BIODATA KJ


Khairy Jamaluddin Abu Bakar adalah  Ahli Parlimen Rembau yang juga merupakan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Malaysia dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Di peringkat bahagian Rembau, beliau memegang jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Rembau serta Ketua UMNO Cawangan Gadong.

Beliau merupakan pemimpin muda yang muncul dalam arena politik ketika negara mengalami kemelut politik dan ekonomi pada tahun 1999. Ketika kebanyakan pemimpin muda, termasuklah pelajar di universiti tidak menyokong kerajaan, Khairy memilih untuk berhadapan dengan mereka bagi menerangkan situasi politik negara yang sebenar. Semua ini kerana keyakinan beliau dengan perjuangan UMNO dan Barisan Nasional.

Pemimpin muda lulusan Sarjana Muda Falsafah, Politik & Ekonomi dari universiti nombor dua terbaik di dunia iaitu Universiti Oxford di England berazam untuk meneruskan perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu untuk menabur bakti kepada masyarakat. Sekembali beliau ke Malaysia, Khairy memulakan langkah untuk berkidmat untuk masyarakat dengan menglibatkan diri secara aktif di dalam UMNO menerusi Pergerakan Pemuda.

Keputusan Khairy untuk mencuburi dalam bidang politik tidak menghairankan. Khairy adalah cucu kepada Penghulu Abu Bakar, salah seorang pemimpin terkenal di Kampung Gadong dan Kota di Rembau. Bapa Khairy, Datuk Jamaluddin Abu Bakar, adalah antara putera Melayu yang terpilih sebelum Merdeka untuk belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), sebuah institusi yang menghasilkan ramai pemimpin dan cendiakawan Melayu negara. Datuk Jamaluddin seterusnya menjadi seorang pegawai kanan di Kementerian Luar Negeri, dan mengakhiri kerjayanya sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom.

Khairy kini menawarkan diri untuk menjadi wakil kepada masyarakat di Rembau. Pengalaman Khairy bertugas di pelbagai tempat juga telah banyak mematangkan beliau untuk menjadi salah seorang pemimpin masyarakat yang proaktif, seperti pendedahan kepada penderitaan rakyat Afghanistan yang disaksikan sendiri ketika bertugas sebagaiwartawan majalah antarabangsa, The Economist, di negara tersebut. Tempoh beliau berkerja di Pejabat Perdana Menteri juga memberi peluang untuk Khairy menimba ilmu mengenai pentadbiran dan perlaksanaan dasar kerajaan.

Di peringkat antarabangsa, Khairy telah dipilih oleh World Economic Forum di Switzerland sebagai salah seorang pemimpin muda antarabangsa atau Young Global Leader yang terdiri dari menteri-menteri dan ketua-ketua pegawai eksekutif terkenal di dunia.

Khairy telah mendirikan rumahtangga dengan Nori Abdullah dan mereka telah dikuraniakan dua orang putera yang dinamakan Jibriel Ali Jamaluddin Abu Bakar dan Timpr Abdullah Abu Bakar. Beliau amat rapat dan sering meminta nasihat bondanya, Dato’ Rahmah abdul Hamid. Pada masa lapang, Khairy cenderung membaca dan beriadah bersama rakan-rakan di gelanggang futsal.


BIODATA
Nama : Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Tarikh Lahir : 10 Januari 1976
Isteri: Nori Abdullah, (Berkahwin pada 3 Oktober 2001)
Anak: Jibreil Ali Jamaluddin dan Timor Abdullah

Keluarga
Dato’ Rahmah Abdul Hamid (ibu)
Mona Jamaluddin (kakak)
Hana Jamaluddin (kakak)
Diamond Ibrahim Ogbeide (abang ipar) 

KELAYAKAN AKADEMIK
1994 – 1997 : Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi, St. Hugh College, University of Oxford
1997 – 1998 : Ijazah Sarjana Teori Undang-Undang dan Politik, University College, London
2002 : Felo, Pusat Pengajian Islam Oxford

KERJAYA
1998 – 1999 : Pengacara TV, Rancangan Dateline Malaysia
1999 : Wartawan Isu Antarabangsa, The Economist di London, United Kingodm
1999 – 2003 : Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia
2003 – 2004 : Timbalan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri
2004 – 2006 : Pengarah Perbankan Pelaburan, ECM Libra Bhd
2006  : Ahli Perniagaan

JAWATAN POLITIK

2000 – Kini : Ketua UMNO Cawangan Gadong, Rembau, Negeri Sembilan
2001 - 2004 : Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
2001 - 2004 : Timbalan Pengerusi, Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
2004 - Kini : Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau
2004 – 2008 : Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Malaysia
2008 - Kini : Ketua Pengerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin