Wednesday, November 12, 2008

NEGERI SEMBILAN BAKAL MILIKI LAPANGAN TERBANG

Oleh: Hussain Said


Pembangunan bersepadu seluas 2,800 hektar tak lama lagi


MOHAMAD bersama penerima surat hak milik pada Majlis Penyerahan Suratan Hak milik bagi PAKR Panchor 1, Panchor 2 dan Sikamat 2A di Dataran Balai Raya, Rumah Rakyat Panchor.

SEREMBAN: Negeri Sembilan bakal memiliki sebuah lapangan terbang apabila projek koridor pembangunan bersepadu membabitkan kawasan seluas 2,800 hektar berdekatan Kampung Gadong Jaya, Labu, dekat sini, dibangunkan dalam tempoh terdekat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata pada dasarnya projek pembinaan lapangan terbang itu yang akan dibangunkan syarikat Sime Darby sudah dipersetujui dan kertas mengenainya akan dikemukakan pada mesyuarat Kabinet.

Katanya, pembinaan lapangan terbang itu nanti bukan saja menyokong dan mewujudkan rangkaian dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tetapi mampu memacu pertumbuhan ekonomi negeri dan kawasan setempat.

"Selain pembinaan lapangan terbang, kawasan itu akan dibangunkan dengan bandar perubatan, pendidikan, sukan dan pelancongan sekali gus mewujudkan satu zon ekonomi berdaya tinggi dan menguntungkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Surat Hak Milik Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Panchor 1, 11, dan Sikamat 2A, di Padang Awam Rumah Rakyat Panchor, dekat sini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam negeri, Siow Chen Pin; dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Mustapa Salim.

Seramai 234 penduduk dari ketiga-tiga taman perumahan berkenaan mendapat hak milik sementara masing-masing selepas menduduki penempatan berkenaan sejak 20 tahun lalu.

Mohamad berkata, projek koridor pembangunan bersepadu di Kampung Gadong Jaya itu adalah antara sebahagian daripada lembah pembangunan daerah ini yang dirancang kerajaan negeri selepas Bandar Baru Sendayan yang mula dibangunkan secara berperingkat.

"Setakat ini, kos pembangunan projek itu belum dapat dianggarkan kerana ia akan dimajukan pihak swasta sepenuhnya dan kerajaan negeri yakin projek itu akan memberi impak lebih baik kepada masa depan pembangunan negeri ini terutama di daerah Seremban dan Port Dickson.

"Tambahan pula Seremban dan Port Dickson sudah diiktiraf sebahagian daripada kawasan Lembah Klang yang besar dan projek itu nanti sudah pasti memberi limpahan ekonomi yang mampu memberi manfaat kepada rakyat negeri ini," katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata, sebuah syarikat dari Dubai, Emiriyah Arab Bersatu sudah menyatakan persetujuan untuk memajukan kawasan seluas 400 hektar di Bandar Seri Sendayan sebagai bandar pelancongan termasuk membina hotel dan Perkampungan Formula Satu (F1).

Sumber: Berita Harian, 12 November 2008, Edisi Sentral

Tuesday, November 11, 2008

TERBARU !!!! BLOG KOMUNITI REMBAU

Hi Semua,

Selamat datang ke Blog Komuniti Rembau News. Blog ini akan melaporkan aktiviti-aktiviti menarik yang berlaku di dalam Parlimen Rembau.

Antara laporan yang bakal disediakan adalah meliputi:

1. Kesenian dan Kebudayaan
2. Sukan dan Rekreasi
3. Belia dan Remaja
4. Ekonomi Desa dan keusahawanan
5. Kepimpinan dan Persatuan dll




Semoga dengan adanya blog ini, ramai pihak akan mendapat manfaat terutamanya masyarakat dalam Parlimen Rembau.

Salam manis dari kami...


Nurul (Pu3 Rembau)
Pembantu Editor

Sunday, November 9, 2008

ALI RUSTAM DICALONKAN DI REMBAU

Oleh Nurul (Pu3 Rembau)

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau yang bersidang pada hari ini sepakat untuk mencalonkan YAB Dato' Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Naib Presiden UMNO sebagai calon Timbalan Presiden UMNO. Pencalonan tersebut dibuat sebagai pelengkap kepada pencalonan kepada jawatan Presiden UMNO, YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak.

Bagi pencalonan jawatan Naib Presiden, para Perwakilan UMNO Rembau telah memilih 2 orang tokoh tempatan dan seorang tokoh dari Majlis Tertinggi, iaitu:

1. Y.Bhg. Tan Sri Mohd Isa Samad
2. YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim
2. YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi


Berikut adalah biodata ringkas tentang calon Timbalan Presiden pilihan UMNO Rembau.

Y.A.B. Datuk Seri Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam telah menerajui Negeri Melaka sejak 2 Disember 1999. Dalam tempoh 2000 – 2007, banyak kemajuan dan perubahan yang pantas telah dapat dilihat. Pembangunan Negeri ini terangkum dalam Visi Melaka Maju 2010 yang telah beliau usahakan semenjak tahun 2000.

Diakui bahawa beliau meneruskan kesinambungan usaha para pemimpin yang lebih awal. Walau bagaimanapun, beliau telah memacunya dengan lebih fokus dan pada tahap kelajuan yang lebih pantas lagi di bawah landskap k-ekonomi. Kesimpulan ini bersandarkan kepada beberapa fakta kukuh yang menunjukkan lonjakan kemajuan dalam satu tempoh masa yang sama.

Dan dibawah kepimpinan beliau, Kota Melaka telah tercatat sebagai sebuah Kota Warisan Dunia.

Saturday, November 8, 2008

'HIDUP KJ' BERGEMA DI REMBAU !!!

Oleh: Rizuan Ahamad

Sudah dijangkakan, Sdr. Khairy Jamaluddin tetap menjadi pilihan para perwakilan untuk meneraju Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Laungan Hidup KJ dilaungkan oleh 300 orang perwakilan yang hadir, bermula sebaik sahaja Beliau menyampaikan ucapan selaku Ketua Pergerakan UMNO Bahagian Rembau.

Disamping itu, Dato' Rizal Merican telah dicalonkan untuk mengisi jawatan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Mesyuarat tersebut bermula selepas dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan lebih kurang jam 11.30 pagi. Mesyuarat tersebut telah berjalan dengan lancar dan mendapat sokongan yang amat baik daripada semua perwakilan. Rata-rata perwakilan dilihat lebih bersedia kali ini, dengan amalan SETIAKAWAN yang diterapkan dalam kepimpinan Pemuda Rembau sejak 4 tahun yang lepas.

Pada ketika ini, pemerhati dari Bahagian Tampin sedang menjalankan pengiraan undi bagi perwakilan G2 dan ahli jawatankuasa yang akan membantu Khairy untuk tempoh 3 tahun yang akan datang. Ini menunjukkan bahawa amalan demokrasi itu masih lagi wujud dalam UMNO yang menjadi tonggak kepada kekuatan UMNO dan Barisan Nasional.

Dalam ucapan Beliau, Khairy menyatakan bahawa pencalonan di Rembau amat bermakna kepada beliau dan Rembau akan menjadi kubu kuat beliau . Pertandingan kali ini bukanlah atas nama Khairy Jamaluddin tetapi atas nama Pemuda UMNO Rembau.

Beliau juga telah menyeru agar pemuda UMNO Rembau untuk berikrar agar setia kepada pemimpin dan disambut dengan laungan 'HIDUP KJ' oleh para perwakilan. Beliau juga mengharapkan agar Pemuda UMNO Bahagian Rembau mengutamakan perpaduan dan setiakawan demi menjamin perpaduan yang lebih erat dan berkekalan.

PEMUDA REMBAU MENGAUM !!!

Oleh Rizuan Ahamad



Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Perwakilan Wanita dan Pemuda UMNO Bahagian Rembau telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan di Dewan Merdeka Rembau (Baru).



Dalam ucapan Beliau, yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau menekankan bahawa Pemuda harus garang dalam memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan Negara Malaysia ini. Dalam nada seloka, Beliau menyatakan bahawa manusi takut kepada harimau kerana ngaumannya, mungkin kita tidak takut lagi bila harimau hanya mengiau.



Dari segi sejarah, UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 bagi menyatukan persatuan-persatuan Melayu yang sejak dahulu lagi berjuang untuk mebebaskan Tanah Melayu dari penjajah. Sebagai masyarakat pribumi di Tanah Melayu, perjuangan untuk membebaskan negara ini telah banyak menumpahkan darah dan air mata orang Melayu itu sendiri. Mungkin perkara ini tidak berlaku kepada bangsa-bangsa lain di Malaysia.



Dalam huraian Beliau, pribumi dari sudut antropologi bermaksud manusia yang mula-mula sekali

bertapak dan membina tamadun di wilayah tersebut. Kita tidak boleh lari dari sejarah bahawa Tamadun Melayu adalah satu-satunya tamadun yang wujud di bumi keramat ini. Ini bertentangan

sekali dengan kenyataan seorang Timbalan Menteri yang menyamakan perjuangan orang Melayu sama dengan perjuangan bangsa mereka dan orang Melayu juga pendatang di Tanah Melayu. Inilah yang dikatakan sebagai pemesongan fakta sejarah bagi kepentingan dan perjuangan agenda bangsa mereka.



Isu Ketuanan Melayu sering kali digunakan bagi memperlihatkan seolah-olah UMNO adalah parti perkauman, seolah-oleh orang Melayu adalah tuan, manakala bangsa lain adalah kuli.

Sedangkan Ketuanan Melayu itu merujuk kepada bangsa pribumi yang mebina tamadun Melayu dan menjadi tuan kepada negara ini sebelum kemasukan penjajah, yang telah membawa masuk golongan pedagang, peladang dan pelombong.



Satu hakikat yang tidak boleh kita ketepikan adalah UMNO wujud untuk membela nasib bangsa Melayu, dan pembelaan ini bukanlah satu semangat perkauman.





LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin