Monday, January 25, 2010

17 JANUARI 2010 - KHAIRY MELAWAT PASAR RANTAU DAN MERAIKAN HARI PONGGAL

Oleh: Rizuan

11.00 pagi - Saudara Khairy telah memulakan aktiviti turun ke padang bagi bertemu rakyat di Kompleks Pasar Pekan Rantau yang telah dibuka sejak tahun 2008 yang lalu. Selain daripada bertemu para peniaga dan pembeli, beliau juga mengambil kesempatan tersebut untuk memeriksa beberapa harga barang kawalan agar para peniaga mematuhi harga jualan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan demi kepentingan pengguna.


Mendengar aduan berkaitan masalah perparitan di rumah warga emas ini sambil dierikan penerangan oleh En. Chong Chee Hong, Ketua MCA Cawangan Rantau

Sdr. Tee Chin Shen mengambil maklumat berkenaan aduan rakyat ini

Para peniaga meminta Sdr. Khairy memaklumkan kepada MPN agar memasang kipas bagi mengurangkan kesan cuaca panas pada masa ini

Menyemak haarga ikan di salah sebuah kedai

Peniaga ini memaklumkan harga ikan di Rantau agak murah berbanding di Pasar Port Dickson

Peniaga ini hanyaa menjual ikan-ikan air tawar dan ikan sungai sahaja

Peniaga ini memaklumkan kehidupannya bertambah baik selepas berniaga di pasar Rantau ini

Beramah mesra dengan salah seorang penjual daging lembu

Sdr. Khairy bertanyakan perkembangan perniagaan penjual kelapa ini

Harga ayam dari ladang tidak konsisten dan aada kalanya menyebabkan para peniaga terpaksa menaikkan harga jualan mereka

Harga tomato juga meningkat sedikit akibat cuaca yang tidak menentu di Cameron Highland

Bertemu seorang rakan yang menjual roti canai dan sarapan pagi

Minum pagi bersama wakil MCA Cawangan Rantau dan rakan-rakan


11.45 pagi - Sdr. Khairy seterusnya singgah di Dewan Persatuan Cina Rantau bagi sesi dialog di sana. Persatuan ini merupakan badang gabungan persatuan-persatuan kecil yang ada di Rantau, dan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk ahli-ahlinya.

Duduk (hadapan): En. Wong Ngan Wah, Sdr. Khairy dan Cikgu Annuar

En. Wong Ngan Wah menyampaikan kata-kata aluan

Sdr. Khairy meyampaikan ucapan kepada ahli persatuan


12.30 t.hari - Program Pemuda Prihatin bersama Pemuda UMNO Bahagian Rembau-DUN Rantau merupakan satu aktiviti kemasyarakatan anjuran Pemuda Bahagian bagi membantu rakyat yang susah dan memerlukan bantuan.

Dalam lawatan kali ini, Sdr. Khairy telah menyusur ke Kampung Pasir Linsum daaksa menumpang dimana terdapat sebuah keluarga yang tiada tempat tinggal sendiri dan terpaksa menumpang di rumah seoarang dermawan tanpa sebarang bekalan elektrik atau air.

Kesukaran keluarga ini mendapat perhatian Pemuda Rembau dan akan berusaha mendapatkaan peruntukan PPRT selepas pemohon mendapat tapak yang sesuai untuk dibina rumah tersebut.

Sdr. Shafrul, NKP Pemuda Rembau menerangkan situasi yang dihadapi oleh pemohon kepada Khairy

Pendapatan sebagai pembantu mekanik tidak mampu memberikan pendapatan yang selesa untuk keluarganya

Sdr. Khairy menyampaikan bantuan makanan kepada keluarga ini


1.00 t.hari - Sdr. Khairy telah hadir dan meraikan salah seorang ahli Pemuda UMNO Rembau yang telah melangsungkan perkahwinan pada hari ini. Kehadiran para tetamu di majlis tersebut sungguh ramai dan Sdr. Khairy sempat menepung tawar mempelai dan memberikan kata-kata nasihat sebagai seorang rakan kepada Sdr. Bashir.

(Gambar akan dikemaskini kemudian)


2.00 petang - Melawat keluarga Sdr. Adnan, Ketua Pemuda UMNO Kg. Solok yang baru kehilangan ibunya yang meninggal dunia akibat sakit tua. Dalam ziarah itu, Sdr. Khairy merakamkan ucapan takziah untuk Adnan sekeluarga dan menasihatkan Adnan bersabar di atas kelhilangan seorang ibu yang disayangi.

Sdr. Khairy dan Safrul melawat Adnan di rumah keluarganya

Sdr. Khairy meminta Ustaz untuk membacakaan sedikit taahlil dan doa untuk arwah


3.00 petang - MIC Cawangan Senawang Jaya telah menganjurkan Hari Ponggal, iaitu hari keramaian bagi pesta menuai yang merupakan salah satu pesta kebudayaan masyarakat India di Malaysia. Jika dahulunya hari Ponggal dibuat selepas hari menuai padi, tetapi di Malaysia ianya disambut sebagai salah satu aktiviti kebudayaan untuk merapatkan hubungan di antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Kehadiran Sdr. Khairy diambut oleh para penduduk sambil diiringi dengan muzik tradisional Nathasvara

Program ini menarik perhatiaan penduduk pelbagai lapisan kaum dan usia

En. Ravichandran, Ketua MIC Cawangan Senawang Jaya mengalungkan kalungan Malai sebagai tanda menghormati tetamu yang diraikan

Sdr. Khairy menyampaikan ucapan bertemakan 1 Malaysia

Persembahan tarian daripada remaja India yang tidak melupakan seni kebudayaan mereka

Sdr. Khairy menyalakan api sambil disaksikan oleh Datin Komala Devi, Isteri Dato' VS Morgan Ketua MIC Bahagian Rembau

Sdr. Khairy memasukkan susu untuk dimasak bersama gulaa merah dan beras

Bergambar kenang-kenangan di akhir program

Giliran para peserta memasak Ponggal mereka

Para remaja Melayu ini juga tidak melepaskan peluang mencuba memasak Ponggal


4.00 petang - Program Sdr. Khairy berakhir pada hari itu di program Sepetang Bersama Pemimpin - Karnival Sukan KSK Dun Paroi. Program ini diadakan bagi merapaatkaan hubungan silaturrahim antara penduduk berbilang kaum, melalui pertandingaan sukan yang diadakan.

Antaar sukan yang dipertandingkan adalah Bola Sepak, Futsal, Sepak Takraw dan Bola Jaring dan pertandingan melukis untuk kanak-kanak Tabika KEMAS dan Tabika Perpaduan.

Program ini dirasmikan penutupannya oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan

Dari kiri: Dato' Hj. Azman, Sdr. Khairy dan Dato' Seri Utama Hj. Mohamad

Antara pemimpin masyarakat yang turut hadir

Pertandingan akhir sepak takraw diadakan sebelum acara penyampaian hadiah dijalankan

Thursday, January 21, 2010

12 JANUARI 2010 - KHAIRY TURUN PADANG MENYELESAIKAN MASALAH RAKYAT

Oleh: Rizuan
Gambar: Azman


10.00 pagi, Dewan Sri Rembau - Sdr. Khairy telah menhadiri program Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Rembau yang telah dihadiri oleh Yang Teramat Mulia Dato' Lela Maharaja Dato' Haji Mohd Sharip Bin Hj Othman, Undang Luak Rembau. Majlis tersebut turut dihadiri oleh YB Dato' Hj Awaluddin Bin Said, ADUN Kota.

Selain daripada memperingati jasa dan tokoh-tokoh agama yang banyak menyumbangkan jasa dan komitmen mereka dalam menyemarakkan syiar Islam, majlis tersebut juga diserikan dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Fauzi, Pengacara Al-Kuliyaah TV3.


Dato' Undang Luak Rembau menyampaikan hadiah kepada tokoh Imam.

Penyampaian anugerah untuk tokoh Nazir.

Penyampaian Anurah Masjid Terbaik.

Sdr. Khairy berramah mesra dan bersalaman dengan para jemputan


12.15 tengah hari - Pemuda UMNO Bahagian Rembau telah membuat kejutan dengan mengadakan jamuan hari lahir untuk Sdr. Khairy.

Acara meniup lilin kek hari jadi yang ditempah khas oleh Pemuda Rembau

Cikgu Annuar, Wakil Khas Ahli Parlimen memotong kek

Antara yang hadir meraikan Sdr. Khairy di Bilik Mesyuarat Parlimen Rembau


1.00 tengah hari, Kg. Ulu Sepri - Sebelum melawat sebuah rumah yang terbakar di Kg. Ulu Sepri, Sdr. Khairy menerima panggilan telefon dimana terdapat seorang warga emas yang baru meninggal di kampung yang sama, dan beliau telah bergegas ke rumah tersebut bagi menyampaikan takziah kepada keluarga yang terlibat.

Bertemu dengan keluarga arwah sebaik sahaj sampai di Kg. Ulu Sepri

Bertandang ke dalam rumah baagi menyampaikan salam takziah dan sumbangan


Berikut pula adalah tragedi malang yang memusnahkan rumah En. Mohd Rafi yang menyebabkan dia sekeluarga tinggal sehelai sepinggang. Kebakaran tersebut dikatakan berlaku akibat litar pintas dan api yang marak menyebabkan tiada apa yang dapat diselamatkan.

dalam lawatan tersebut, Sdr. Khairy dimaklumkan bahawa mangsa sekeluarga menumpang di rumah adiknya, dan sebagai bantuan kecemasan Sdr. Khairy telah meluluskan peruntukan sebayak RM3000 bagi membantu En. Rafi menguruskan keluarganya terutamanya anak-anak yang masih bersekolah. Selain itu, beliau juga akan membantu mangsa mendapatatkan sebuah Rumah Mesra Rakyat di atas tapak yang sama.

Sdr. Khairy tiba di lokasi kejadian kabakaran rumah En. Mohd Rafi

Kebakaran tersebut memusnahkan kesemua harta benda mangsa

Mendengar cerita mangsa semasa berlakunya tragedi tersebut

Ketua kampung turut memberikan bantuan terutamanya berkaitan saluran untuk mendapatkan bantuan segera

En. Fari (Kanan KJ) berharap agar dapat dibina sebuah rumah di tapak yang sama

Sdr. Khairy berbual dengan isteri En. Rafi


2.30 petang - Sdr. Khairy telah pergi melawat Taman Rembau Permata, dimana para penduduk memohon sebuah balai raya bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan di sana. Sejak mereka tinggal di sana 11 tahun lepas, beberapa permohonan telah dibuat tetapi permohonan mereka masih belum dapat dipenuhi.

Dalam pertemuan ringkas tersebut, Sdr. Khairy memberikan komitmen untuk cuba mendapatkan peruntukan dari Kementerian yang berkaitan bagi membantu para penduduk mendapat sebuah balai raya bagi kegunaan mereka bersama.

Sdr. Khairy mendengar penjelasan penduduk yang mengharapkan sebuah balai raya di taman mereka

Sdr. Khairy menyatakan kesudian beliau untuk membantu penduduk mengikut saluran yang ada

Minum petang dalam keadaan santai di bawah pokok

Pemimpin yang mesra dan mudah didekati rakyat


3.00 petang - Lawatan Kerja di Kampung Senama Hilir merupakan aktiviti terakhir pada hari itu, dimana lawatan tersebut bagi melihat sendiri aduan Ketua kampung, En. Sharif berkaitan ketiadaan pagar di kawasan kubur kampung tersebut. Perkara ini telah menyebabkan haiwan liar memasuki kawasan kubur dan menyebabkan kerosakan dan kemusnahan kubur yang ada.

Dalam lawatan itu juga, beliau mengadakan pertemuan ringkas dengan JKKK Kampung Senama Hilir dan para pemuda di sana. Sebagai membantu aktiviti Pemuda, beliau telah berjanji untuk memberikan sebuah meja ping pong bagi menyemarakkan aktiviti belia di sana.

Melawat kawasan kubur sambil diberi penerangan oleh En. Sharif

En. Sharif menerangkan betapa perluanya pagar tersebut bagi menjaga keadaan kubur di kawasan tersebut

Cikgu Anuar berseloroh bahawa dia mengenali orang di kampung ini kerana berasal dari kampung tersebut

Perbincangan ringkas di Balai Raya Kg. Senama Hilir

Sdr. Khairy memberikan sepatah dua kata

Bergambar kenang-kenangan menandakan sebagai tanda kehadiran Sdr. Khaairy di sana

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin