Saturday, November 8, 2008

KJ DIPILIH SEBULAT SUARA!!!

Oleh Rizuan Ahamad

Berita terkini, Sdr. Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah dipilih sebulat suara oleh perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Dewan Merdeka Rembau gempak gempita dengan laungan 'HIDUP KJ' oleh semua perwakilan yang hadir.


Tahniah Diucapkan.

Friday, November 7, 2008

ADAKAH PERWAKILAN BERSAMA KHAIRY?

Oleh: Nurul

Esok, 8 November 2008 akan menjadi penentu sama ada Sdr. Khairy Jamaluddin Abu Bakar diberi mandat oleh ahli-ahli pemuda di Bahagian Rembau untuk menjadi Ketua Pergerakan UMNO Malaysia.

Setelah 4 tahun beliau membawa nama Pemuda Rembau sejak ia mula ditubuhkan kembali pada tahun 2004, banyak perubahan-perubahan yang telah berlaku serta banyak aktiviti-aktiviti untuk golongan muda telah dilaksanakan.

Sokongan yang kuat daripada Bahagian Rembau terutamanya YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Ketua UMNO Bahagian Rembau telah banyak membantu pergerakan pemuda ini yang sebenarnya baru setahun jagung ditubuhkan.

Agenda yang paling besar adalah untuk menyusun kembali gabungan kumpulan pemuda yang berasal dari 4 bahagian yang berlainan. Dan penggal pertama pergerakan ini telah digunakan untuk menyusun kembali ahli-ahli yang belum mengenali antara satu sama lain. Sudah pasti banyak cabaran yang telah ditempuhi, namun nama-nama seperti YB Zaifulbahri, Cikgu Azini, Ghafar, Shahrul (Aboy), Zulkarnain dan sahabat-sahabat rapat yang lain telah banyak membantu memulihkan kembali keadaan yang sering kali diganggu-gugat.

Semoga hari esok akan membawa erti yang lebih baik untuk Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau. Selamat Maju Jaya.

Berita Lain:

http://www.senapang-patah.blogspot.com

REMBAU KINI BERWAJAH BARU

Blog ini telah dipertingkatkan penampilannya, dan bergerak sebagai sebuah pasukan di bawah nama Rembau News.

Pihak kami akan memberikan berita-berita terkini tentang perkembangan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau dan aktiviti-aktiviti yang berlaku serta rencana-rencana untuk tatapan semua.

Terima kasih atas sokongan anda selama ini.


Rizuan Ahamad
Editor

Thursday, November 6, 2008

MANGSA BANJIR DI PAROI DAPAT PEMBELAAN

Pada 25 Oktober yang lepas, satu majlis penyampaian sumbangan untuk mangsa-mangsa banjir di Paroi telah diadakan. Majlis tersebut telah dianjurkan oleh Pejabat Parlimen Rembau dengan kerjasama Jawatankuasa Penyelaras UMNO DUN Paroi dan Pusat Khidmat Barisan nasional DUN Paroi.

Seramai 74 buah keluarga telah diberi bantuan kewangan antara RM300 hingga RM1000 untuk setiap rumah mengikut tahap kerosakan yang dialami. Walaupun sumbangan yang diberikan tidak mampu menampung jumlah kerugian yang dialami, rata-rata mangsa banjir mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan Ahli Parlimen dan UMNO Bahagian Rembau.

Kejadian banjir yang belaku pada tengah Ahad, malam 19 Oktober itu telah menagkibatkan Taman Tuanku Jaafar dan Taman Angsi Ville ditengelami air sedalam 2 kaki hingga 7 kaki. Kawasan yang teruk dinaiki air ialah di Taman Angsi Ville, yang menyebabkan kerosakan harta benda yang besar dan satu keluarga terperangkap sehinggalah dibantu oleh pasukan tentera dari Batalion 15 RAMD.

Banjir dikatakan berlaku akibat daripada hujan lebat luar biasa yang turun dari Gunung Angsi dan sungai yang megalirkan hujan tersebut tidak mempu untuk menampung isipadu air yang meningkat berkali-kali ganda dari biasa. Banjir tersebut turut mengakibat kawasan tanaman dan rumah di tepi sungai hingga ke Pekan Rantau ditenggelami air.

Khairy meminta agar semua penduduk lebih berwaspada sekiranya berlaku kejadian seperti ini, dan tidak menunggu masa yang lama untuk membuat keputusan keluar dari rumah kerana nyawa adalah perkara yang paling utama.

ORANG INDIA MAKIN SAYANG DENGAN KHAIRY

Sebelum Perayaan Deepavali yang lepas, Ahli Parlimen rembau sempat meluangkan masa untuk meraikan golongan susah dan warga emas masyarakat India yang tinggal Ladang Kombok, Rantau. Ternyata kehadiran beliau disambut baik olh semua yang hadir terutamanya masyarakat India di Ladang Kombok itu sendiri.

Antara yang hadir adalah YB Mohan, Ketua MIC Rembau, En. Kalliyugam, Timbalan MIC Rembau, En. Ramani, Ketua Pemuda MIC Rembau dan beberapa AJK yang berkelapangan hadir. Turut hadir adalah Penghulu Mukim Rantau.


Dalam Ucapannya, Khary meminta agar semua pengundi di kawasan Ladang Kombok memandang kembali tentang apa yang berlaku dalam pilihanraya yang lepas, dimana pengundi dimomokkan dengan cerita yang karut tentang beliau dan Barisan Nasional. Pembangkang dengan sengaja cuba memenangi pilihanraya yang lepas dengan cara tidak baik iaitu dengan memainkan emosi dan perasaan rakyat tanpa memikirkan kesan buruk yang bakal berlaku.

Sebagai sebuah parti politik yang adil, BN tidak pernah menganggap tindakan kebanyakan pengundi India menyokong pembangkang sebagai sesuatu yang perlu dihukum, tetapi mengambil pendekatan dengan memaafkan apa yang telah berlaku, dan menganggap pengundi telah dipesongkan pemikiran mereka demi kepentingan perjuangan perkauman pembangkang.

Potret


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin