Thursday, January 21, 2010

12 JANUARI 2010 - KHAIRY TURUN PADANG MENYELESAIKAN MASALAH RAKYAT

Oleh: Rizuan
Gambar: Azman


10.00 pagi, Dewan Sri Rembau - Sdr. Khairy telah menhadiri program Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Rembau yang telah dihadiri oleh Yang Teramat Mulia Dato' Lela Maharaja Dato' Haji Mohd Sharip Bin Hj Othman, Undang Luak Rembau. Majlis tersebut turut dihadiri oleh YB Dato' Hj Awaluddin Bin Said, ADUN Kota.

Selain daripada memperingati jasa dan tokoh-tokoh agama yang banyak menyumbangkan jasa dan komitmen mereka dalam menyemarakkan syiar Islam, majlis tersebut juga diserikan dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Fauzi, Pengacara Al-Kuliyaah TV3.


Dato' Undang Luak Rembau menyampaikan hadiah kepada tokoh Imam.

Penyampaian anugerah untuk tokoh Nazir.

Penyampaian Anurah Masjid Terbaik.

Sdr. Khairy berramah mesra dan bersalaman dengan para jemputan


12.15 tengah hari - Pemuda UMNO Bahagian Rembau telah membuat kejutan dengan mengadakan jamuan hari lahir untuk Sdr. Khairy.

Acara meniup lilin kek hari jadi yang ditempah khas oleh Pemuda Rembau

Cikgu Annuar, Wakil Khas Ahli Parlimen memotong kek

Antara yang hadir meraikan Sdr. Khairy di Bilik Mesyuarat Parlimen Rembau


1.00 tengah hari, Kg. Ulu Sepri - Sebelum melawat sebuah rumah yang terbakar di Kg. Ulu Sepri, Sdr. Khairy menerima panggilan telefon dimana terdapat seorang warga emas yang baru meninggal di kampung yang sama, dan beliau telah bergegas ke rumah tersebut bagi menyampaikan takziah kepada keluarga yang terlibat.

Bertemu dengan keluarga arwah sebaik sahaj sampai di Kg. Ulu Sepri

Bertandang ke dalam rumah baagi menyampaikan salam takziah dan sumbangan


Berikut pula adalah tragedi malang yang memusnahkan rumah En. Mohd Rafi yang menyebabkan dia sekeluarga tinggal sehelai sepinggang. Kebakaran tersebut dikatakan berlaku akibat litar pintas dan api yang marak menyebabkan tiada apa yang dapat diselamatkan.

dalam lawatan tersebut, Sdr. Khairy dimaklumkan bahawa mangsa sekeluarga menumpang di rumah adiknya, dan sebagai bantuan kecemasan Sdr. Khairy telah meluluskan peruntukan sebayak RM3000 bagi membantu En. Rafi menguruskan keluarganya terutamanya anak-anak yang masih bersekolah. Selain itu, beliau juga akan membantu mangsa mendapatatkan sebuah Rumah Mesra Rakyat di atas tapak yang sama.

Sdr. Khairy tiba di lokasi kejadian kabakaran rumah En. Mohd Rafi

Kebakaran tersebut memusnahkan kesemua harta benda mangsa

Mendengar cerita mangsa semasa berlakunya tragedi tersebut

Ketua kampung turut memberikan bantuan terutamanya berkaitan saluran untuk mendapatkan bantuan segera

En. Fari (Kanan KJ) berharap agar dapat dibina sebuah rumah di tapak yang sama

Sdr. Khairy berbual dengan isteri En. Rafi


2.30 petang - Sdr. Khairy telah pergi melawat Taman Rembau Permata, dimana para penduduk memohon sebuah balai raya bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan di sana. Sejak mereka tinggal di sana 11 tahun lepas, beberapa permohonan telah dibuat tetapi permohonan mereka masih belum dapat dipenuhi.

Dalam pertemuan ringkas tersebut, Sdr. Khairy memberikan komitmen untuk cuba mendapatkan peruntukan dari Kementerian yang berkaitan bagi membantu para penduduk mendapat sebuah balai raya bagi kegunaan mereka bersama.

Sdr. Khairy mendengar penjelasan penduduk yang mengharapkan sebuah balai raya di taman mereka

Sdr. Khairy menyatakan kesudian beliau untuk membantu penduduk mengikut saluran yang ada

Minum petang dalam keadaan santai di bawah pokok

Pemimpin yang mesra dan mudah didekati rakyat


3.00 petang - Lawatan Kerja di Kampung Senama Hilir merupakan aktiviti terakhir pada hari itu, dimana lawatan tersebut bagi melihat sendiri aduan Ketua kampung, En. Sharif berkaitan ketiadaan pagar di kawasan kubur kampung tersebut. Perkara ini telah menyebabkan haiwan liar memasuki kawasan kubur dan menyebabkan kerosakan dan kemusnahan kubur yang ada.

Dalam lawatan itu juga, beliau mengadakan pertemuan ringkas dengan JKKK Kampung Senama Hilir dan para pemuda di sana. Sebagai membantu aktiviti Pemuda, beliau telah berjanji untuk memberikan sebuah meja ping pong bagi menyemarakkan aktiviti belia di sana.

Melawat kawasan kubur sambil diberi penerangan oleh En. Sharif

En. Sharif menerangkan betapa perluanya pagar tersebut bagi menjaga keadaan kubur di kawasan tersebut

Cikgu Anuar berseloroh bahawa dia mengenali orang di kampung ini kerana berasal dari kampung tersebut

Perbincangan ringkas di Balai Raya Kg. Senama Hilir

Sdr. Khairy memberikan sepatah dua kata

Bergambar kenang-kenangan menandakan sebagai tanda kehadiran Sdr. Khaairy di sana

Saturday, January 16, 2010

8 JAN 2010 - AKTIVITI SDR. KHAIRY DI DUN CHEMBONG DAN DUN RANTAU

Oleh: Rizuan
Gambar: Azman


3.00 petang - Setelah menunaikan Solat Jumaat di Masjid Pekan Pedas dan makan tengah hari di rumah Tn. Hj. Othman Kandar, Ketua Kampung Pedas Gaing bersama YB Zaifulbahri, ADUN Chembong, Sdr. Khairy meneruskan aktivitinya di Rumah Kebajikan Vivekananda.

Lawatan ini adalah susulan daripada permohonan rumah kebajikan yang menempatkan 50 orang anak yatim berbangsa India, untuk mendapatkan sumbangan bagi membeli sebuah lagi van untuk membawa anak-anak tersebut ke sekolah.

Dalam lawatan tersebut, Sdr. Khairy telah berjanji untuk memberikan sumbangan sebanyak RM5000 bagi menampung pembelian van tersebut.

Rumah anak yatim yang aktif membantu anak-anak yang dalam kesusahan

Van sedia ada tidak mampu menampung jumlah anak-anak yatim yang ada

Bertanyakan khabar anak yatim OKU

Melihat aktiviti-aktiviti sukarelawan yang disiarkan dalam akhbar

Mendengar permohonan tambahan untuk menaiktaraf kemudahan di sini

Menjawab soalan yang ditanyakan oleh para wartawan

Berbual dengan seorang warga emas yang turut tinggal di rumah tersebut

Pemimpin mesra rakyat tanpa mengira perbezaan yang ada

Bergambar bersama anak-anak yatim, turut serta En. Ramesh Patel, penyelia rumah kebajikan tersebut

Melawat kuil yang terletak bersebelahan rumah anak yatim yang sedang dalam pembinaan

Pembinaan ini tergendala sementara waktu kerana kewangan yang tidak mencukupi


3.30 petang - Sdr. Khairy telah pergi melawat sebuah kilang perabut sekolah yang terbakar pada malam sebelumnya akibat litar pintas. Dalam lawatan tersebut, Sdr. Khairy bersedia memberikan kerjasama dan sokongan kepada pengusaha berkaitan permohonan pinjaman untuk memulakan semula perniagaan mereka.

Bertanyakaan sesuatu kepada pengusaha yaang terlibat

Kebakaran ini memushkan hampir 90 peratus kilang

Bertanyakan sesuatu kepada En. Ramli

Musibah yang berlaku telah menghentikan operasi kilang

Pejabat urusan yang menempatkan pelbagai dokumen penting turut terbakar

Ketiadaan Insuran menyebabkan pengusaha menanggung kerugian yaang besar


4.00 petang - Walkabout di Pekan Kuala Sawah, Rantau. Dalam perjalan kali ini, Sdr. Khairy bertemu para peniaga dan pengguna berkaitan isu harga beberapa jenis barangan yang sedang naik dalam pasaran.

Disambut oleh Jawatankuasa MCA Kuala Sawah dan penduduk sekitar

Bersalaman dengan pengundi Barisan Nasional

Minum sebentar bersama belia kampung

Bertanyakan sesuatu kepada peniaga kedai runcit

Menyemak harga terkini gula yang naik 20sen

Mendengar permohonan salah seorang peniaga untuk menaiktaraf perniagaan mereka

Bertanyakan komen pengguna berkaitan kesan kainkan haarga branaag terhadap kehidupan mereka

Memohon agar peniaga telus dalam membekalkan barangan kepada pengguna, dan mengelakkaan kes menyimpan stok untuk mempengaruhi harga

Berbincang dengan pengguna tentang pendekatan yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan kenaikan harga gula

Bersalaman dengan seorang penyokong setia Barisan Nasional


4.30 petang - Melawat jalan kebun getah di Kg. Stesyen yang telah rosak teruk akibat hakisan sehingga menampakkan kabel elektrik yang ditanam di jalan tersebut.

Keadaan kabel yang terdedah ini membahayakan pengguna dan pekebun yang sering menggunakan jalan tersebut setiap hari

Sdr. Khairy memandang serius perkara ini dan akan berusaha mendapatkan peruntukan bagi membaikpulih jalan sepanjang 2km ini.

Kehadiran Sdr. Khairy amat menggembirakan penduduk

Melawat gelanggang bola keranjang yang memerlukan peruntukan baik pulih

Keadaan infrastruktur yang ada perlu dibaikpulih untuk memberikan keselesaan kepada golongan belia

Melawat ladang lembu dan itik yang diusahakan oleh salah seorang pemuda yang Sdr. Khairy temui di kedai minum tadi

Sdr. Khairy menasihatkan pengusaha untuk membuat permohonan terus kepada Pejabat Parlimen bagi tujuan penyaluraan peruntukan

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin