Sunday, January 25, 2009

SUMBANGAN KEPADA PENDUDUK CINA DI KG. BARU PAROI

Oleh: Tee
Gambar: ihsan dari chinapress2004@yahoo.com


Gambar Atas : ( Fr left, En. Soo Hong Leng, En. Loy Ah Kiow , En. Lee Guan Ying ( Bekas Ketua MCA Cawangan Paroi), En. Siow Choon ( Bekas Ketua Kampong), Sdr. Tee Chin Shen, dan En. Lim Ah Hing.

23 Januari 2009, Paroi - Pejabat Ahli Parlimen Rembau telah menyumbangkan 30 buah hamper Tahun Baru Cina kepada warga emas Kampung Baru Paroi yang kurang nasib baik dan kurang berkemampuan pada pagi ini, kesemua 30 hamper telah disampaikan oleh Pegawai Media Pejabat Parlimen Rembau, Sdr. Tee Chin Shen.

Dalam ucapan Sdr. Tee pada Majlis penyampaian tersebut, YB Ahli Parlimen Rembau meminta agar pihak JKKK Kg. Baru Paroi bekerjasama dengan Pejabat Ahli Parlimen Rembau, bagi membantu penduduk dan golongan yang kurang nasib baik, bagi membolehkan mereka dibantu melalui agensi kerajaan atau sumbangan dari pihak swasta.

Para penerima hamper merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli Parlimen Rembau di atas keperihatinan Beliau, dan menurut mereka, pada tahun ini merupakan kali pertama bagi penduduk di sini menerima bantuan atau mendapat perhatian daripada Wakil Rakyat sempena Tahun Baru Cina.

Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada Sdr. Khairy kerana pada tahun lepas, beliau telah membaikpulih gelanggang bola keranjang di kampung tersebut, disamping mengotakan janjinya membantu sebuah keluarga yang susah dengan kerjasama daripada MCA Bahagian Rembau dan Negeri Sembilan.

Turut bersama di Majlis adalah Ketua Kampong, En. Soo Hong Leng, Ketua Parti Gerakan Bahagian Rembau, En. Lim Ah Hing, Ketua MCA Cawangan Paroi, Loy Ah Kiow dan AJK JKKK.


AJK JKKK dan pemimpin tempatan bersama dengan sebahagian penerima hamper.

Friday, January 23, 2009

PENDUDUK KG. ULU RANTAU GEMBIRA MENERIMA SUMBANGAN DARI AHLI PARLIMEN REMBAU

Oleh: Tee
Gambar: Ihsan dari tangthinloy@yahoo.com.my



Pegawai Pejabat Ahli Parlimen Rembau, Saudara Tee dan Saudara Sharizan telah mewakili YB Ahli Parlimen Rembau untuk menyampaikan bantuan Tahun Baru Cina kepada warga emas di Kg. Ulu Rantau. Pada kesempatan itu, YB Khairy berpesan agar masyarakat Cina di sana perlu sama-sama membantu antara satu sama lain, tanpa mengira perbezaan agama dan budaya.


Pada majlis tersebut, penduduk kampong merakamkan penghargaan kepada Ahli Parlimen yang mengambil prihatin terhadap mereka menjelang perayaan Tahun Baru Cina.


Para Pegawai PKM Parlimen Rembau juga berkesempatan melawat pesakit kanser, En. Chew Ah Hai di Ladang Linsum Rantau. Dalam perjumpaan tersebut, Pejabat Parlimen berjanji akan mengusahakan bantuan kepada pesakit dan keluarganya dalam masa yang terdekat bagi memudahkan mereka menyambut Tahun Baru Cina.

Turut bersama adalah Ketua Kampong Ulu Rantau, Tang Tiong Loy, Ketua MCA Cawangan Pasir Mas, En. Wong Ngan Wah.

Wednesday, January 21, 2009

KEPERIHATINAN SYARIKAT SWASTA SEMPENA TAHUN BARU CINA DI PARLIMEN REMBAU

Pekan Rembau, 21 Januari 2008 - Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak MCA Bahagian Rembau pihak swasta yang sudi menyumbang kepada golongan susah dan memerlukan, sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina yang akan menjelang tiba. Program ini dianjurkan oleh MCA Bahagian Rembau dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat khusus kepada golongan susah yang memerlukan bantuan.

Pada kesempatan kali ini, MCA Bahagian Rembau telah memilih Rumah Sejahtera dan Pusat Pemulihan Komuniti Rembau untuk menyampaikan sumbangan daripada pihak Magnum Corporation untuk berbakti kepada masyarakat. Program ini turut mendapat sokongan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Rembau dan MCA Bahagian Rembau.

Pada kesempatan itu, Sdr. Tee Chin Shen, Pegawai Media Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau merangkap Exco Pemuda MCA Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih di atas komitmen Magnum dalam membantu golongan yang memerlukan. Dan diharapkan lebih ramai lagi pihak swasta yang lain tampil menghulurkan sumbangan dan melakukan kebajikan kepada golongan yang benar-benar memerlukan, tanpa mengira bangsa dan agama.

LAPORAN BERGAMBAR




Tuesday, January 20, 2009

KHAIRY MENYALAKAN TANG LUNG DI PEKAN PEDAS

Oleh: Rizuan Ahamad/Tee

Gambar: Tee



KJ menyampaikan bantuan hamper Tahun Baru Cina kepada warga emas.



Pekan Pedas, 19 Januari 2009 – Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelma, Saudara Khairy Jamaluddin telah berkesempatan untuk meluangkan masa untuk turun ke Majlis Menghidupkan Tang Lung Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Gabungan Persatuan Cina Pekan Pedas, Persatuan Murid-murid Tua SJK (C) Pei Hwa, MCA dan Gerakan Rembau.



Majlis tersebut turut dihadiri oleh YB Tuan Zaifulbahri Bin Idris, ADUN Chembong dan Tuan Haji Mohd Rawi, Pegawai Daerah Rembau serta pemimpin-pemimpin politik Barisan Nasional tempatan. Program menyalakan lampu hiasan ini merupakan satu acara tradisi bagi masyarakat keturunan Tionghwa di sana serta turut diraikan oleh masyarakat Melayu dan India yang tinggal bersama-sama di kawasan tersebut.



Menurut Pengerusi Persatuan Murid-murid Tua SJK (C) Pei Hwa, yang mewakili persatuan-persatuan yang lain, Saudara Ricky Tan cheong Hin dalam ucapannya, Malaysia cukup bertuah kerana setiap perayaan yang ada di Malaysia diraikan oleh semua masyarakat berbilang kaum, dan hubungan harmoni inilah yang menjadi nadi kepada perpaduan sesama kita.



Sementara Khairy dalam ucapannya pula mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih di atas jemputan dan sambutan yang diberikan oleh masyarakat di sana. Menurut beliau, Tahun Baru Cina yang mendatang diwakili oleh Tahun Lembu, yang boleh disifatkan tahun yang memerlukan kita semua bekerja keras. Beliau juga menegaskan bahawa beliau akan terus bekerja kuat seperti seekor lembu untuk memastikan Parlimen Rembau menerima limpahan pembangunan yang ingin dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional.



Sebagai tanda terima kasih, beliau mengumumkan untuk memberikan peruntukan sebanyak RM4,000.00 bagi menambahkan lagi jumlah lampu hiasan sedia ada. Dan sebagai komitmen beliau dan ADUN Chembong untuk memperbaiki infrastruktur awam di pekan berkenaan, sebanyak RM15,000.00 diberikan kepada mereka.



Pada majlis tersebut juga, Khairy dengan bermurah hati telah menyumbangkan hamper kepada 66 orang warga emas sebagai persiapan mereka menyambut hari perayaan tersebut. Dan sebagai penutup, beliau dan YB Zaifulbahri telah menyampaikan angpow kepada kanak-kanak yang hadir di majlis tersebut, dan kanak-kanak dari keturunan yang lain juga tidak ketinggalan menerima angpow daripada kedua-dua tetamu istimewa itu.





Selamat Tahun Baru Cina






LAporan Bergambar



KJ menandatangani poster yang disediakan oleh penganjur untuk kenangan penganjur.



KJ diringi oleh pemimpin masyarakat dari pelbagai kaum semasa menyempurnakan Majlis Menyalakan Tang Lung Tahun Baru Cina.



Antara pemimpin tempatan yang hadir ke majlis tersebut.



KJ menyampaikan “Ang Pao” kepada kanak-kanak.



KJ menyampaikan bantuan tahun bari cina kepada wargamas.



Tuesday, January 13, 2009

AKTIVITI KEMPEN KJ DI KUALA TERENGGANU

KJ yang prihatin

Pembentukan Dasar Masyarakat Penyayang dan Prihatin oleh kerajaan adalah satu saranan kepada kita warga Malaysia supaya membentuk masyarakat Malaysia yang penyayang dan prihatin tanpa mengira usia, agama dan bangsa. Sehubungan dengan itu, semalam Khairy Jamaluddin serta golongan muda peti undi Chendring, melawat rumah ke rumah untuk memberi sedikit sumbangan kepada golongan warga emas di Kg Baran Chendring, Kuala Terengganu.





Cikgu Jah Bte Mahmud berusia 75 thn





Tuan Mahmud Embung berusia 74 thn








Tuan Sulung Bin Ali Berusia 78 thn








Tuan Ngah Bin Ismail Berusia 70 thn






Tuan Kecik Tuan Salleh Berusia 87 thn, beliau adalah anak kepada ketua Kampong yang pertama Kg Baran






Che Kuanbak Berusia 70 thn mengalami penyakit angin akmar sejak 6 bulan yang lalu






Tuan Jarah Tuan Jusuh Berusia 70 thn






LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin