Friday, October 14, 2011

BN Youth Music 2011 : Pemuda, Awie Dan Artis Berganding Bahu Cari Bakat Baru

Sidang media Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bersama penyanyi rock tanah air Awie mengumumkan pertandingan musik BN Youth Music 2011 bagi mencari bakat baru yang terdiri dari golongan muda.


Penyanyi legenda rock tanah air yang juga merupakan pelakon popular, Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie bersama beberapa artis terkemuka yang lain menyerahkan borang keahlian sebagai Pemuda UMNO petang tadi.


Perjumpaan KJ bersama Awie sebelum penyerahkan borang keahlian UMNO.



Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata program tersebut yang berkonsepkan pencarian bakat dalam muzik akan memberi peluang dan ruang kepada seluruh anak muda daripada pelbagai bangsa dan seluruh negara untuk mengambil bahagian.

Menurut beliau pihaknya akan mengambil pendekatan baru iaitu dengan menggunakan kemudahan laman sosial iaitu Youtube untuk memudahkan mereka yang berminat memuat naik bahan yang telah siap untuk diteliti oleh pihak juri.



“Tajuknya bebas dan pertandingan ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu individu, berkumpulan dan pop dance. Selepas mereka memuat naik menerusi laman web khas yang akan kita wujudkan nanti, mereka juga perlu menghantar satu salinan asal bahan tersebut, manakala Awie dan rakan-rakannya akan meneliti bahan tersebut untuk dipilih ke peringkat seterusnya.

“Selepas itu mana-mana yang layak akan memasuki pusingan seterusnya iaitu kita akan tengok dan nilai secara “live”. Jumlah hadiah belum kita tetapkan dan masih diperingkat perbincangan selain tarikh serta perkara-perkara lain.

“Ini adalah antara galakan kita kepada mereka yang ada bakat tetapi tidak berkesempatan untuk menduduki uji bakat dan sebagainya menerusi pelbagai program mencari bakat lain sebelum ini. Jadi kepada yang berminat bolehlah buat persediaan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Awie dan beberapa rakan artis lain seperti Zek Zaidi, Ezzani Yusof serta rakan-rakan artis dan pelakon yang lain. Turut serta Pengerusi Biro Kebudayaan dan Keseniaan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar.

Khairy seterusnya menambah, usaha berkenaan yang digalas menerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian Pemuda UMNO itu memberi tumpuan kepada anak-anak muda yang berbakat untuk menonjolkan kebolehan yang ada pada mereka.

“Teknologi telah mendemokrasikan muzik menerusi pelbagai peluang kepada anak-anak muda dan program ini adalah salah satu cara ke arah itu,” katanya.

Sumber - BroJinggo & MediaUMNO

Wednesday, October 12, 2011

Lawatan YB Khairy ke Stesen Komuter Sg. Gadut

Selaku ahli Parlimen Rembau , Khairy Jamaluddin telah pulang ke kawasan untuk melawat sendiri keselesaan rakyat khususnya penduduk Rembau.



Khairy Jamaluddin telah meluang masa untuk ke stesyen Komuter Sungai Gadut untuk melihat dan mengetahui sendiri akan cara cara pengendalian dan keselesaan perkhidmatan komuter.

Ini berikutan beliau menerima maklumbalas daripada pengguna melalui laman twitter miliknya, dimana terdapat beberapa kemudahan dan perkhidmatan sokongan yang perlu dipertimbangkan demi keselesaan penumpang.

Sebelum itu Khairy Jamaluddin bersama ahli kelab KJFC menjalankan satu program klinik Fotografi (Rembau Street Outing Bersama Chot Touch)





Sumber dan berita penuh: n9kini.net

Khairy Syor Had Gaji Minimum Bagi Skim Rumah Pertamaku Ditingkatkan



KUALA LUMPUR: Seorang penyokong kerajaan pada Isnin mencadangkan supaya had gaji minimum RM3,000 untuk program Skim Rumah Pertamaku dinaikkan kepada RM6,000 selaras dengan peningkatan had maksimum harga rumah yang kini mencecah sehingga RM400,000.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) berkata pindaan terhadap gaji minimum daripada RM3,000 pada masa kini perlu dipertimbangkan bagi memastikan golongan muda membeli rumah mengikut kemampuan mereka.


"Contohnya, kita melihat gaji yang diperoleh oleh golongan profesional seperti peguam mungkin hanya mendapat RM1,800 sahaja sebelum memperoleh (kenaikan) gaji RM3,000 selepas tiga tahun berikutnya. "Berdasarkan kajian yang dibuat oleh saya, komitmen bayaran bulanan bagi pinjaman RM400,000 tidak termasuk insurans ialah RM1,600 hingga RM1,800...ini tidak melayakkan mereka mendapat pinjaman kerana bebanan hutang terlalu tinggi," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 di Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat Jumaat lepas mengumumkan had maksimum harga rumah program Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000 serta perluasan Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) ke kawasan luar Lembah Klang.

Sementara itu, keadaan dalam Dewan sedikit kecoh berikutan pertikaman lidah antara Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung Belanjawan 2012 yang menurut Anwar "tidak realisitik" dan "terlalu optimistik".

Menempelak dakwaan itu, Khairy berkata unjuran pertumbuhan ekonomi pada kadar 5.0 peratus hingga 6.0 peratus adalah realistik untuk dicapai berdasarkan keyakinan yang ditunjukkan oleh syarikat pelabur antarabangsa untuk melabur di negara ini.

Katanya kepercayaan dan keyakinan pelaburan asing itu bersandarkan kepada program-program tranformasi yang dijayakan oleh Perdana Menteri dalam memastikan agenda pengukuhan ekonomi yang diterajui kerajaan.

Sebaliknya, katanya belanjawan bayangan yang dibentangkan oleh Anwar pada 4 Oktober lepas lebih 'tidak realistik' dan boleh membuat negara menjadi bankrap kerana ia tidak menggambarkan kedudukan ekonomi negara yang sebenar.

Najib ketika membentangkan Belanjawan 2012 mengunjurkan pertumbuhan ekonomi negara pada kadar 5.0 hingga 6.0 peratus manakala pakatan pembangkang mengunjurkan pertumbuhan ekonomi naik secara perlahan daripada 4.0 kepada 4.5 peratus, berbanding 5.0 kepada 5.5 peratus pada 2011. Perbandingan Khairy itu membuatkan beberapa anggota Parlimen pembangkang 'panas telinga' dan bangun mencelah menyebabkan keadaan bertukar kecoh.

Meskipun diasak oleh beberapa anggota Parlimen pembangkang termasuk Anwar, Khairy tetap bertegas dengan pendiriannya dan menyifatkan belanjawan pembangkang tidak jujur kepada rakyat.

Terdahulu Anwar ketika membahaskan rang undang-undang sama menyifatkan Belanjawan kerajaan tidak realistik kerana mendakwa ia berasaskan angka-angka unjuran yang tidak tepat dengan penambahan beban hutang rakyat dan negara.

Katanya unjuran pertumbuhan ekonomi terlalu tinggi berbanding analisis dari sumber-sumber ekonomi lain manakala unjuran defisit pada 4.7 peratus adalah tidak tepat.

Persidangan Dewan bersambung pada Selasa. -BERNAMA

Ucapan Perbahasan Belanjawan 2012 Oleh Ahli Parlimen Rembau


Oleh Khairy Jamaluddin

Tuan Yang DiPertua

Saya menyambut baik pendekatan Kerajaan yang bukan sahaja komited malahan sistematik di dalam membantu kumpulan sasar terbesar berpendatan RM3 ribu ke bawah yang bukan sahaja meliputi keseluruhan kumpulan 40% berpendapatan terendah malahan sebahagian daripada kumpulan 40% berpendapatan pertengahan. Dianggarkan mereka yang berpendapatan RM3 ribu ke bawah meliputi 52.7% daripada keseluruhan isi rumah.

Dalam aspek ini, dari segi mengenal pasti kumpulan yang berpendapatan RM3 ribu ke bawah ini mereka dimestikan untuk mendaftar dengan LHDN, tetapi bagaimana pula mereka yang bekerja sendiri atau tidak tetap pendapatan mereka.

Ini kerana, di dalam kelompok 40% isirumah berpendatan terendah, 42% daripada mereka yang duduk di bandar bekerja adalah di dalam kelompok bekerja sendiri atau lain-lain dan jumlah ini lagi tinggi di luatr bandar di mana mencecah sehingga 58%.

Jadi bagaimana pula dengan nasib yang lain ini, apakah elaun 1AZAM akan diteruskan?

BACA SELANJUTNYA

Monday, July 26, 2010

Sokongan Ahli Politik Dalam Permohonan Kepada Kerajaan

Kita dimaklumkan hari ini, kakitangan awam kini diarahkan melaporkan sebarang kes di mana ahli politik cuba mempengaruhi pemberian kontrak Kerajaan melalui surat sokongan mahupun secara lisan. Pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara Y.Bhg Tan Sri Sidek Hassan baru-baru ini menegaskan bahawa sebarang keputusan dalam hal pemberian kontrak Kerajaan - baik Kementerian, agensi mahupun jabatan - perlu berdasarkan merit dan kelayakan sesuatu permohonan, bukan sebarang hubungan politik.

Pada dasarnya saya menyokong sepenuhnya usaha membanteras penyalah gunaan kuasa serta mengutamakan merit dan keperluan dalam apa jua permohonan kepada Kerajaan. Kita sedia maklum pada masa lalu memang wujud kes-kes di mana pemohon-pemohon yang mempunyai hubungan politik diberi kontrak Kerajaan atas dasar sokongan dari ahli politik. Saya juga bersetuju dengan Presiden Cuepacs Omar Osman bahawa fenomena ini adalah tidak adil bagi pemohon-pemohon lain yang tidak mempunyai 'kabel' hubungan politik ini.

Namun, berdasarkan pengalaman selaku seorang wakil rakyat, saya juga menyedari bahawa bukan semua yang datang meminta surat sokongan adalah mereka yang tidak layak dibantu jauh sekali bergantung harap kepada sokongan dari ahli politik semata-mata. Malah, terdapat beberapa kes di mana pemohon yang ternyata berkelayakan terpaksa datang meminta sokongan saya selaku wakil mereka di Rembau kerana permohonan mereka gagal atas sebab-sebab kelemahan birokrasi.

Mereka ini bukanlah kenalan saya jauh sekali mempunyai hubungan politik dengan saya. Mereka berkesempatan berjumpa saya sewaktu saya berada di Pusat Khidmat Masyarakat Rembau. BACA SELANJUTNYA.

Wednesday, July 14, 2010

REMBAU FC WAKIL MALAYSIA DI KEJOHANAN GOTHIA CUP

9 Julai 2010, Astana Raja - Sekolah Sukan Bola Sepak Negeri Sembilan yang diletakkan di bawah Sekolah Menengah Datuk Abdullah, Astana Raja telah terpilih sekali lagi pada tahun ini untuk mewakili kejohanan Gothia Cup yang berlangsung di Gothenberg, Sweeden yang akan berlangsung pada 18-24 Julai 2010.

Gothia Cup merupakan kejohanan dunia bola sepak remaja yang dianjurkan oleh syarikat SKF, dan telah menghimpunkan penyertaan daripada 61 buah negara. Pasukan ini layak mewakili Malaysia setelah menewaskan beberapa pasukan lain melalui beberapa siri perlawanan yang dianjurkan oleh syarikat antarabanagsa ini.




Dalam pertemuan itu, Saudara Khairy memberikan kata-kata perangsang kepada Rembau FC agar tidak gentar jika bertembung dengan pasukan yang memiliki kekuatan fizikal, kerana yang penting adalah taktik dan strategi untuk menumpaskan lawan.

Beliau jugaa telah menyampaaikaan sumbangan sebanyak RM3000 kepada pasukan tersebut sebagai duit poket untuk para pemain.


Pengetua menyampaikan ucapan penghargaan di atas kehadiran Saudara Khairy


Inilah wajah-wajah pemain yang bakal mengharumkan nama negara


Saudara Khairy memberikan kata-kata semangat untuk memberikan lebih keyakinan kepada Rembau FC


Ketua pasukan Rembau FC menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Rembau


Laungan 1Malaysia Boleh !!!

Saturday, July 10, 2010

LAWATAN KE SRJK(T) LADANG SEREMBAN, SUNGAI GADUT

9 Julai 2010, Sungai Gadut - Setelah menerima aduan daripada PIBG SRJK(T) Ladang Seremban tentang masalah yang dialami oleh sekolah tersebut, Saudara Khairy telah turun sendiri bagi melihat kesulitan yang dialami pihak sekolah secara dekat.

Dalam lawatan tersebut, beliau mendapati kelemahan yang paling ketara adalah tiadanya infrastruktur perparitan yang menyebabkan sekolah tersebut sering dilanda banjir apabila hujan lebat. Perkara tersebut akan beliau bawa ke perhatian Majlis Perbandaran Nilai untuk tindakan selanjutnya.

Selain itu, beliau turut meluluskan peruntukaan bagi membina susur gajah dan tempat menunggu bagi memberikan keselesaan dan menjamin keselamatan pelajar tiba dan pulang dari sekolah. Ternyata, tidakan segera yang diambil oleh Ahli Parlimen Rembau ini mendapat pujian daripada ibu bapa dan tenaga pengajar.

Guru Besar menerangkan masalah yaang berlaku di sekolah bantuan modal ini


Saudara Khairy peka dengan masalah yang dihadapi para pendidik dan berjanji akan membantu sebaik mungkin


Disinilah tempat dimana susur gajah akan dibina menuju ke tempat menunggu


Melawat padang yang sering rosak apabila berlakunya banjir

KHAIRY BERTEMU BEKAS AHLI PKR TAMAN KELAB TUANKU

9 Julai 2010, Rantau - Saudara Khairy telah dijemput untuk bertemu dengan bekas ahli-ahli PKR dan penyokong Pakatan rakyat di Taman Kelab Tuanku, Mambau yang kecewa dengan tindak tanduk Pakatan Rakyat ahkir-akhir ini.

Saudara Khairy menerangkan konsep perpaduan sebenar dalam BN

Dalam pertemuan santai itu, mereka juga telah memaklumkan kepada Saudara Khairy sebab dan punca mengapa mereka menyalurkan sokongan kepada PR sebelum ini, dimana semua janji-janji manis yang dibuat oleh PR sebelum ini dilihat sungguh indah dan menyebabkan mereka tidak lagi menaruh harapan kepada Barisan nasional.

Namun, setelah diberi kesempatan untuk berkhidmat kepada rakyat ternyataa segala janji dan harapaan tersebut tidak dapat ditunaikan, malahan lebih teruk daripada pencapaian yang ditunjukkan oleh kerajaan Barisan Nasional.


Pendekatan yang lebih santai ini memberi peluang kepada rakyat untuk menyuarakan pandangan mereka


Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh DS Najib mampu untuk merapatkan hubungan dan perpaduan rakyat berbilang kaum

Sokongan daripada golongan muda juga telah kembali kepada Barisan Nasional

Semua sepakat menerima konsep 1Malaysia

Sidang akhbar bersama wartawan yang hadir

Saturday, March 27, 2010

26 MAC 2010 : LAWATAN SDR. KHAIRY DI DUN PAROI BERTEMU GOLONGAN SUSAH DAN KURANG UPAYA

Oleh: Rizuan

Sesi Sdr. Khairy bertemu masyarakat pada kali ini dipermudahkan dengan beliau sendiri turun padang untuk berjumpa dengan golongan yang susah dan memerlukan setelah menerima maklumbalas dan laopran daripada Pusat Khidmat Masyarakat BN DUN Paroi, yang diurustadbir oleh Pn. Hjh Siti Harpah (Naib Ketua Wanita Bahagian Rembau), En Jefri dan En Shamsul.

Program tersebut turut diiringi oleh Puan Zuliana Mohd Ridzuan, Ketua Puteri UMNO Bahagian Rembau, dan beberapa AJK Bahagian seperti Cikgu Abu Bakar, En. Ghazali Wahid, Skuad Sayang Wanita UMNO serta Pemuda UMNO Bahagian Rembau.

Lawatan kali ini telah membawa Sdr. Khairy ke Taman Kobena, Taman Widuri Indah, Taman Dahlia, Taman Senawang Jaya, Taman Cempaka dan Taman Rasa Sayang. Program seterusnya diteruskan dengan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Taman Rasa Sayang dan makan tengah hari di Restoran Ulam Raja.


1) Lawatan Ke Taman Kobena - Melawat Adik Balqis Najwa Ishak, En. Ramli Daud dan Anak Puan Sarah
















2) Lawatan ke Taman Widuri Indah - Melawat Nenek Esah





3) Lawatan Ke Taman Desa Dahlia - Menziarahi Puan Halimah sekeluarga yang baru kehilangan suaminya, yang merupakan Pengerusi KRT Taman Desa Dahlia semasa hayatnya.





4) Lawatan Ke Taman Senawang Jaya - Melawat Puan Timah sekeluarga dan En. Mohd Saleh Ujang









5) Lawatan Ke Taman Rasa Sayang - Melawat Puan Haa Ainon Ahmad, Isteri Bilal Masjid Taman Rasa Sayang







6) Lawatan Ke Taman Cempaka - Melawat Adik Mazrin Arif, Puan Lima dan Puan Norehan










7) Makan Tengah Hari di Restoran Ulam Raja

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin