Saturday, November 29, 2008

KJ SIMPATI DENGAN MASALAH PENDUDUK DI KG. SENTOSA JAYA, DUN PAROI...

Pada 28 November 2008, YB Khairy Jamaluddin telah membuat lawatan kerja di Kg. Sentiosa Jaya, DUN Paroi bersama Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi memperkasakan Program CARI dan melihat sendiri masalah setinggan di kampung tersebut.



Ikutilah laporan bergambar berikut:





Balairaya Kg. Sentosa Jaya



Bersama En. Fauzi, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras UMNO DUN Paroi dan Cikgu Bakar, Bendahari Jawatankuasa Penyelaras UMNO DUN Paroi.





Makan Tengahahri di Balai Raya Kg Sentosa Jaya bersama Jawatankuasa UMNO Cawangan dan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban







KJ menyampaikan ucapan ringkas dan berdialog dengan para penduduk tentang masalah dan isu-isu pembangunan yang berlaku di Kampung Sentosa Jaya.







Lawatan Kerja





Berjalan kaki dari Balai Raya Kg. Sentosa Jaya ke lokasi lawatan dan rumah-rumah yang memerlukan bantuan.







Lawatan ini dikemudi oleh Setiausaha JKKK Kg Sentosa yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Cawangan tersebut.







Melihat sendiri kadar kebersihan air yang digunakan untuk diminum dan kegunaan harian penduduk di kawasan setinggan yang tidak mendapat bekalan air bersih.





Para penduduk di kawasan setinggan ini meminum air yang kurang bersih dan dikhuatiri akan membahayakan kesihatan mereka.





Mendengar aduan penduduk di kawasan setinggan yang memerlukan bantuan membaiki rumah dan bekalan air bersih.





Mendengar rayuan seorang penduduk yang memerlukan bantuan membaiki rumah dengan segera kerana bahagian dapurnya yang telah rosak teruk. KJ meminta Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau berurusan dengan Baitulmal Negeri Sembilan bagi mendapatkan bantuan membaiki rumah kepada pemohon. Dia juga memerlukan bantuan kewangan bulanan bagi menguruskan keperluan harian, dan KJ memaklumkan kepada pegawai JKM agar meneliti perkara ini dengan memberikan bantuan warga emas. (3 gambar)







Ditemuramah oleh para wartawan yang mengikuti siri lawatan bertemu rakyat dan memperkasa program CARI yang dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membantu golongan miskin dan susah.





Simpang Masuk ke Taman Rasa Sayang



Melihat sendiri aduan yang dibuat oleh Ketua UMNO Cawangan Taman Rasa Sayang berkaitan kesulitan yang mereka hadapi saban hari akibat kelewatan penyipan projek pembentungan.



Thursday, November 27, 2008

Rembau News Mengucapkan ‘Selamat hari jadi Pak Lah ke 69 "


Rembau News mengucapkan selamat hari jadi kepada Abdullah yang dilahirkan hasil perkongsian hidup Ahmad Badawi dan Kailan Hassan di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 26 November 1939. Selaku PM Malaysia dan Presiden UMNO ,walaupun tiada majlis besar-besaran seperti di negara-negara lain mungkin hari jadi Pak Lah diraikan bersama keluarga terdekat sahaja. Bagi kami di sini, hanya doa sahaja yang mampu diberikan agar Pak Lah sentiasa ceria dan diberikan kesihatan dan kekuatan oleh Allah swt.

Tiada iklan tahniah atau kesyukuran di akhbar-akhbar atau sambutan majlis terpampang di kaca televisyen. Mungkin apa yang diharapkan beliau sempena hari jadinya mungkin hanya mahu melihat Malaysia yang didiami rakyat dari pelbagai kaum terus hidup aman dan harmoni.

Bagi UMNO pula seperti amanat yang diluahkan oleh beliau pada ulang tahun kelahiran parti itu ke-62 Mei lepas, Abdullah mahu ahli UMNO jangan patah hati dan pecahkan parti di sebalik kemerosotan sokongan yang dilalui Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi parti itu

Teruskan berjuang Pak Lah !!!

Wednesday, November 26, 2008

SK PEDAS TERBAIK UPSR 2008 DAERAH REMBAU

oleh: Shaharizan

Rembau News dan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau ingin mengucapkan tahniah kepada SK Pedas kerana telah mendapat keputusan yang cemerlang dan diiktiraf sebagai Sekolah Cemerlang UPSR 2008. Seramai 26 pelajar telah mancapai keputusan 5A dan merupakan pencapaian terbaik sekolah tersebut setakat ini.

Majlis Kesyukuran dan Meraikan Kecemerlangan UPSR 2008 sekolah tersebut telah diadakan pada 25 Nov 2008 yang lalu. YB Khairy Jamaluddin yang diwakili oleh ADUN Chembong, YB Zaifulbahri dalam majlis tersebut mengucapkan tahniah di atas usaha dan dedikasi yang diberikan oleh para guru yang terlibat dan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh para pelajar untuk mencapai kejayaan tersebut.


Sebagai insentif tambahan, YB Khairy telah memberikan sumbangan sebanyak RM2000.00 dan mengajak sekolah-sekolah yang lain berusaha untuk mencipta lebih banyak kecemerlangan pada tahun-tahun yang akan datang.

Berdasarkan keputusan UPSR 2008 dalam Parlimen Rembau, seramai 440 orang pelajar telah mencapai kejayaan 5A ke atas. Sebagai tanda penghargaan kepada para pelajar dan ibu bapa mereka, YB Khairy telah merancang untuk mengadakan Majlis Kecemerlangan UPSR Peringkat Parlimen Rembau pada bulan hadapan.

Tahniah dari kami...

Tuesday, November 18, 2008

TIDAK PERLU TUKAR KERAJAAN UNTUK TURUNKAN HARGA MINYAK

Oleh: Rizuan Ahamad

Harga runcit Petrol RON97 telahpun dikurangkan sebanyak 15 sen seliter kepada RM2.00 seliter daripada RM2.15 sen seliter oleh Kerajaan Barisan Nasional. Ini merupakan penurunan yang kelima sejak bulan Ogos yang lalu berdasarkan formula penetapan harga yang diamalkan sekarang.

Awal bulan ini, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 seliter kepada RM2.15 seliter, petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter dan diesel dikurangkan dari RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.

Sebelum ini, harga petrol RON97 turun dari RM2.70 seliter kepada RM2.55, RM2.45 dan RM2.30 manakala petrol RON92 dari RM2.62 seliter kepada RM2.40, RM2.30 dan RM2.20. Diesel pula turun dari RM2.58 kepada RM2.50, RM2.40 dan RM2.20.

Gambaran yang ada pada hari ini menunjukkan bahawa rakyat masih lagi memiliki Kerajaan yang betul untuk menguruskan negara ini dengan berkesan. Kerajaan yang baik akan memastikan ekonomi negara akan sentiasa stabil dan tidak meletakkan negara ini ke dalam kemuflisan. Dan bagi memastikan negara ini kekal stabil, peranan rakyat amat diperlukan untuk sama-sama membantu negara menghadapi setiap krisis yang berlaku.

Sebagai ganjaran atas usahasama tersebut, formula penetapan harga minyak yang telah dilaksanakan tidak langsung menampakkan bantahan terutamanya daripada Pembangkang Pakatan Rakyat. Rakyat juga berpuas hati dengan Kerajaan BN kerana peka dengan masalah rakyat dan harga minyak diturunkan selaras dengan penurunan harga minyak dunia.

Bukan Anwar, tetapi Kerajaan BARISAN NASIONAL
telah pastikan rakyat mendapat HAK MEREKA!!!


Rakyat juga tidak perlu menunggu tertubuhnya Kerajaan Pakatan Rakyat untuk memastikan harga minyak turun semula. Kerajaan Barisan Nasional telah membuktikan bahawa amalan berhati-hati dalam melaksanakan sesuatu dasar dan pelan tindakan menghadapi krisis menjamin kesejahteraan rakyat untuk jangka masa panjang.

Kerajaan Barisan Nasional juga akan terus mengekalkan pembayaran rebat tunai kepada pemilik kenderaan persendirian sehingga 31 Mac tahun hadapan walaupun harga minyak diturunkan.

"Harga minyak pada masa sekarang menurun dan kita akan menstruktur kembali harga minyak mulai 1 September ini, kemungkinan besar harga minyak akan turun. Bagaimanapun, kerajaan akan kekal membayar seperti yang telah dijanjikan iaitu mambayar balik rebat dengan kadar yang telah dijanjikan" - Datuk Kong Cho Ha, Timbalan Menteri Kewangan menjawab soalan Wee Choo Keong (PKR Wangsa Maju) dalam Dewan Parlimen yang lepas.

Berdasarkan janji kerajaan Barisan Nasional, rebat tunai sebanyak RM625 akan diberi kepada pemilik kenderaan berkapasiti enin sehingga 2,000cc serta trak pikap dan jip berkapasiti 2,500cc manakala RM150 pula diberikan kepada pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc. Maksimum kenderaan yang dibenarkan kepada setiap pemilik adalah 2 buah kenderaan sahaja.

UNDILAH BARISAN NASIONAL

Friday, November 14, 2008

YB KHAIRY MERAIKAN PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN SEMERBOK, KOTA

Hari Kecemerlangan SK Semerbok

Hari Kecemerlangan ini diadakan adalah untuk memberikan hadiah kecemerlangan kepada murid-murid cemerlang di sekolah tersebut. Yang Dipertua PIBG, Sdr. Ramli Lamin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian YB Khairy melapangkan masa untuk hadir ke sekolah tersebut. Beliau juga memaklumkan bahawa sekolah tersebut memerlukan perhatian yang sewajarnya kerana masalah kelas pembelajaran yang kurang sempurna dan bangunan sekolah yang ada mempunyai kemudahan yang kurang sempurna.

YB Khairy dalam ucapannya memaklumkan bahawa aspek kecemerlangan pendidikan menjadi keutamaan beliau di Parlimen Rembau. Beliau juga berharap agar ibu bapa dapat memberi perhatian yang serius terhadap pelajaran anak-anak mereka. Peluang yang sama rata untuk pelajar-pelajar luar bandar juga dipertahankan bagi memastikan semua pelajar mempunyai peluang melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi, terutamanya pelajar kampung.

Majlis tersebut dimeriahkan dengan persembahan pelajar dan penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang oleh YB Khairy.

Beliau berharap agar SK Semerbok dapat melahirkan pelajar Cemerlang UPSR
dan bersedia membantu bagi merialisasikan usaha tersebut


Sdr. Ramli Lamin, YDP PIBG SK Semerbok memaklumkan tentang
keputusan UPSR yang baru keluar semalam


YB Khairy melihat sendiri kekurangan yang ada di sekolah tersebut


Para guru dan AJK PIBG mengambil kesempatan bergambar dengan
YB kesayangan mereka


Wajah-wajah ceria murid SK Semerbok kerana berpeluang bertemu
dengan YB Khairy yang tidak lokek dengan senyuman

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin