Monday, February 23, 2009

LAWATAN KE RUMAH MANGSA RIBUT DI KG. SUNGAI TIMUN DAN RUMAH RAKYAT LUBOK CINA

Melawat Surau Kg. Sungai Radin yang rosak teruk akibat bencana ribut yang berlaku pada malam sebelumnya.

22 Febuari 2009 – YB Sdr. Khairy Jamaluddin berkesempatan pada hari ini untuk bertemu dan mendengar khabar daripada penduduk di Kg. Sungai Timun dan Rumah Rakyat Lubok Cina yang terlibat dengan kejadian ribut, dimana hampir 70 buah rumah rosak akibat daripada bencana tersebut. Kampung-kampung lain yang turut terlibat dengan bencana ribut pada malam tersebut adalah Kg. Pulau Mampat, Kg. Pulau Besar.


Dalam lawatan tersebut, YB. Khairy telah berseutuju untuk membaikpulih sebuah surau di Kg. Sungai Radin dan akan menurunkan peruntukan sejumlah RM20,000.00 bagi membina kembali bumbung surau yang rosak teruk dalam kejadian pada malam sebelumnya. Bagi penduduk yang tinggal di rumah rakyat, pihak Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mula menggantikan atap rumah yang telah diterbangkan angin kencang, manakala bagi rumah-rumah tradisional, kontraktor yang dilantik telah mula melaksanakan tugas mereka pada hari yang sama.

Dalam sesi bertemu penduduk di Balai Raya Rumah Rakyat Lubok Cina, wakil penduduk memaklumkan tentang kejadian yang berlaku pada malam itu, dan mengucapkan terima kasih di atas tindakan pantas pemimpin Barisan Nasional serta agensi Kerajaan yang terlibat. Bencana tersebut turut mendapat perhatian khas daripada Y.Bhg. Dato' Haji Azman Bin Haji Hassan, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang telah membuat lawatan segera ke lokasi bencana pada malam tersebut untuk bersama-sama penduduk memeriksa kerosakan yang berlaku.


Sementara itu, di DUN Paroi pula, Taman Satria, Senawang turut mengalami nasib yang sama. bagi mengelakkan kejadian yang buruk menimpa penduduk, Y.Bhg. Dato' Haji Azman Bin Haji Hassan, yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras UMNO DUN Paroi telah meminta kerjasama daripada Majlis Perbandaran Nilai untuk menyediakan 'ponco' untuk menutup lubang-lubang atap bagi mengelakkan air masuk ke dalam rumah penduduk.

Kos baik pulih rumah yang terlibat dibiayai melalui Peruntukan Khas Kecemasan Ahli parlimen Rembau, dan dilaksanakan secara gotong royong oleh Kumpulan Rukun Tetangga Taman Satria.

Pada malam tersebut, kehadiran YB Pembangkang DUN Paroi dari PAS hanya sekadar menunjukkan muka, dan dengan selamba dia mengatakan kepada penduduk yang terlibat "Jangan bimbang, esok akan ada orang kerajaan datang untuk baiki kerosakan yang berlaku", kata YB Taufik kepada salah seorang penduduk. Ahhirnya, pembangkang turut memuji Kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa peka dengan masalah rakyat.

Keadaan Surau Kg. Sungai Radin yang memerlukan pembaikian segera

Melawat salah sebuah rumah yang rosak teruk akibat ribut di Kg. Sungai Timun

Bertemu dengan YB Dato' Dr. Awaludin Bin Said, ADUN Kota yang sedang membuat anggaran kerosakan di Kg. Sungai Timun

Berbincang dengan YB Dato' Dr. Awaludin dan Puan Norazlin, Penolong Pegawai Daerah Rembau tentang bentuk bantuan yang akan disalurkan

Sdr. Shaharizan, Jurugambar Pusat Khidmat Parlimen Rembau bersama Wartawan Sinar Harian sibuk membuat liputan kejadian yang berlaku

Dari Kiri: En. Ameruddin, Pegawai JKM Parlimen Rembau, Sdr. Ramli, Ketua Pemuda Sungai Timun, dan Sdr. Rosman dari Teluk Kemang

Sesi dialog bersama Penduduk di Rumah Rakyat Lubok Cina

Sdr. Khairy turut bersimpati dengan kejadian yang berlaku dan akan memastikan rumah-rumah yang rosak dibaiki segera

Antara penduduk yang hadir semasa sesi dialog tersebut

MAJLIS PENUTUPAN MESYUARAT AGUNG KELAB MOTOR REMBAU

BATU HAMPAR, 22 Febuari 2009 – Pengerusi Kelab Motor Rembau, En. Maidin Mohamed mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB. Sdr Khairy Jamaluddin kerana sudi untuk hadir ke Majlis Penutupan Mesyuarat Agung Kelab Motor Rembau Kali Ke-2. Majlis tersebut dihadiri oleh 50 orang ahli Kelab Motor Rembau yang berumur semuada 18 tahun hingga 60 tahun.

En. Maidin dalam ucapannya membentangkan aktiviti-aktiviti yang dianjurkaan oleh kelab tersebut, dan kerjasama yaang dimainkan untuk mempromosikan lokasi tarikan pelancongan yang ada di dalam Parlimen Rembau. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pegawai Daerah Rembau, Tuan Haji Mohd Rawi kerana membenarkan kelab tersebut beroperasi di sebuah bangunan Pejabat Daerah Rembau.

YB. Khairy dalam ucapannya menggalakkan lebih ramai golongan muda terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kelab ini, kerana golongan belia pada hari ini perlu melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi yang sihat bagi membentuk jati diri mereka.

Sebagai usaha membantu Kelab Motor Rembau beroperasi dengan baik pada masa hadapan, YB Khairy telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM 5,000.00 untuk membaikpulih pusat operasi kelab dan membeli peralatan yaang diperlukan.


LAPORAN BERGAMBAR

Dari Kiri(duduk): Pegawai Daerah Rembau, Pegawai Pelancongan Negeri Sembilan, Sdr. Khairy, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rembau dan En. Maidin Mohamed

Antara ahli jawatankuasa Kelab Motor Rembau dan Kelab Motor Vespa yang hadir memberi sokongan

Sdr. Khairy menyampaikan hadiah kepada pemenang

Bergambar kenang-kenangan bersama Ahli Kelab Motor Rembau selepas majlis tamat


Bersalaman dengan tetamu yang hadir sebelum meninggalkan majlis.

Wednesday, February 18, 2009

Khairy vs Mukhriz dan Khir Toyo

Sumber: Malaysiakini


Tiga calon Ketua Pemuda Umno berkongsi pentas malam ini dengan Khairy Jamaluddin menafikan yang Umno berada dalam krisis yang teruk, manakala Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pula sependapat bahawa Umno perlu pembaharuan dan perubahan untuk terus relevan.

Khairy bersetuju bahawa Umno perlukan pembaharuan tetapi menekankan bahawa "Umno tidak seteruk yang digambarkan, bukan parti yang ditolak dalam pilihanraya umum lalu".

Menurutnya, Umno tidak sampai ke tahap krisis yang teruk,tetapi Barisan Nasional (BN) dihukum dalam pilihanraya umum lalu kerana "kita tidak dapat menguruskan kemenangan besar yang kita perolehi pada 2004".

"... (kita) mesti kembali ke situ," katanya dalam program mingguan 'Hujah' yang disiarkan secara langsung oleh TV9 malam ini.

Dalam program tersebut, pengerusinya Prof Agus Yusof dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mengemukakan soalan kepada ketiga-tiga mereka mengenai Umno, pertandingan ketua Pemuda Umno, isu Dasar Ekonomi Baru (DEB), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mengenai pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Program tersebut diadakan di Dewan Tun Syed Nasir Dewan Bahasa dan Pustaka (DEB) yang dihadiri kira-kira 350 orang termasuk pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan UKM.

Menurut Khairy lagi, negara berada dalam persekitaran yang berbeza daripada dahulu.

Khairy: Persekitaran berbeza

"Kita berada di persekitaran politik yang terbuka di mana banyak isu diperbahas secara terbuka di internet dan blog, maka harapan rakyat terhadap kerajaan semakin meningkat," katanya.

Namun begitu, katanya, kerajaan BN telah meningkatkan usaha seperti menentang rasuah dan mempertingkatkat institusi kehakiman.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa ia bukan tugas yang boleh dilakukan dalam sekelip mata.

"Kita jangan lihat, peralihan kuasa dan pembaharuan, akan selsesaikan semuanya," katanya.

"Tapi (jika) peralihan kuasa itu tidak diikuti langkah memenuhi janji-janji kita, maka perubahan itu adalah sia-sia sahaja," katanya.

Dr Khir pula berkata Umno bukan sahaja memerlukan pembaharuan dan perubahan tetapi juga perlu menangani soal persepi buruk yang dilabelkan oleh pembangkang terhadapnya.

"Bila bercakap tentang politik, ia adalah mengenai persepsi... Persepsi yang diberi pembangkang (terhadap Umno) buruk sekali... Umno tidak mesra rakyat, sombong...

"Bila Umno tidak dilihat memperjuangkan bangsa dan agama, atau jati diri, (maka) jadi orang yang meluat dengan Umno akan menyertai parti lain...," tegasnya.

Oleh itu, katanya Pemuda umno perlu berusaha menggarapkan semula Umno yang dulunya berjuang untuk bangsa, negara dan agama.

Malah, tegas Dr Khir, rata-rata anggota Pemuda Umno sendiri - bila ditanya tujuan mereka menyertai Umno - jarang boleh menjawabnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan pentingnya bagi pergerakan itu memperbanyakkan kursus wajadiri di kampung dan bandar.

Manakala Mukhriz pula berkata, Umno telah agak terpesong dari halatuju asal parti itu sejak tahun 2004 dan ia merupakan antara sebab rakyat hilang kepercayaan kepada Umno dan BN.

"Bila ini berlaku, maka merundum sokongan dari rakyat, Perbezaan keputusan pilihanraya umum 2004 dan 2008 seperti langit dan bumi..," tegasnya.

Usaha untuk memulihkan semula Umno, menurut Mukhriz, memerlukan rombakan di peringkat kepimpinan tertinggi kerana parti memerlukan kepimpinan yang tegas.

"Kita sudah menyimpang dari perjuangan untuk agama, bangsa dan tanahair... Rakyat tidak lihat kita benar-benar berpegang kepada perjuangan kita.

"Ucapan kita sudah jadi retorik, dan orang kata kita retorik dan tidak amalkan apa yang kita cakap...," katanya.

Berikutan itu, tambahnya, lahir banyak NGO yang telah mengambil alih peranaan Umno dan mendapat sokongan dan ramai ahli.

Prof Agus turut bertanya mengenai Pemuda Umno yang menurutnya di mana sahaja hanya bercakap mengenai orang Melayu, sedangkan parti-parti komponen BN yang lain tidak begitu.

Contohnya, kata beliau, parti Gerakan telah membuat laporan polis berhubung keselamatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dilaporkan terancam serta Wanita MCA yang memberi sokongan kepada Elizabeth Wong ekoran penyebaran foto bogelnya kepada umum.

Menjawab soalan itu, Dr Khir berkata: "Kita harus lihat orang Melayu sebagai tunggak kepada politik Malaysia, jika tumbang politik Melayu, maka akan tumbang politik negara, jadi tidak boleh samakan Umno dengan MCA dan Gerakan."

Ditanya mengenai kekalahan kerajaan BN pimpinannya di Selangor, Dr Khir menjelaskan bahawa kekalah BN bukan di Selangor sahaja, malah di Kedah, Pulau Pinang dan Perak juga, yang berpunca daripada isu-isu nasional.

Malah, katanya, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah kalah dalam pilihanraya umum 1969 manakal Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah tewas dalam pemilihan jawatan naib presiden pada 1993.

"Kita belajar dari kekalahan," katanya sambil menegaskan bahawa semangat Melayu tidak pernah luntur.

Mengenai ISA

Mengenai ISA pula, Khairy berkata, tentangan generasi muda terhadap penggunaan akta tersebut cukup meluas.

Berikutan itu, kata naib ketua Pemuda Umno itu, penjelasan tentang ISA perlu dibuat kepada generasi muda.

“ISA adalah proses yang dibuat oleh seorang sahaja iaitu menteri dalam negeri tanpa perlu proses mahkamah.

“Tetapi kita perlu undang-undang untuk mencegah keselamatan negara, saya tidak takut berbahas dengan pembangkang mengenai perkara ini,” katanya.

Manakala Dr Mohd Khir pula mendakwa, tindakan kerajaan dalam isu penghinaan terhadap Raja-raja Melayu amat lemah.

Menurutnya, rakyat kecewa kerana kerajaan lambat bertindak kerana mereka mahu kerajaan mengatasi isu itu dengan segera.

“Saya difahamkan sudah ada lebih 100 laporan terhadap Karpal Singh tetapi belum ada tindakan.

“Kekecewaan rakyat ini menyebabkan mereka mengadakan demontrasi,” katanya.

Menurut Dr Mohd Khir, Raja-raja Melayu tidak boleh didakwa kecuali di mahkamah khas yang membabitkan isu-isu peribadi mereka.

Sementara Mukhriz pula berkata, kepimpinan perlu tegas menjalankan undang-undang untuk menjaga keamanan negara.

Katanya, kepentingan rakyat hendaklah terjaga dan terbela.

“Orang yang mengadakan demonstrasi jalanan, kita tidak menggunakan ISA dan keadaan ini menyebabkan keputusan pilihanraya tidak memihak kepada kita,” katanya.

Mukhriz menegaskan kepimpinan negara yang tegas sangat penting untuk menghasilkan kejayaan.

DEB, Ketuanan Melayu

Bercakap tentang ketuanan Melayu, Dr Khir berkata, persoalan hak istimewa orang Melayu dan kontrak sosial tidak perlu dipersoalkan kerana ia dijamin dalam perlembagaan.

“Kalau tidak puas hati, bawa ke parlimen, pinda perlembagaan, barulah menjadi seperti negara Barat, kalau itulah yang diidamkan,” katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa isu ketuanan Melayu sama sahaja dengan ketuanan rakyat yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, katanya idea kesamarataan antara kaum dan agama yang dikemukakan Anwar harus dibimbangkan kerana perkara itu telah dijamin dalam perkara-perkara tertentu seperti Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan.

Wednesday, February 11, 2009

RUMAH TERBUKA CHAP GOH MEH REMBAU 2009 DISAMBUT MERIAH.

9 Febuari 2009, Isnin - Perubuhan-pertubuhan Cina Pekan Rembau bersama dengan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau telah menganjurkan Rumah Terbuka CHAP GOH MEH Rembau 2009 dengan jayanya pada hari ini .Majlis tersebut telah berlangsung di Pekan Rembau dan telah menarik lebih dari kurang 3000 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaaum bagi bersama-sama dengan YB Ahli Parlimen Rembau, Sdr. Khairy Jamaluddin untuk meraikan perayaan Chap Goh Meh.

Majlis tersebut telah diserikan dengan persembahan Tarian Singa, tarian Hip Hop, persembahan Health Dance, persembahan Silap Mata, Pertunjukan Bunga Api, nyanyian lagu-lagu P. Ramlee dan persembahan lagu-lagu Mandarin oleh tetamu jemputan dari England, Mr. Julian Church. Penyampaian bantuan Tahun Baru Cina kepada wargamas dan cabutan bertuah juga diadakan dan para hadirin terus kekal sepanjang Majlis sang diadakan sehingga jam 11 malam.

Dalam ucapan Ahli Parlimen Rembau, Sdr. Khairy Jamaluddin, Beliau meminta agar warga Rembau supaya mengekalkan serta mengukuhkan perpaduan di antara rakyat berbilang kaum yang tinggal bersama-sama dalam Negara ini. Dengan utuhnya perpaduan diantara rakyatnya, Negara kita boleh terus aman dan damai, tanpa sebarang masalah yng tidak diingini. Jikalau keadaan Negara tidak aman dan selamat, ia akan menyusahkan Negara kita, terutamanya dalam usaha menarik pelabur asing melabur keMelaysia.

Selain daripada itu, KJ juga berasa amat bangga dan senang hati, kerana semangat setiakawan di antara kaum dalam Parlimen Rembau adalah baik, ia terbukti dengan jumlah orang yang hadir pada malam ini, Beliau juga mengambil kesempatan untuk menasihati para hadirin supaya menghormati undang-undang dan juga setia kepada Raja dan Negara. Beliau turut berasa dukacita dan sedih mengenai beberapa perkara tidak elok yang berlaku di Perak, sehingga ada yang celupar dan sanggup menderhaka serta enggan mengikut titah Raja.

Kenamaan yang turut bersama dalam Majlis adalah YB V.S Mogan, Ahli Exco Negeri, Dato Goh Siow Huat, Ketua MCA Bahagian Rembau, YB Dato Dr. Haji Awaludin Bin Said, ADUN Kota, YB Zaifulbahri Bin Idris, ADUN Chembong, Tuan Pegawai Daerah Rembau dan pemimpin-pemimpin Parti Kompenan Barisan Nasional Bahgian Rembau.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Cina Rembau menyampaikan limau Mandarin kepada Sdr. Khairy Jamaluddin.

Sdr. Khairy dan YB Tuan Zaifulbahri gembira dengan layanan dan semangat yang ditunjukkan oleh masyarakat Cina di Rembau.


Sdr. Tee Chin Shen, wakil Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Cina Rembau menyampaikan ucapan.


Ketibaan para pemimpin Barisan Nasional disambut meriah


Semua pemimpin Barisan Nasional dan Pengerusi Pertubuhan Cina dijemput untuk melakukan acara 'Lau Sang'


Menyampaikan sumbangan kepada warga emas


Kaum India turut hadir memeriahkan majlis pada malam itu.


Antara acara yang menarik perhatian semua jemputan dan hadirin yang hadir.


Tarian Singa ini merupakan persembahan Belia Barisan Nasional


Bawah: Antara yang hadir ke majlis Chap Goh Meh 2009 Parlimen Rembau



Thursday, February 5, 2009

DALAM KESIBUKAN, KHAIRY TELAH MELAKSANAKAN TUGAS SEBAGAI AHLI PARLIMEN DENGAN CEMERLANG



Alhamdulillah, setelah hampir setahun selepas dipilih untuk mewakili rakyat di dalam Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin telah melaksanakan tugasnya sebagai Ahli Parlimen Rembau dengan baik dan cemerlang. Dalam kesibukan beliau, harapan dan aduan rakyat dilayan dengan sempurna dibantu oleh kakitangan yang sentiasa berdedikasi untuk melihat yang terbaik untuk Parlimen Rembau.

Berikut adalah aduan dan permohonan yang telah diselesaikan oleh Sdr. Khairy Jamaluddin. terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional, kerana sentiasa peka untuk membantu rakyat demi keselesaan dan keperluan mereka.

1. Membina Pembentong di Jalan Hj. Yusof Kecil, Kg Sr Kendong
2. Menaiktaraf Jalan Dusun, Kendong menghala ke Perkampungan Orang Asli, Kg. Sri Kendong
3. Memasang awning di Balai Raya Kg. Gadong
4. Menurap premix di dataran Balai Raya Kg. Gadong
5. Membina penahan tebing Sungai Kg. Perah, Kota
6. Memasang pagar penghadang gelanggang pelbagai guna, Kg. Astana Raja
7. Memasang pagar Balai Raya Kg. Penajis Nerasau
8. Membina stor di Perkuburan Islam Kampung Ampangan, Penajis
9. Membina tandas dan bilik air di Surau Rumah Rakyat Chengkau
10. Menurap semula Jalan Hj. Serol Kg. Tanjung
11. Baik pulih Suraau Kg. Pulau Acheh
12. Membina pembentong di Jalan Bongek Acheh Baru
13. Mengecat semula Surau Putih, Kg. Sungai Layang
14. Mengecat semula Surau Perigi Jernih, Kg. Sungai Layang
15. Mengecat semula Balairaya Kg. Selemak
16. Menurap semula Jalan Kg. Bukit
17. Menaiktaraf tandas dan tempat wuduk di masjid Kg. Haji Sulaiman
18. Membina jalan antara Kg. Sungai Radin ke Jalan Tok Samad, Kg. Sungai Timun
19. Menaiktaraf kemudahan asas Surau Ujung Tanjung, Kg. Chembong Halt
20. Membina tempat letak kenderaan pelbagai guna di Surau Al-Huda, Taman Seri Rembau
21. Mengecat Balairaya Kg. Tanjung Senama Hilir
22. Menaiktaraf kemudahan asas di Surau Daun
23. Membaiki stor dan kerja2 berkitan di Masjid Mampong
24. Melebarkan tempat sembahyang di Surau Taman Sedia Raja
25. Melaksanakan kerja-kerja membina bilik Imam di masjid Chembong Batu 17
26. Menggantikan Lantai dan Dinding di Surau Tok Kali, Kg. Seberang Batu Hampar
27. Menggantikan pintu pagar dan awning di Surau Solok Jelawai
28. Menggantikan dinding dan mengecat surau Kg. baru Senama Hilir
29. Membaikpulih Surau Perigi Jernih
30. Membaikpulih dan menggantikan didnding di Balai Raya Seperi
31. Membaiki lantai dan mengecat Surau Baru Kg. Tanjung Sena Hilir
32. Menurap kawasan lapang di Balairaya Seberang Batu Hampar
33. Menggantikan wakaf tempat jamuan Surau Mampong Hilir
34. Menggantikan atap dan dinding Surau Seriu Batu Hampar
35. Menaiktaraf dan membaikpulih gelanggang bola keranjang di Kg. Baru Paroi
36. Menaiktaraf bangunan surau Taman Jasmin
37. Membina jalan asas di Kg. Sentosa Jaya
38. Menaiktaraf dan menyiapkan Surau Bandar Seremban Selatan Fasa 3A
39. Membaikpulih Surau Badi'Ul Islam Taman Kobena
40. Maniktaraf Balai Raya Taman Tasik Jaya
41. Membina Baru Jalan Raja Alwi
42. Membina Jalan ladang, Kg. titian Akar
43. Membina jalan Kg. Dusun
44. Menurap semula Jalan Chembong Air Hitam
45. Menaiktaraf Jalan seberang Sawah Senama Tengah
46. Menurap semula Jalan denai Keroh, Sepri
47. Menurap semula Jalan Kg. Ribu, Rantau
48. Membina Baru Jalan di Kg. Sega Hulu, Rantau
49. Membina Baru Jalan di Kg. Sega Hilir, Rantau
50. Menurap Jalan di Kg. Tanjung, Rantau
51. Membantu mangsa banjir di Taman Angsi Ville, Taman Tuanku Jaafar dan Rantau yang berlaku pada 19 Oktober 2008 yang lalu.
52. Sumbangan tahunan kepada JKKK, KRT, PIBG, dan Masjid
53. Kerja-kerja menggali anak air Kg. Linsum fasa 2 sepanjang 1.5KM di Kg. Linsum, Rantau
54. Kerja-kerja menggali semula Sg. Simen daripada ladang kombok hingga ke Kg. Solok sepanjang 4KM
55. Menggali semula Sungai Siliau daripada Kg. Sendayan hingga ke muara Sg. Linggi sepanjang 4KM
56. Menggali anak air Kg. Sega Hilir Fasa 2 sepanjang 1.5KM di Kg. sega Hulu, Rantau
57. Membina Struktur penahan tebing Sg. Kendong di Kg. Solok, Astana Raja
58. Membina struktur penahan tebing Sg. Batang Nyamor di Kg. Batang Nyamor, Kota
59. Membina struktur penahan tebing Sg. Bintongan di Kg. Pulau Bintongan
60. Membersihkan Sungai Batu Hampar di Kg. Air hitam Chembong dan anak air Sungai Mampong di Kg. Mampong
61. Melaksanakan kerja-kerja river training di Kg. Sungai Beringin, Pedas
62. Membersih sungai Chua dalam kawasan JKKK Kg. Tanjong Sena
63. membantu NGO dan Persatuan melaksanakan aktiviti melalui peruntukan yang disalurkan

Terima kasih kepada semua yang membantu.

UNDILAH BARISAN NASIONAL

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin