Masa saya di sekolah menegah, saya mula tertarik dengan puisi nusantara. Antara penulis kegemaran saya ialah Chairil Anwar dari Indonesia. Dan puisi Pak Chairil yang sampai hari ini merupakan puisi kegemaran saya, lebih daripada Shakespeare atau Lord Byron mahupun Usman Awang adalah "Aku".
Hari ini baru saya memahami dengan begitu mendalam erti tersirat puisi ini. Harap saudara-saudara dapat menghayati keindahan makna Pak Chairil.
KJ
---
AKU
Kalau sampai waktuku
Ku mahu takkan seorang pun merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu-sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa ku bawa berlari berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak peduli
Aku mahu hidup seribu tahun lagi