Monday, April 28, 2008

LAWATAN YB KHAIRY DI LADANG CENDAWAN GADONG

Lawatan YB Khairy Jamaluddin ke ladang cendawan tiram yang diusahakan oleh En. Mohamed Said (Berbaju Biru) amat bermakna sekali untuknya. Ladang yang diusahakan melalui sokongan adik beradiknya dengan jenama Gadong Agrotek semakin berkembang pesat, dan usaha untuk meluaskan ladang tersebut sedang dilaksanakan.



En. Said sedang memberikan penerangan kepada YB Khairy tentang projek cendawan tiram yang diusahakan di rumah peninggalan keluarganya di Kg. Gadong.

YB sempat bertanyakan harga sepaket cendawan tiram mengikut harga pasaran, dan pengusaha memaklumkan bahawa permintaan pasaran semakin baik dan usahasama dengan usahawan tani tempatan akan dbuat secara franchais.



YB Khairy sempat menikmati hidangan tengah hari di bawah pondok pekerja. Hidangan sup cendawan dan gulai cendawan menjadi menu utama, disamping ikan keli sambal yang menjadi masakan kampung pilihan YB pada hari tersebut.

Perbincangan tentang masa depan projek tanaman cendawan di Kg. Gadong.


Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur, YB Khairy sempat menunaikan solat di Masjid Kg. Gadong dan bertemu dengan penduduk di sana yang ingin menyampaikan masalah dan hajat di hati mereka.


KAMI DI SINI SEDIA MEMBANTU

Kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Parlimen Rembau terdiri daripada 5 orang, 3 lelaki dan 2 perempuan. Antaranya adalah En. Rizuan Ahamad (Pegawai Tadbir), anak jati Negeri Sembilan yang dibawa balik ke Negeri Sembilan untuk membantu YB Khairy di Rembau. Cik Nurul atau lebih dikenali sebagai Angah, sebagai Pembantu Tadbir 1. Aku, yang bernama Shaharizan atau lebih dikenali sebagai Ijan atau Shah sebagai Pembantu Tadbir 2. En. Azman sebagai Pembantu Am, atau Rempit Despatch. dan Kak Hanizah sebagai Tea Lady di pejabat ini. Kami masih lagi menunggu seorang lagi kakitangan Veteran untuk menjadi nadi penggerak pejabat ini. Calon dengar2 dah ada, tapi tak tau sapa yang dah confirm. Mungkin tak lama lagi kot. Pasti kalian nak tau apa yaang berlaku di sini, tak paa. Demi semua, saya akan pastikan setiap berita terkini akan disampaikan dengan penuh sensasi di laman blog saya ni.

Selamat Berkenalan.



Dari kanan: Rizuan, Ijan, Azman, Angah, Hanizah




Saya dan rakan-rakan.



Cik Nurul (Angah) dan Kak Hanizah

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin