Monday, May 18, 2009

SOALAN KHAIRY DI DEWAN RAKYAT BERKAITAN PRODUK KRAFTANGAN DI TELAPAKNYA, KAMPUNG GADONG DAN INDUSTRI KRAFTANGAAN NEGARA

MALAYSIA
DEWAN RAKYAT
Rabu, 19 November 2008
Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Mesyuarat]

SOALAN
3. Tuan Khairy Jamaluddin [Rembau] minta Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menyatakan bantuan yang boleh diberikan kepada persatuan untuk mendorong aktiviti kraf tangan yang boleh membantu golongan berpendapatan rendah seperti Persatuan Pekebun Kecil Wanita Gadong di Rembau yang berkecimpung di dalam industri kraf tangan berasaskan rotan.


JAWAPAN
Timbalan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan [Tuan Teng Boon Soon]: Tuan Yang di-Pertua, kraf tangan Malaysia mempunyai cawangan di setiap negeri dan satu kompleks kraf di Pulau Langkawi. Kementerian melalui agensinya kraf tangan Malaysia melaksanakan Program Pembangunan Usahawan Kraf di negeri-negeri. Di bawah program ini, usahawan kraf diberi bantuan dan kemudahan, tidak mengira sama ada individu atau persatuan. Jenis bantuan yang disediakan adalah berbentuk prasarana, pengeluaran seperti bengkel, mesin jentera dan peralatan. Latihan kemahiran tenaga kerja, pembangunan pengeluaran produk baru serta pembangunan pasaran dan promosi produk. Kementerian juga menyediakan kemudahan disetiap cawangan kraf tangan Malaysia iaitu premis untuk inkubator kraf dan pusat guna sama.

Dikawasan Rembau, kementerian melalui Kraftangan Malaysia sedang membangunkan empat unit pengeluaran yang berkecimpung dalam bidang kraf tangan berasaskan rotan di bawah Projek Satu Daerah Satu Industri iaitu produk kraf.

■1030 - Empat unit pengeluaran yang dimaksudkan tadi ialah:
(i) Persatuan Pekebun Kecil Wanita Gadong di Rembau;
(ii) Malina Craft di Kampung Chuai Hilir, Rembau
(iii) Nun Sanakin Product Sdn. Bhd. di kawasan Perindustrian Chembong, Rembau;
(iv) Taman Kota Enterprise di Rumah Rakyat Kota, Rembau.

Bantuan yang diberikan kepada unit-unit pengeluaran ini berbentuk penambahbaikan bengkel, pinjaman mesin dan peralatan ringan, latihan kemahiran tenaga kerja dan bekalan bahan mentah untuk menghasilkan produk baru. Jenis bantuan yang diberikan bergantung pada keperluan setiap unit pengeluaran. Bagi Persatuan Pekebun Kecil Wanita Gadong di Rembau, setakat ini kementerian telah memberi bantuan bekalan bahan mentah untuk pengeluaran produk rotan dan sedang mengkaji keperluan bantuan prasarana. Kementerian juga menyediakan kemudahan pusat guna sama di cawangan Kraftangan Malaysia bertempat di Kuala Pilah.

SOALAN
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana begitu prihatin terhadap pengusaha-pengusaha kecil di kawasan Rembau. Saya hendak bertanya soalan, kita mahu melihat industri kraftangan negara ini maju bukan hanya sebagai satu cottage industry tetapi menembusi pasaran global dengan standard ataupun mutu antarabangsa. Kalau kita lihat negara-negara jiran kita, mereka berjaya membangunkan industri ini apabila produk-produk mereka dijual di kota-kota besar di serata dunia pada harga yang tinggi dan secara langsung membawa pulangan ataupun pendapatan yang tinggi kepada pengusaha-pengusaha kecil mereka.

Jadi, soalan saya ialah apakah pendekatan kerajaan untuk meningkatkan nilai (value) industri kraf tangan tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa. Contohnya saya difahamkan baru-baru ini Kraftangan Malaysia akan mewujudkan perjanjian dengan Harrods of London untuk menjual produk Kraftangan Malaysia di sana, adakah kementerian bercadang untuk mengadakan kerjasama sebegini dengan retailers terkemuka yang lain di dunia. Terima kasih.

JAWAPAN
Tuan Teng Boon Soon: Tuan Yang di-Pertua, memanglah Kraftangan Malaysia sudah mengadakan pelbagai strategi pembangunan industri kraf. Ini termasuk pembangunan pasaran, pembangunan produk, peningkatan penggunaan teknologi dalam pengeluaran, pembangunan standard dan pengurusan kualiti, pembangunan usahawan, pengekalan kraf warisan dan pembangunan sumber tenaga mahir. Bagi pemasaran di peringkat antarabangsa, kita memang adakan pelbagai program untuk mempromosikan produk kraf tempatan di luar negara.

Dalam usaha untuk memasarkan produk kraf Malaysia di luar negara, Kraftangan Malaysia telah mengambil langkah melaksanakan beberapa pendekatan iaitu dengan menyertai pameran perdagangan utama di beberapa negara secara konsisten sejak beberapa tahun dahulu iaitu di United Kingdom, Hong Kong, Jerman dan Singapura. Pasaran baru di Timur Tengah juga turut diterokai seperti United Arab Emirates, usahawan kraf berpeluang untuk mempromosikan produk masing-masing dengan bantuan Skim Insentif Galakan Dagangan yang disediakan oleh Kraftangan Malaysia.

Selain daripada itu Kraftangan Malaysia juga menyertai pameran pengguna atau consumer fair di mana pengusaha berpeluang untuk menjual terus kepada pengguna yang melawat pameran. Sebagai contoh, Kraftangan Malaysia menyertai pameran Ina Craft di Indonesia. Pameran seumpama ini turut dikunjungi oleh pedagang dari negara luar bagi mendapatkan produk produk baru. Kraftangan Malaysia turut menganjurkan Program Promosi Minggu Malaysia yang telah diadakan di London selama tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2006. Selain aktiviti pelancongan, kebudayaan dan kesenian yang ditonjolkan, jualan pelbagai produk kraf daripada batik, logam, kayu, kraf Orang Asli dan lain-lain merupakan salah satu elemen yang diberikan perhatian utama. Hasilnya produk kraf semakin dikenali di negara tersebut melalui peningkatan jualan tunai yang diperoleh iaitu pada tahun 2006, sebanyak RM2,018, tahun 2007 meningkat menjadi RM294,000 dan pada tahun 2008 hasil penjualan ialah sebanyak RM398,000.

Jadi, program seumpama ini turut dirancang di negara-negara lain pada masa akan datang. Kraftangan Malaysia juga turut memberi kerjasama dengan mengambil bahagian dalam promosi di luar negara yang dianjurkan oleh kementerian / agensi yang berkaitan seperti Kementerian Pelancongan Malaysia dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam memasarkan produk kraf tempatan. Sebagai contoh, pada tahun 2008 Kraftangan Malaysia menyertai promosi World Expo di Zaragoza, Sepanyol dari 13 Jun hingga 13 September 2008 yang diselaraskan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia. Jumlah jualan yang diperoleh adalah menggalakkan iaitu sebanyak RM220,000.


Lawatilah Bengkel Gerak Wanita Gadong

BENGKEL GERAK WANITA CAWANGAN GADONG

Bengkel Gerak Wanita Cawangan Gadong mula beroperasi pada tahun 2000. Aktiviti yang dijalankan adalah membuat kraftangan dari rotan dan daun getah seperti 'boko', bakul serbaguna, cermin hiasan, bekas telur, tudung saji, dulang rotan, bunga gubahan dan bermacam-macam lagi. Ahli yang berdaftar hingga ke hari ini adalah seramai 15 orang.

Bengkel Kraftangan ini dibuka pada setiap hari Isnin dan Rabu. Kelas akan bermula dari jam 3.00 petang dan berakhir kira-kira jam 5 petang. Pada setiap minggu mereka akan dilatih membuat pelbagai jenis kraftangan dari rotan daun getah yang telah diproses sehingga mahir. Yuran yang dikenakan kepada ahli adalah sebanyak RM5.00 sebulan. Produk yang telah siap dihasilkan akan dijual atau dipasarkan sama ada secara persendirian atau pun dengan menyertai sebarang program atau pameran yang diadakan.

Antara ahli Bengkel Bengkel
Gerak Wanita Cawangan Gadong
Demonstrasi membuat bakul
Jemari Kreatif Wanita Gadong
Ketua Wanita Gadong juga pandai menganyam bakul Tenaga Pengajar dari RISDA Rembau Kagum dengan hasil kreativiti menggunakan daun getah
Koleksi Kraftangan dari Rotan dan Daun Getah

Antara Kraftangan yang dihasilkan ialah :

Kraftangan

Harga

Cermin muka RM 30.00 -RM 80.00
Dulang RM 25.00 - RM 30.00
Tudung Saji RM 20.00 - RM 40.00 (saiz mengikut tempahan)
Bakul telor RM 1.50 - RM 2.00
Bakul serbaguna RM 20.00 - RM 30.00

Bengkel ini sentiasa menerima ahli-ahli baru atau sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari seni kraftangan. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi :

Pn Zaharah Bt Alias
06-4381141
di alamat
No. 11, Rumah Raayat Kota, 71350 Kota N. Sembilan.

Thursday, May 14, 2009

KHAIRY MERASMIKAN HARI POTENSI KEMAS PARLIMEN REMBAU ~ malaysiakini

14 Mei 2009, Kem Senawang - Hari Potensi merupakan satu program tahunan yang dianjurkan oleh pihak KEMAS bagi mencungkil bakat dan potensi kanak-kanak seawal pra-sekolah lagi. Program ini mempunyai dua segmen iaitu segmen bakat dan segmen sukan yang dianjurakan mengikut giliran setiap tahun.

Pada hari ini, Sdr. Khairy Jamaluddin telah dijemput untuk merasmikan Hari Potensi Kanak-kanak Tabika KEMAS Parlimen Rembau yang diadakan di Tabika Kemas Kem Senawang 15 RAMD. Kehadiran Khairy pada jam 10.30 pagi telah diiringi oleh pasukan bermotor angkatan tentera dan disambut oleh 1000 orang kanak-kanak daripada 65 buah Tabika yang terlibat, yang turut ditemani oleh para penjaga dan ibu bapa yang sempat hadir ke majlis tersebut.

Antara tetamu yang hadir ialah En. Khairuddin Bin Mohd Nasir, Pengarah KEMAS Negeri Sembilan, Leftenen Kolenel Nazin Mohd Halim, Kem Komanden 15 RAMD, Sdr. Mohd Helmi Bin Din, Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Naib Ketua Wanita UMNO Rembau, Ketua Puteri UMNO Rembau, tenaga pengajar Tabika KEMAS serta para pegawai tentera.

Dalam Ucapan beliau, Sdr. Khairy menekankan pentingnya kita membangunkan modal insan seawal umur pra-sekolah lagi, kerana generasi ini mudah dibentuk dan dibangunkan mindanya. dan menjadi tanggungjawab kita semua untuk memberikan input-input yang baik dan berkualiti agar perkembangan kanak-kanak ini mencapai potensi terbaik yang kita harapkan.

Pada kesempatan itu juga, Sdr. Khairy turut merasmikan bangunan baru Tabika KEMAS Kem Senawang yang dibina bagi menggantikan bangunan yang lama.

Ketua Anak-anak Tabika Kemas Parlimen Rembau melaporkan kekuatan peserta yang hadir

Anak-anak 1Malaysia yang berpotensi menjadi penggerak pembangunan negara kelak

Sdr. Khairy bangga melihat semangat yang ada pada kanak-kanak di Parlimen Rembau

Meriah!!! Kanak-kanak bersemangat menyanyikan lagu Negaraku

Bersedia untuk acara pemeriksaan perbarisan

Kami anak MALAYSIA!!!

Putera Puteri harapan Negara, bersemangat dengan Baju Kebangsaan

Sdr. Khairy membuat pemeriksaan perbarisan dengan diiringi oleh Kem Komanden

En. Ali Majid, Pengerusi Penyelaras KEMAS Parlimen Rembau mengiringi Sdr. Khairy

Bersedia dengan pakaian cantik untuk acara bakat dan persembahan

Tabika Taman Kobena 1 yang akan mempersembahkan tarian silat

Antara tetamu undangan yang hadir ke Hari Potensi KEMAS Parlimen Rembau

Antara Pengerusi-pengerusi Tabika KEMAS yang hadir

Ucapan daripada Leftenen Kolenel Nazin Mohd Halim, Kem Komanden 15 RAMD

En. Khairuddin Bin Mohd Nasir, Pengarah KEMAS Negeri Sembilan

Ucapan Sdr. Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau

Sdr. Khairy berharap agar sesi pembelajaran lebih kreatif untuk menarik minat kanak-kanak seterusnya mampu mengembangkan potensi mereka dalam pelbagai aspek
_________________________________________

Berikutnya: Sesi Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang






__________________________________________


Bangunan baru Tabika KEMAS Kem Senawang

Sdr. Khairy membuka tirai sebagai simbolik perasmian tabika baru ini

Menandatangani Plat Perasmian sebagai tanda kenang-kenangan

Semoga tabika ini dapat melahirkan para cerdik pandai dan modal insan kepada negara

Sunday, May 10, 2009

10 MEI 2009 - TURUN PADANG PENDEKATAN PALING TEPAT BAGI KHAIRY

Diari YB Khairy Jamaluddin di Parlimen Rembau pada 10 May 2009 (Ahad)

2.30 petang - Gotong Royong Membina Tandas dan Bilik Air oleh Pemuda UMNO Kg. Legong Ulu

Pada hari ini, Sdr. Khairy telah memulakan aktiviti turun padang beliau di Parlimen Rembau dengan melawat aktiviti gotong royong membaiki rumah sebuah keluarga warga emas di Kg Legong Ulu. Program tersebut dianjurkan oleh Pemuda UMNO dan Belia Kg Legong Ulu serta turut dibantu oleh UMNO Cawangan dan Puteri UMNO di kampung tersebut.

Lawatan ini adalah susulan daripada sumbangan Ahli Parlimen ini kepada keluarga tersebut sebanyak RM1000 melalui laporan yang diterima daripada Ketua Pemuda UMNO Cawangan Legong Ulu, Sdr. Naziruddin bagi membaiki tandas dan bilik air di rumah itu yang telah rosak teruk.

Pada kesempatan tersebut, Sdr. Khairy turut bertemu dan beramah mesra dengan para penduduk yang tinggal di sana, serta berkunjung ke beberapa buah rumah lain yang turut memerlukan bantuan.

Untuk rekod, rumah-rumah yang didiami oleh penduduk tersebut adalah Rumah PPRT yang dipantau sepenuhnya oleh Pejabat Daerah Rembau, bagi membantu penduduk miskin di Rembau yang tiada kediaman dan kemampuan menyewa untuk tinggal di sana, sehinggalah keadaan ekonomi mereka stabil dan bertambah baik.

Ketibaan Sdr. Khairy disambut oleh kaum ibu dan Puteri UMNO Kg. Legong Ulu

En. Zazali, Ketua UMNO Cawangan membawa Sdr. Khairy ke bahagian belakang rumah sambil diiringi oleh Sdr. Naziruddin, Ketua Pemuda UMNO Cawangan Legong Ulu

Sdr. Naziruddin menerangkan aktiviti gotong royong yang telah selesai dilaksanakan oleh Pemuda dan Belia Kampung tersebut

Prihatin: masalah dan kesusahan yang menimpa keluarga ini mendapat perhatian Sdr. Khairy sepenuhnya

Sdr. Khairy meminta agar sekiranya terdapat keperluan tambahan, maklumat tersebut bolehlah disampaikan ke Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau dengan segera

Melihat tandas yang siap dibina dengan semangat kerjasama dan bantu-membantu antara satu sama lain.

Tandas baru yang memberi keselesaan kepada keluarga tersebut

Meninjau bilik air yang telah siap disimen dan dipasang dengan dinding yang baru

Berbangga dengan hasil kerja yang ditunjukkan oleh Pemuda UMNO Rembau

Melawat warga emas di rumah tersebut yang telah lama diserang penyakit angin akhmar sehingga sukar untuk bergerak

Sdr. Khairy bertanyakan status kesihatan dan rawatan yang diterima selama ini

Memberi nasihat agar memaklumkan kepada Pengerusi JKKK atau Ketua UMNO Cawangan sekiranya ada sebarang kecemasan yang memerlukan bantuan

Bertanyakan pekerjaan dan pendapatan bulanan keluarga ini yang digunakan untuk menampung kos perubatan dan belanja harian

Meminta petugas Parlimen Rembau merujuk kepada JKM sekiranya terdapat sebarang bantuan yang boleh disalurkan untuk menampung kos rawatan dan perubatan

Sdri. Ziela, Ketua Puteri UMNO Cawangan mengajak Sdr. Khairy melawat sebuah lagi keluarga yang memerlukan bantuan perubatan

Menjawab soalan wartawan berkaitan usaha dan pendekatan Pemuda UMNO Rembau dalam membantu masyarakat yang kurang bernasib baik

Menerangkan bahawa UMNO Cawangan, Pemuda dan Puteri juga memainkan peranan penting dalam membantu wakil rakyat Barisan Nasional menangani masalah rakyat

Melawat dan beramah mesra dengan penduduk dalam kawasan perumahan tersebut

Mendengar masalah keluarga ini dimana salah seorang anaknya menghidap penyakit kronik, dan masih berada di Hospital

Bapa kanak-kanak malang tersebut memaklumkan bahawa anaknya perlu ditempatkan di dalam bilik yang khusus di rumah bagi mengelakkan sakit yang lebih serius

Sdr. Khairy meminta agar Ziela menghantar laporan tentang masalah yaang dihadapi oleh keluarga ini untuk diambil tindakan sewajarnya oleh Pusat Khidmat beliau.


3.00 petang - Melawat Rumah Haji Abd. Hadi Bin Yunan Yang Hangus dalam Kebakaran di Rumah Rakyat Chembong

Kebakaran tersebut berlaku pada awal pagi 3 Mei yang lalu, semasa Haji Abd. Hadi dan isteri serta anaknya yang pulang dari Melaka sedang nyenyak tidur. Menurutnya, kebakaran tersebut disyaki berpunca daripada api lilin yang dipasang, berikutan ketiadaan bekalan elektrik pada malam tersebut.

ADUN Chembong, YB Zaifulbahri juga telah datang menyampaikan bantuan pada hari kejadian dan meminta kerjasama daripada Pejabat Daerah Rembau, JKM dan agensi kerajaan yang berkaitan untuk sama-sama membantu mangsa. Pada masa ini, mangsa sekeluarga tinggal buat sementara waktu di rumah pekerja JKR Rembau, atas ihsan JD JKR Daerah Rembau, Haji Zulkifli.

Dalam lawatan ini, Sdr. Khairy amat bersimpati dengan musibah yang berlaku dan menyampaikan bantuan kecemasan sebanyak RM3000.00 bagi meringankan bebananan mangsa untuk membina kembali rumah yang telah hangus ini.


Haji Abdul Hadi dan anaknya menerangkan saat-saat cemas ketika kejadian kebakaran itu berlaku.

Malang tidak berbau: keluarga ini bersyukur kerana tiada kehilangan nyawa berlaku di kalangan ahli keluarga

Musnah: segala harta benda hilang dalam sekelip mata

Haji Abd. Hadi menceritakan keadaan api yang marak dan kekesalannya terhadap agensi Bomba yang lewat memberikan bantuan

Sdr. Khairy amat terharu dan sedih dengan kejadian yaang menimpa mangsa

Inilah kesan kebakaran yang memusnahkan semua harta benda milik Haji Abd. Hadi

Pegawai IPD Rembau, Sjn. Bahari turut hadir memberikan laporan kepada Sdr. Khairy

Sdr. Khairy menyampaikan sumbangan beliau kepada Haji Abd. Hadi sebagai bantuan kecemasan, dan akan cuba membantu mendapatkan bantuan tambahan selepas ini

Sebak: Haji Abd. Hadi terharu dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas keperihatinan Sdr. Khairy yang mengambil berat tentang masalah yang menimpanya

Tiada apa yang tinggal, hanya arang dan abu sahaja di rumah ini

Sdr. Mustaqim, Pegawai JKM Rembau memaklumkan kepada Sdr. Khairy bantuan-bantuan yang telah dan akan diberi kepada mangsa sekeluarga oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat

Wanita UMNO Bahagian Rembau turut hadir dan memberikan bantuan kepada keluarga ini

Singgah sebentar: berbual sekejap dengan jiran yang tinggal berhampiran dengan rumah yang terlibat dengan kebakaran itu

Melawat pesakit kronik yang tidak mampu bergerak di rumah yang terletak sebaris dengan rumah yang terbakar

Terkejut: Isteri pesakit ini terharu di atas sumbangan dan kesudian Sdr. Khairy melawat mereka walaupun sibuk dengan jadual turun padang yang ketat.

Para Pemuda dan Belia Rumah Rakyat Chembong meminta jasa baik Sdr. Khairy untuk menyalurkan peruntukan bagi menaiktaraf gelanggang ini kepada gelanggang 'street soccer'

Sdr. Khairy memaklumkan agar permohonan tersebut dihantar ke Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau untuk dipertimbangkan

Jaga Kebersihan Amalan Bersama: Sdr Khary menegur keadaan longkang yang penuh dengan sampah sarap dan keadaan sekitar yang tidak terurus, yang boleh mendatangkan penyakit kepada kanak-kanak di Tabika berhampiran.


3.30 petang - Menyampaikan Bantuan Kepada Ibu Tunggal di Kampung Chembong Air Hitam

Lawatan ini dibuat selepas mendapat maklumbalas daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Puteri UMNO Rembau, dimana ibu tunggal ini yang baru berpindah ke rumah sewanya ini tidak mempunya sebarang kelengkapan dan peralatan asas untuk digunakan.

Bersama 6 orang anaknya, ibu tunggal ini menghadapi masalah kewangan untuk menguruskan kehidupan harian, serta luka di kaki yang tidak sembuh akibat penyakit kencing manis membataskan lagi usahanya untuk mencari rezki.

Bagi membantu mangsa, JKM Daerah Rembau telah meluluskan bantuan bulanan sebanyak RM400 kepada keluarga malang ini disamping keperluan asas yang telah diberi sebelum ini. Bagi membantu meringankan beban keluarga ini, Sdr. Khairy telah menyampaikan tilam, bantal, dapur dan rak pinggan untuk digunakan oleh mereka.

Sdr. Khairy sentiasa mengambil berat masalah yang dihadapi oleh ibu-ibu tunggal yang mempunyai tanggungan yang besar

Tuan Haji Zakaria, Ketua Kampung Chembong Air Hitam memaklumkan masalah yang dihadapi oleh keluarga ini sejak berpindah ke kampung tersebut sebulan yang lalu

Sumbangan barangan untuk keluarga susah ini

Dengan adanya bantuan ini, keluarga malang tersebut tidak lagi perlu tidur di atas tikar dan masak di atas dapur lama yang usang

Bertanya Khabar: jiran berketurunan India yang tinggal di sebelah rumah yang dilawati

Minum petang di rumah Tuan Haji Zakaria, turut hadir adalah Wakil Khas Ahli Parlimen Rembau Tuan Haji Annuar

Bertanyakan kepada Sdr. Adhira, PSU Pemuda UMNO Rembau tentang isu tempatan yang dilaporkan dalam akhbar Sinar


4.15 petang - Melawat Ahli Pemuda UMNO Rembau Yang Menghidapi Barah Tulang

Sdr. Zaini Ibrahim dikhuatiri menghidap penyakit baraah tulang yang menyebabkannya tidak boleh bergerak dan membengkokkan sendi-sendi di kaki dan tangannya. Sebelum ini, Sdr. Zaini amat aktif dalam aktiviti belia dan pemuda sertta banyak membantu Barisan Nasional dalam pilihanraya yang lalu.

Menerima kunjungan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rembau merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Sdr. Zaini memaklumkan banyak lagi rawatan yang perlu dia hadapi untuk pulih

Sdr. Khairy menasihatkan agar Sdr. Zaini bersabar dan sentiasa cekal agar penyakit itu dapat dipulihkan


5.00 petang - Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Kerusi Roda di Taman Pinggiran Senawang

Selepas solat Asar berjemaah di Surau Taman Pinggiran Sewanawang dengan penduduk, Sdr. Khairy meneruskan aktiviti turun padangnya di Balai Raya yang terletak bersebelahan dengan surau tersebut. Dalam majlis itu, Sdr. Khairy telah menyampaikan PA Sistem kepada Rukun Tetangga Taman Pinggiran Senawang yang akan turut digunakan oleh UMNO Cawangan, Pemuda, Puteri, Belia dan persatuan penduduk yang tinggal di perumahan tersebut.

Dalam majlis yang sama, beliau turut menyampaikan sumbangan kerusi roda untuk OKU terlantar yang disediakan oleh JKM Daerah Seremban. Sdr. Khairy turut memuji kecekapan dan prestasi baik yang ditunjukkan oleh para pegawai JKM dalam membantu golongan yang memerlukan.

Sdr. Irwan, Ketua Pemuda UMNO Cawangan Taman Pinggiran Senawang mengalu-alukan ketibaan Sdr. Khairy Jamaluddin

Ucapan daripada En, Azmi, Pengerusi KRT Taman Pinggiran Senawang

Dalam ucapan Sdr. Khairy, beliau berharap agar seluruh masyarakat taman dapat bersatu padu dan menghormati antara satu sama lain, serta mempraktikkan amalan kejiranan yang baik

Antara penduduk yang sempat hadir di majlis tersebut

Menyampaikan kerusi roda kepada kanak-kanak OKU terlantar ini

Sdr. Khairy bertanyakan sesuatu kepada ibunya

Diharapkan sumbangan ini dapat membantu anak kecil ini bergerak dengan lebih mudah

Bapa kepada salah seorang remaja OKU berusia 15 tahun yang tidak dapat hadir, menerima sumbangan tersebut bagi pihak anaknya

Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat di atas sumbangan kerusi roda kepada mereka yang amat memerlukan

Para penduduk menikmati jamuan yang disediakan


Menikmati jamuan yang disediakan oleh KRT Taman Pinggiran Senawang

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin