Wednesday, May 7, 2008

MEI 3, 2008 - TURUN KE KAWASAN PARLIMEN REMBAU

10.30pagi - Merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Kebajikan Masyarakat Islam Taman Marida, (PERMAI) Senawang. PERMAI adalah sebuah badan kebajikan yang mempunyai ahli seramai 170 orang, yang menjalankan aktiviti seperti khairat kematian, bantuan pelajaran, gotong royong kenduri perkahwinan dan lain-lain.



12.00 t/hari - Majlis Khidmat Komuniti PLKN anjuran Kawasan Rukun Tetangga Taman Sri Kasih, Senawang. Para peserta yang terlibat melakukan khidmat komuniti membersihkan Surau Taman Sri Kasih.



1.30 t/hari - Majlis perkahwinan anak saudara Tok Othman Kandar, Pengerusi JKKK Pedas. Majlis tersebut turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Hj Hasan.





2.30 petang - Majlis Perkahwinan Norjihan dan Mohd Ainol di Kg. Tanjung Sena Hilir, Rembau. Turut hadir di majlis tersebut adalah YB Zaifulbahri Idris, ADUN Chembong yang merupakan rakan baik YB Khairy.


3.00 petang - Berada di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau, dan kehadiran YB Khairy di sana disambut baik oleh penduduk Rembau yang ingin bertemu dengannya.

4.30 petang - Melawat rumah Tok Aris, Pengerusi JKKK Pedas Tengah yang terbakar pada awal minggu lalu. Menurut Tok Aris, kebakaran tersebut berlaku akibat litar pintas yang disebabkan oleh petir.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin