Monday, March 22, 2010

20 MAC 2010 - PEMUDA UMNO REMBAU MENGANJURKAN KURSUS PRA-PERKAHWINAN UNTUK BELIA REMBAU

Oleh: Taqim
Gambar: Azman


Bertemapt di Institut Latihan Perindustrian Pedas, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau telah menganjurkan sebuah Kursus Pra-Perkahwinan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan. Program tersebut telah berlangsung selama 2 hari dan dihadiri oleh seramai 130 orang peserta.

Idea asal program ini adalah cetusan program Kursus Pra Perkahwinan anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jempol. Menurut Sdr. Khairy, beliau tertarik dengan idea tersebut kerana kursus ini merupakan salah satu program yang benar-benar dekat dengan hati golongan muda terutamanya mereka yang sedang mempersiapkan diri ke alam rumah tangga.

Selain itu, beliau turut menasihati peserta yanag hadir supaya serius dalam membian sebuah keluarga agar tidak terjadi sebaranag masalah di masa hadapan. dalam jenaka, beliau turut berkongsi pengalaman alam rumahtangganya dengan puan Nori Abdullah, yang kini sudah dikurniakan dengan 2 orang cahayamata.


Kursus Pra-Perkahwinan ini akan dijadikan program tahunan, dan dicadangkan sebanyak 2 kali setahun.

Peserta bersemangat menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Pemuda UMNO

Antara yang hadir di program tersebut

Sdr. Khairy menyampaikan ucapan dan nasihat kepada peserta

Sebagai seorang suami dan bapa, Sdr. Khairy berbangga dengan kehidupan rumahtangganya

Antara peserta lelaki yang hadir

Peserta perempuan juga tidak ditinggalkan dalam program anjuran Pemuda UMNO Rembau

Bergambar dengan para peserta


Setelah selesai merasmikan program Kursus Pra-Perkahwinan, Sdr. Khairy sempat singgah sebentar di Kg. Kundur Hulu dimana Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan telah menganjurkan Kejohanan Juara Gelanggang Futsal Tertutup DUN Chembong.

Sdr. Khairy bersalaman dengan para peserta yang mengambil bahagian

Tn. Hj. Mohd Taf, Pengerusi JKKK dan Sdr. Ramadhan, AJK Pemuda UMNO Bahagian Rembau merupakan orang kuat kepada penganjuran program ini

Para peserta bersungguh-sungguh bersaing walaupun di bawah panas terik mentari

Bergambar bersama para peserta dan penonton cilik

Sunday, March 21, 2010

19 MAC 2010: MERASMIKAN MAJLIS AGAMA CERAMAH MAULIDUR RASUL DI KG. TOK DAGANG, PAROI

Oleh: Azman

Sempena sambutan Maulidur Rasul yang disambut di seluruh negara, Kg. Tok Dagang turut mengadakan Majlis Ceramah Maulidur Rasul sempena memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan salah satu daripada hari penting kepada umat Islam.

Dalam ucapan beliau, Sdr. Khairy turut mengajak jemaah yang hadir untuk sama-sama menghayati sejarah perjuangan Rasulullah, dan mengambil ikhtibar daripada usaha Rasulullah menyebarkan syiar Islam.

Majlis tersebut turut diserikan dengan nasyid Asma Ul-Husna yang didendangkan oleh kanak-kanak tabika serta ceramah daripada penceramah jemputan.


Antara yaang hadir di majlis tersebut

Dendangan nasyid dari kanak-kanak tabika

Ucapan En. Mohd Ali Bin Majid, Ketua UMNO Cawangan Tok Dagang

Ucapan Sdr. Khairy Jamaluddin

Penceramah Agama yang dijemput khas dari Melaka

Ketua Puteri UMNO Bahagian Rembau turut hadir

19 MAC 2010: SINGGAH PETANG DI KAMPUNG SELEMAK

Oleh: Adhira

Selepas merasmikan Mesyuarat Agung di SK Legong Ulu, Sdr. Khairy telah singgah sebentar di Kampung Selemak bagi meninjau dan melihat keperluan penduduk di sana. Dalam masa yang sama, beliau sempat menziarahi seorang warga emas yang mengalami sakit kronikdan memerlukan bantuan.

Menziarahi warga emas yang memerlukan bantuan perubatan

Bersalaman dengan penduduk kampung di Dataran Selemak

Sdr. Adhira menunjukkan penambahbaikan landskap yang baru siap

Berjumpa dengan pemilik kedai runcit dan kedai kopi

Simbolik merasmikan jambatan kecil

Mendengar aduan daripada masyarakat kampung

Suasana santai memberikan peluang kepada penduduk untuk menyuarakan pandangan mereka dengan mudah dan mesra

Antara belia Kampung Selemak yang aktif dalam sepak raga dan futsal

Meninjau keadaan Masjid Selemak yang sedang menunggu peruntukan daripada Pejabat Daerah


Perigi lama yang masih boleh digunakan terutamanya ketika ketiadaan air

Saturday, March 20, 2010

11 MAC 2010: SDR. KHAIRY MERASMIKAN PROGRAM BERKELOMPOK PERKHEMAHAN JATI DIRI MURID TAHUN 6

Oleh: Nurul

Berlangsung di Pusat Rekreasi Gunung Datuk, Sdr. Khairy telah dijemput untuk merasmikan penutupan Program Berkelompok Perkhemahan jati Diri Murid Tahun 6, yang dihadiri seramai 148 orang pelajar dan diiringi oleh 67 orang guru. Program ini menggabungkan 6 buah sekolah iaitu SK Kampung Batu, SK Kampung Tanjung, SK Salak Nama, SK Kota, SK Bongek dan SK Astana Raja.

Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan persiapan kepada calon-calon UPSR ini tentang semangat setiakawan dan kerjasama di antara bakal calon, terutamanya tentang konsep belajar secara berkumpulan dan perkongsian ilmu.

dalam ucapan beliau, Sdr. Khairy mengucapkan tahniah di atas kejayaan terkini yang dicapai oleh setiap sekolah dalam peperiksaan UPSR 2009 yang lalu, dimana secara keseluruhannya semua sekolah mencatat keputusan yang baik berbanding tahun sebelumnya.

Beliau juga melontarkan cabaran kepada para murid tahun 6 yang terlibat dalam program ini supaya berusaha mencatatkan keputusan yang lebih baik lagi, dan bersedia memberikan kerjasama dalam program-program seterusnya.


Tahniah kepada para guru dan pelajar yang terlibat

Sdr. Khairy menyampaikan ucapan beliau

Cikgu Roslan dari SK Kg. baru dan Cikgu Azini dari SK Salak Nama antara guru yang gigih membantu menaikkan prestasi pelajar

Kami Boleh !!! Itulah laungan anak-anak ini menyahut cabaran Sdr. Khairy

Menyampaikan sijil kepada para peserta

Menyampaikan hadiah bagi pertandingan yang dianjurkan

Sdr. Khairy melawat tapak perkhemahan pelajar lelaki

Bertanyakan pengalaman mereka bermalam di dalam hutan

Melawat tapak perkhemahan pelajar perempuan

Bertanyakan perbezaan tidur di lantai hutan dengan di atas tilam empuk di rumah

Friday, March 19, 2010

9 MAC 2010: MAJLIS PENYAMPAIAN PERUNTUKAN PARLIMEN REMBAU DAN PERASMIAN PUSAT SEHENTI AGRO

Oleh: Rizuan

Majlis Penyampaian Peruntukan Parlimen Rembau ini diadakan adalah bertujuan untuk menyerahkan bantuan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang dilaksanakan melalui cadangan Ahli Parlimen Rembau.

Sebagai salah sebuah agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan, seramai 6 orang peserta telah menerima bantuan pertanian mereka melalui Pertubuhan Peladang Kawasan Rembau yang turut mewujudkan sebuah Pusat Sehenti Agro bagi memudahkan urusan golongan penternak, petani dan nelayan untuk mendapatkan meklumat berkenaan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Sdr. Khairy dalam ucapannya menasihatkan agar para penerima bantuan mengusahakan perniagaan asas tani mereka dengan bersungguh-sungguh dan mensasarkan kemajuan yang lebih baik dari tahun ke tahun. Selain itu, beliau turut memuji langkah PPK Rembau mewujudkan Pusat Info Agro yang boleh memudahkan pelbagai pihak mendapat maklumat dan borang permohonan dari pelbagai agensi berkaitan di bawah satu bumbung.

Dari Kanan: Pn. Rahilah, Dato' Awaludin, Sdr. khairy, Tuan Zaifulbahri, En. Yusof Ghawa dan Imam Masjid Kg. Batu

Antara yang hadir di majlis tersebut

Sdr. Khairy menyampaikan ucapan beliau

Simbolik perasmian dengan menandatangai plat perasmian di Pusat Sehenti Agro, PPK Rembau

Dibuak secara rasminya pada 9 mac 2010, Tahniah diucapkan!

Menyampaikan sijil bantuan kepada penanam cili di Kg. Gadong

Menyampaaikan bantuan kepada pengusaha tanaman limau purut

Melihat peralatan yang diterima oleh para pengusaha

Bergambar bersama para penerima bantuan

Bergambar di hadapan Pusat Sehenti Agro, di bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan Rembau

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin