Penolong Pegawai Daerah Rembau turut hadir dalam pertemuan kali kedua ini



5.30 petang, Kolam Pancing Rembau - sebagai salah satu aktiviti riadah bagi memupuk semangat kejiranan, KRT Taman Rasa Sayang, Senawang telah menganjurkan Program Mesra Memancing Bersama Pemimpin di Rembau. Walaupun lokasi program agak jauh dari kediaman mereka, para peserta yang terlibat kelihatan amat gembira kerana dapat melapangkan masa untuk beriadah bersama-sama dengan ahli keluarga masing-masing.

Pertandingan yang ermula sejak jam 3.00 petang itu telah menarik seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada golongan ibu bapa, belia dan kanak-kanak.

Saudara Khairy turut menyokong program-program seperti ini, dimana ianya dapat menggalakkan pelancongan domestik dimana penduduk di DUN yang berlainan dapat menjelajah ke DUN yang lain bagi menikmati suasana dan makanan yang tidak terdapat di kawasan kediaman mereka.

1 Taman, 1 Rasa sayang dan 1 Malaysia - tema yang penuh makna

Ustaz Zul menyampaikan ucapan aluan dan menerangkan perjalan program

Antara pemancing belia yang tidak melepaskan peluang untuk turun memancing

Menyampaikan ucapan kepada pemancing-pemancing yang tidak sabar untuk meneruskan pancingan

Hadiah bagi katagori siapa cepat, dia dapat - Peserta pertama yang mendapat ikan

Beseloroh dengan ahli-ahli pemuda yang mengusik kemenangan Ketua Pemuda Taman Rasa sayang

Katagori ikan terberat

Katagori wanita

Katagori kanak-kanak

Menerima buahtangan daripada pihak KRT

Kolam ini penuh dengan ikan, dan tidak rugi untuk mencuba tuah kail anda

Mendengar masalah rakyat walau dimana berada

Meninjau para pemancing yang meneruskan misi untuk membawa bekalan ikan pulang ke rumah

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin